mereka

kasi ikan makan.

15 January 2012

puisi tentang hujan.

kita ada rumah.
satu kat kuantan.
satu kat pekan.
tapi kita suka rumah pekan.
sekarang musim hujan.
bestkan bila hujan.
semua orang suka hujan.
ya kita pun suka hujan.
tapi tak tahu hujan suka kita atau tak kan.
ustaz kata hujan tu rahmat Tuhan.
awak semua pun mesti tahu kan.
kita angguk cuma iyekan.
kat sini hari-hari pun hujan.
mak kat dapur goreng ikan.
kita kat luar mandi hujan.
mula mak marah mak kata jangan.
tapi kita tak endah kita ikut kawan.
bila hujan air naik sampai jalan.
bila air naik ikan pun renang-renang atas jalan.
kita pun suka tangkap ikan.
kita tangkap ikan guna tangan.
kita sangat teror kan.
dah lah nanti awak bosan.
kita lapar nak pergi makan ikan.


mugkin kisah sekitar sepuluh ke lima belas tahun yang dahulu.
tapi aku tetap rindu.

11 January 2012

"kau tak bodoh"

bodohkah aku jika masih terus mengharap?
bodohkah aku jika masih terus mencinta?

tak. kau tak bodoh
kau cuma pengejar bahagia
kerana meski 
hati kau disakiti
sayang kau dipandang sepi
cinta kau ditolak tepi
namun kau masih mampu untuk berkata..

"aku takkan bahagia tanpa kamu"
"aku tak mampu hidup tanpa kamu"

kejarlah bahagia
kerana bahagia itu milik kita.

tersepit di antara ikhlas dan tidak ikhlas. (clap like a seal)


kejujuran selalunya terlindung di sebalik kepalsuan.
tangan bertepuk sokong dan puji.
dalam hati sumpah dan maki.
dan manusia selalunya tersepit di antara ikhlas dan tidak ikhlas.

ramai yang takut untuk menunjukkan diri mereka yang sebenar.
kerana mereka semua adalah FAKE!

09 January 2012

tiada tajuk.


gua skang kalau hari ahad rasa macam bersalah kalau nak kluar jalan-jalan.
semuanya gara-gara neelofa. hm.
biarlah kawan-kawan kata "haperla la lu tengok nona macam perempuan" pun takpa. hm.


kau benci aku yang kini.

ANDAI nanti kau kata
kau cinta aku yang lama
kau benci aku yang baru
biar kau tahu
kau yang mengubah aku
kau yang hilangkan aku yang lama itu
kau yang wujudkan aku yang baru ini

suka?

aku ingin tahu apa perasaan mereka. ingin sekali.


apa perasaan jadi orang kaya punya duit berbilion dolar?
apa perasaan jadi jejaka kacak pujaan wanita satu dunia?
apa perasaan jadi orang gila tiada berumah dihina masyarakat sendiri?
apa perasaan jadi kucing parsi dibelai manja oleh tuan setiap hari?
apa perasaan jadi ibu membesarkan sepuluh orang anak dengan tulang empat keratnya?
apa perasaan jadi imam besar masjilharam di makkah?
apa perasaan jadi angkasawan negara pergi ke bulan?
apa perasaan jadi ikan duyung jantan lautan artik?
apa perasaan jadi gadis tiang kelab malam?
apa perasaan jadi orang baru kahwin malam pertama?
apa perasaan jadi perempuan pelacur dinoda jantan setiap malam?
apa perasaan jadi sebatang pen parker bernilai ribuan ringgit?
apa perasaan jadi suami nurul syuhada dan neelofa?

apa perasaan jadi orang tiada punya perasaan seperti kamu??

06 January 2012

indah.

aku, macam air.
kau, macam daun keladi.

kau, berkata indah.
hingga mentari pun boleh cair jika mendengar katamu.
indah, macam warna-warna pelangi dusta.

05 January 2012

kisah-kisah dulu yang kita rindu.



setiap orang punya cerita dan kisah mereka yang tersendiri.
samada kisah suka, duka, manis, pahit. dan samada kita suka atau benci,
itu semua tidak penting. kerana apa yang penting, mungkin atau pasti, ada diantaranya
yang kita rindu.

dan kisah gua..

pernah belajar di tiga sekolah yang berlainan pada darjah satu.
sk sungai isap, sk langgar, sk tanah puteh kuantan, sk peramu jaya.

pernah wakil masuk pertandingan melukis waktu darjah satu kat skolah chong hwa.
bakat dikesan ketika kelas seni. lukis gambar pemandangan pantai dan air terjun.

pernah kena cili kat mulut dengan mak gua.
kes? gara-gara berbohong.

pernah masuk pasukan nasyid dan koir waktu skolah rendah.
wakil skolah. dan menang. setelah dipaksa.

pernah jadi pengawas skolah sejak darjah tiga hingga darjah enam.
juga setelah dipaksa.

pernah hampir lemas sebanyak dua kali.
satu waktu jatuh sungai, satu lagi waktu cuba nak selamatkan kawan kat air terjun.

pernah kantoi main mercun mancis tiga das waktu skolah rendah.
kena belasah dgn sir saipul sampai nangis.

pernah suka kat dua pupu gua sendiri. dulu.
stahun lebih tua dari gua. dan dia tak pernah tahu.

pernah tahan nafas lebih dari dua minit.
ok lah untuk amatur macam gua.

pernah bertumbuk dengan budak bisu.
lebih dari tiga empat kali gua ingat.

pernah jadi olahragawan sekolah waktu tingkatan lima.
semua yang gua masuk gua menang. hm.

pernah diiktiraf sebagai hero rumah sukan oleh cikgu aziz.
gilaaaa ah.

pernah main bola sampai wakil untuk negeri.
dulu main macam zidane skarang mungkin macam azizul kamaludin je.

pernah kena kejar dan sengat dengan tebuan. dua das.
walaupun member gua yang kacau sarang dia, tapi hanya gua yang diserang. sial.

pernah ponteng kelas mengaji, fardhu ain, tusyen, dan kelas.
gara-gara main game dan ikut rakan sebaya.

pernah jadi pelajar terbaik tingkatan dua.
dapat award. naik stage.

pernah jadi johan tilawah waktu tingkatan tiga.
itupun setelah dipaksa oleh ustazah sabariah.

pernah jadi pelajar terbaik subjek sains pada peperiksaan akhir tahun.
waktu darjah enam. bangga.

pernah menang pertandingan esei terbaik waktu tingkatan tiga.
tajuk "malaysia boleh".

pernah masuk surat khabar dua kali.
gua lebih kacak bila masuk surat khabar.

pernah cuba lari dari rumah.
kisah-kisah keluarga dulu-dulu.

pernah menjadi penjaring gol terbanyak dan tercantik.
sehingga diiktiraf sebagai messi oleh teman-teman.
juga pernah menjaringkan gol sendiri ketika mewakili pekan.

pernah diganggu makhluk misteri.
biasalah, mereka juga makhluk Tuhan.

pernah pergi "blind date" dengan budak MRSM kuantan.
ok skali tu je.

pernah pegang anak anjing kat pasar malam sungai isap dua.
waktu kecil-kecil. dan mungkin gua ingat mereka kucing. kot.

pernah dikejar dan diserang anjing.
lu orang yang baca takkan dapat tanding gua banyak kalinya gua terkena.
dan sekarang anjing menjadi binatang yang paling gua benci dalam dunia.


ah, banyak lagi kisah-kisah "yang pernah" yang gua rindu.
dan ini adalah antara yang gua dapat ingat dalam waktu sesingkat ini.

ini kisah gua. kisah lu?

03 January 2012

usah dibohong bahwa aku masih salah satunya andai di ruang hatimu, aku cuma dipenjurunya.


ya, benar. sungguh memang aku mahu kau jawab aku.
tapi aku mohon. satu cuma.

usah dibohong bahwa aku masih salah satunya
andai di ruang hatimu, aku cuma dipenjurunya.

ungkapkan saja,
segala rasa,
segala apa,
bilangkan saja,
usah didusta.

usah kau taburkan dengan manis kata-kata,
usah kau perdaya melayanku bagai raja,
tak perlu jika semua itu hanya dusta.

harapan,
usah dipalsu.
aku letih terabai.

tolong.

misteri jodoh.

Allah yang merahsiakan jodoh :

kepada siapa yang belum berumah tangga dan tahu siapa jodoh kita
bertanya terus kepada-Nya, kerana Allah lebih mengetahui segalanya.

Jodoh yang dirahsiakan :

usah kita berlagak seolah-olah kita tahu siapa jodoh kita.
maksudnya apabila kita jatuh cinta dan cinta kita dibalas,
usah berlagak seperti orang yang kita cintai dan mencintai kita
itu adalah jodoh kita, kerana jodoh adalah rahsia Allah.

Hikmah dirahsiakan jodoh :

kita perlu bersyukur kerana Allah merahsiakan jodoh kita.
hasilnya, kesucian jodoh itu terpelihara.
misteri jodoh itu membuatkan kita terpesona
tatkala akad nikah dilafazkan.


jodoh tetap menjadi teka-teki Allah yang tidak terungkai
sebelum tiba waktunya. sebagai insan, kita perlu sentiasa
berdoa supaya misteri jodoh yang selama ini belum terungkai
menjadi saat indah yang hanya dirasai tatkala 
ikatan suci pernikahan dimaterai.

kisah si burung rajin dan si alpa algojo.


burung-burung terbang pagi
pergi outstation cari rezeki
tweet sana tweet sini nyanyi riang dalam hati
sambil ucap selamat pagi.

kita bangun pagi sambil ucap
"Ah, subuh lepas lagi. oh, it's okay. esok masih ada hari."

02 January 2012

jawabkan aku sayang.

sayang,

kalau sayang
kenapa tinggalkan?

kalau rindu
kenapa lupakan?

kalau mahu
kenapa buangkan?

sayang,

kalau pintar
tolong jawabkan.

31 December 2011

tahun baru? namun masih dan akan tetap melalui jalan-jalan yang sama.

malam tahun baru.
kuala lumpur.


gadis-gadis montok pavilion aku tak endahkan.
perempuan-perempuan penggoda belakang lorong aku tak pandangkan.
tiupan-tiupan bingit dari sang foreigner KLCC aku lupakan.
lampu-lampu limpah i-City aku pejam matakan.
kiraan detik-detik tahun baru di dataran merdeka aku tak kisahkan.
kerna dalam hati aku, cuma ada satu.
aku mahu pulang ke bandar di-Raja ku.
mahu bertahun baru disana.
bersama teman-teman.
biarlah tak semeriah seperti di ibukotaraya sekalipun.
biarlah tak segila manapun.
kerna aku, rindukan kampung halamanku.
dan juga teman-temanku.


PEKAN, tunggu aku!




tahun baru.
kita masih tetap dan akan melalui jalan yang sama.
masih juga melakukan perkara yang sama.
sampai bila-bila pun.
namun detik waktu itu yang tidak serupa,

kalau nak berubah, tak perlu tunggu tahun baru pun boleh.
kalau nak berazam, tak payah kecoh sebab azam dulu pun sama saja.

cubalah jadi lebih matang dari semalam.
agar setiap usahamu untuk menjadi lebih baik dari semalam.
benar-benar berhasil dari apa kau harapkan semalam.

29 December 2011

ini kisah yang maha benar tentang "ringgit".


gua ada satu cerita tentang "ringgit".
cerita benar.

cerita satu:

bila waktu punya duit
sepuluh ribu dalam poket pun
kita mampu habiskan tanpa sedar
sekelip mata.

tapi bila duit sudah habis
syiling lima sen yang kita jumpa
bawah katil pun kita simpan
bahkan kita ambil dan kata itu kita punya
meski sebenarnya kita tidak tahu duit itu milik siapa.

cerita dua:

bila orang hutang kita
hari-hari kita ingat
sampai mati
sumpah takkan lupa

tapi bila kita hutang orang
hari-hari orang ingatkan pun kita masih lupa
masih buat-buat tidak ingat
sampai kita mati

cerita tiga:

bila awal bulan
tengok mee maggi macam tengok ranting kayu
tapi bila akhir bulan
tengok mee maggi macam tengok perempuan ayu!


cerita empat. dan cerita terakhir:

jam di dinding sudah menunjukkan jam satu lima minit pagi.
namun perutku masih belum terisi.
di dalamnya. bagaikan ada pesta lagu keroncong.
dengan perlahan, aku bangun dari tempat lenaku,
dan aku melangkah perlahan menuju ke satu sudut bilikku.
lalu aku ambil tin kuning yang entah apa isinya.
aku kembali membawa tin kuning itu ke tempat lenaku.
disitu. aku buka penutupnya. perlahan-lahan.
aku lihat di dalamnya. ternyata masih ada.
ah, masih ada tiga keping.
aku ambil satu persatu, dan aku kunyah dengan rasa syukur.
dan aku ambil biskut terakhir dari dalam tin kuning itu.
aku kunyah. aku makan. dengan harapan biskut terakhir itu akan dapat mengenyangkan perutku malam ini.
sambil dalam hati berharap.
"moga-moga esok akan gaji".

27 December 2011

aku ditemani gadis hot disepanjang perjalananku. indah.

sepanjang perjalanan dari pelabuhan klang ke KL sentral,
di dalam KTM, aku ditemani oleh seorang gadis hot yang
duduk melabuhkan punggung disebelahku.
namun aku langsung tak rasa seperti ingin menoleh untuk melihat keanggunannya.
cuma yang aku tahu, dia punya haruman yang menawan.
dapat ku hidu rambutnya yang berbau pantene.
dapat ku hidu parfumnya yang berbau dior.
oh indah.
empat puluh lima minit. tanpa satu suara.
ingin saja aku menyapanya tapi kau tahulah.
aku ini bukan yang jenis begitu.
dan setibanya di kl sentral. kami sama-sama turun di destinasi yang sama.
dan ketika itulah aku mengambil kesempatan untuk melihat keanggunannya.
dan sangat nyata sekali.
"ahh. kau bukan taste ku".
maaf.


ya. taste. citarasa.
tak semua yang pandang siti nurhaliza itu akan kata dia cantik.
dan tak semua yang pandang aaron aziz itu akan kata dia kacak.
dan mungkin jika seribu orang yang memandang aku.
mungkin HANYA sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang sahaja
yang akan kata aku menawan.
mungkin.
kerna itulah citarasa.
dan itulah realiti.
setiap citarasa manusia itu berbeza-beza.

:)

23 December 2011

keputusan


bila kau hanya lari-lari diam diri dan sembunyi diri
dan bila kau rasa kau tidak ingin membuat sebarang keputusan
dan bila kau hanya berserah sahaja menanti apa yang tertulis untuk kau
perasan tak yang kau sebenarnya sedang membuat keputusan?

21 December 2011

wanita dan fesyen. (buat aku gila)



oh wanita "cantik"


bila di atas tertutup cantik
tapi
yang dibawah terdedah pula


bila di bawah tertutup cantik
tapi
yang di atas terbonjol pula


bila lelaki pandang jeling
kau kelip mata
kau suka gembira


tapi bila disuruh buka saja semua
dikatanya pula kita ini gila
dimakicacinya kata kita ini lelaki tak guna


oh wanita dan fesyen
buat aku
pening dan gila!



-sering aku tertanya-tanya bagaimana menjadi
cantik mengikut acuan dunia.

pengertian cinta bagi gua. mungkin.



terlalu banyak pengertian cinta.
berpuluh-puluh, beratus-ratus, beribu-ribu.

ada yang kata cinta itu boleh diumpamakan
bagai makan sambal belacan.
walaupun pedas hingga mengalir air mata
namun tetap di makan jua.

dan ada yang kata lagi cinta itu boleh diumpamakn
bagai makan goreng pisang.
walaupun panas
namun tetap jadi kegilaan.

tapi bagi gua,
cinta itu sepeti alkohol.
pahit-pahit enak.
buat lu mabuk.
buat lu taubat tak mahu minum lagi.




tapi masih.

20 December 2011

peperiksaan.

pertama sekali. selesailah sudah peperiksaan gua dengan marine department.
peperiksaan yang gua rasa lebih sukar dan lebih penting dari SPM. mungkin.
dan sekarang, gua hanya menantikan keputusannya. samada gua lulus atau tidak.
dan jika lulus, akan ada senyuman dan lonjakan gembira tak terkata.
lebih hebat dari kegembiraan orang yang dapat 18A dalam SPM. mungkin.
harap-harap saja gua lulus. doakan ya.


apapun, ada beberapa perkara yang mahu gua kongsi.


1. gua tak dapat jawab soalan nombor 3, nombor 7 dan nombor 15. 
(sial tiba2 jadi blank)


2. gua rasa macam tengah jawab soalan kimia dengan fizik.
(tiba-tiba teringatkan sekolah)
  
3. gua habis 15 minit sebelum masa tamat. 
(rasa macam orang bodo tunggu pengawas bagi jawapan)


4. pengawas LPK tu lokek gila, langsung taknak tolong bagi jawapan. 
(ah bla ah lu, stakat behenti tengok2 baik tak payah)


5. gua tengok orang putih sebelah gua pun tak dapat jawab soalan yang gua dapat jawab. 
(lu ingat soalan dia dalam bahasa omputih lu dapat jawab la?)


6. nombor matrix gua "007"
(gila james bone la siaa!)





sampai jannah.


tergantung antara realiti dan ilusi.

ini entah hari yang keberapa isu ini
tergantung antara realiti dan ilusi.
terlalu banyak perihal teka-teki
yang tak dpat menjelaskan keadaan
sebenar yang berlaku.
apa aku harus menyingkap dan mengungkap
setiap kata satu persatu agar bisa kau faham?

13 December 2011

baju kalis peluru apa yang kau pakai?


aku ada anak panah
anak panah cinta
aku mahu panah tepat ke hati kamu
panah sampai jatuh
sudah jatuh
akan aku jajah
kemudian aku teroka

tapi
yang aku panah tak pernah jatuh
fuh, kebal betul
baju kalis peluru apa yang kamu pakai?

12 December 2011

ini hari gua mungkin jadi lelaki paling gentlemen dalam malaysia.

ada satu cerita yang gua mahu cerita.
cerita indah.
mahu dengar? silakan.

ini hari gua mungkin jadi lelaki paling gentlemen dalam malaysia.
tahu kenapa?
kerana hari ini gua telah tonton "ombak rindu" tanpa teman.
ya, tanpa teman. bermakna seorang diri.

entah, tak tahu mengapa tiba-tiba tergerak kaki gua untuk ke kaunter tiket.
sambil memandang skrin, ada tunjuk ceritanya akan main pada tepat jam 11 pagi.
maka gua terus saja beli.
dan  masuk.

sambil hairan, yang lain datang dengan teman.
dengan pasangan.
tapi gua?
ah peduli apa kan.

duduk seat juga baris yang kosong.
hanya gua disitu.
(saja gua pilih seat yang kiri kanannya kosong)
dan ceritanya pun bermula.

habis cerita. ini kesimpulannya.

wah. sungguh ceritanya indah.
dari jalan ceritanya hingga ke pemain wataknya.
menjadi. sampai bikin gua sebak. (sedikit)

gua tahu, jika ada lelaki yang menonton,
pasti semuanya mahu jadi seperti hariz (aaron).
sebab hariz paling kacak, paling kaya.
dan paling penting, hariz punya izah. (maya karin)

dan dalam satu babak. selepas selesai aksi hariz dan izah,
izah merayu-rayu kepada hariz.

"encik, encik tolong jangan tingglkan saya, tolong encik!
encik lah lelaki yang pertama! saya tak biasa, 
saya tak pernah dengan mana-mana lelaki.
mahukan encik menikahi saya?"

fuh, patutlah lu semua mahu jadi hariz.
tapi bagi gua, cukuplah jika gua sekadar jadi amri. (bront palarae)
wataknya hanya kampung, tapi punya hati mulia dan setia pada cinta.
cinta pada izah. masih. walaupun tahu cintanya takkan berbalas.

"izah, aku akan tunggu kau sampai bila-bila"

"kalau kau sudah berkahwin, aku boleh berhenti berharap"

brader, lu lah orang paling cool dalam dunia. sungguh.

sudah. cerita ini buat gua hiba.



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

09 December 2011

bila aku rindu.

bila aku rindu
aku korek aku cari aku baca
semua tulisan-tulisan tentang dia
satu persatu
meski aku sudah baca dahulu
beribu kali

cuma
kali ini aku mungkin tidak lagi
sampaikan rindu aku
pada angin lalu

30 November 2011

usah diganggu dia, biarkan dia, kerna isi hatinya perlu diluah. dan dia mahu sendiri. dalam dunianya sendiri.


nyanyiannya sumbang
petikan gitarnya juga sumbang

malam-malam begitu dia memecah sunyi
cuba meluahkan segala isi hati

terjerit terlolong terpekik. hingar bingar
sayup-sayup dari jauh suaranya terdengar

jiran setempat tertanya-tanya
siapakah gerangan jejaka yang nyanyiannya tak sempurna

sambil persetankan setiap tomahan
dia meneruskan nyanyian dalam lamunan


"ayu lentik matamu,
pabila kau tersenyum
hilang segala rasa
hibaku,
walaupun kau jauh,
ku tetap disini,
menanti,
hadirmu dalam mimpi."


suatu hari sayang. suatu hari nanti pasti.

21 November 2011

jika ilmu hisab itu punya graf, begitu juga hati aku.

jika ilmu hisab itu punya graf, begitu juga hati aku.
hati aku juga punya graf,
yang kadangnya menaik,
yang kadangnya mendatar,
yang kadangnya menurun.
dan kini graf hati aku bukan
sedang menaik, mendatar atau menurun,
tapi graf hati aku kini sedang menjunam
mendadak menyembah bumi!
seolah ada satu daya tarikan graviti yang super ultra
yang menarik memaksa meragut graf hati aku menjunam ke dasar.
dan rasanya bukan sifar. tapi infiniti.
kau tahu rasa itu?
moga-moga ada "cerdikpandai" yang datang
dan mampu menyelesaikan "ilmu hisab" hati aku ini.
agar grafnya bisa naik kembali.

mugkin ini pedih yang paling pedih pernah aku rasa.

ANDAI nanti kau tanya.
biar saja sekarang aku jawabkan.

kau tahu kenapa aku begini?
aku begini sebab hati aku sakit.
kau tahu sebab apa hati aku jadi sakit?
sebab ditusuk oleh tuturkatamu yang berbisa.
semacam terlalu mudah kau melafazkan kata.

kau tahu, kalau kau bilang kau belum cinta aku,
ya, aku terima. kerna aku faham,
aku sanggup dan aku akan tunggu sampai kapan pun.
tapi jika kau bilang kau ragu aku,
kau sangsi aku dan kau tak percaya aku.
itu buat aku pedih,
pedih sangat, sungguh.
mugkin ini pedih yang paling pedih pernah aku rasa.

16 November 2011

perkara-perkaran di dalam perkahwinan yg sedikit memusykilkan gua.

sesungguhnya, perkahwinan itu sesuatu yang indah dan suci, ianya mengikat tali persaudaraan dan silatulrahim di anrata dua jiwa, dan dua keluarga. dan yg paling penting, perkahwinan adalah satu cara untuk menghalkan sesuatu pehubungan.


namun begitu, ada beberapa perkara yg sedikit memusykilkan gua di dalam majlis perkahwinan masyarakat kita.


(i) pertama sekali ialah "majlis membatalkan air sembahyang". sebenarnyam gua agak tertanya-tanya mengapa majlis sebegini perlu diwarwarkan. ya, memang pada dasarnya apabila pengantin itu bersalaman, memang automatiknya air sembahyang akan terbatal. tapi apabila sampai ada seseorang yang announce untuk majlis sebegini, ianya seperti aneh.siap pakai DJ lagi.

"ya kini tibalah saat yg dinanti-nanti oleh kedua-dua keluarga iaitu majlis membatalkan air sembahyang"

kan. walhal dalam islam itu sendiri ada menyebut, sebaik-baiknya kekalkanlah air sembahyang itu selama yg boleh. tapi kita? ianya tidak salah, cuma bagi gua mungkin majlis sebegini tidak perlu diwarwarkan ataupun mugkin lebih baik ditukar nama.

(ii) keduanya ialah tentang hantaran perkahwinan. di dalam masyarakat kita, sudah menjadi adat sejak dahulu lagi yang mana hantaran mestilah mengikut bilangan yg telah ditetapkan. sebagai contoh, jika pihak lelaki menghantar dengan 7 dulang, maka pihak perempuan perlu membalasnya dengan 9 dulang. ianya sudah seperti menjadi perkara yg wajib untuk dipatuhi. sebenarnya, itu hanyalah adat masyarakat kita sahaja. ini kerana hantaran pada dasarnya adalah sebagai hadiah atau sedekah. berapa-berapa pun yg dihantar, tidak menjadi masalah sebenarnya. yg paling penting, mengikit kemampuan.

seterusnya berkaitan soal wang hantaran. wang hantaran sebenarnya ialah satu hadiah ikhlas dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yg telah menjadi budaya dalam masyarakat kita. dari itu, ia tidaklah diwajibkan seperti mas kahwin yg diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.
sayangnya, kini wang hantaran telah menjadi kemuncak sesuatu perkahwinan yg sepatutnya akad nikah. ini disebabkan, masyarakat telah mengiktirafnya sebagai "darjat kemampuan" pihak pengantin lelaki dan "kehebatan" sesuatu majlis perkahwinan itu.
semakin tinggi jumlah hantaran yg diberikan, maka semakin gah kedudukan mempelai sekeluarga di mata masyarakat. ini secara tidak langsung menimbulkan perasaan riak dan menunjuk-nunjuk dalam masyarakat sehingga menghilangkan sifat keserdehanaan yg dituntut agama. 
kalau benar-benar berkemampuan, tidak ada salahnya untuk mengadakan majlis secra besar-besaran dan meletakkan nilai wang hantaran yg tinggi. akan tetapi jika sebaliknya, ia menjadi satu bebanan dan boleh menyebabkan sampai ada yg terpaksa berhutang, bergolok bergadai atau mugkin mendapatkan wang dengan cara yg salah. maka lebih afdal jika melakukan kenduri dan meletakkan jumlah hantaran yg sederhana dan mengikut kemampuan untuk kesejahteraan semua pihak.
dalam hal ini, masyarakat terutama ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab dan tidak perlulah mengikut trend yg menyimpang dari matlamat sebenar dalam soal nikah kahwin. mereka juga perlu sedar, perkahwinan yg dibina adalah untuk jangka masa panjang. bergolok bergadai hanya kerana satu majlis perkahwinan hanya akan membawa kemudaratan yg boleh merosak keharmonian rumah tangga,
masyarakat kita perlu mengubah minda terhadap wang hantaran kerana dalam masa jangka panjang. jumlah hantaran yg tinggi hanya akan mengurangkan jumlah individu yg ingin berkahwin dan mendorong kepada gejala sosial. pendek kata, ukur baju di badan sendiri, dan tepuk dada, tanyalah selera.
"Perkahwinan bukan masa tunjuk keegoan tetapi penyatuan dua jiwa."

dosa manusia dengan manusia.

ada seorang manusia yang melakukan dosa terhadap Tuhan. dosa kecil, juga dosa besar.
kita lihat, lalu kita maki, kita caci. dan lebih teruk, kita ajak kawan-kawan kita supaya caci dan benci
orang yang melakukan dosa kepada Tuhan itu.
maka semakin hari, semakin ramai yang membenci orang itu. kasihan.

tapi suatu hari, manusia yang berdosa pada Tuhan itu,
manusia yang kita caci maki dan beci itu,
hari ini sudah insaf dan mohon ampun pada Tuhan.
lalu dosanya dengan Tuhan diampunkan.
maka selesai sudah dosanya dengan Tuhan.

tapi bagaimana dengan kita?
kita yang berdosa pada manusia.
ya, kita berdosa pada manusia yang dulunya berdosa pada Tuhan itu.
dosanya sudah selesai, tapi dosa kita?
dosa kita takkan selesai selagi kita tidak mendapat keampunan dari
manusia yang kita telah melakukan dosa itu.

dosa manusia dengan manusia, kita kena minta ampun dengan manusia, selagi tidak,
selagi itu jugalah Tuhan takkan ampunkan dosa kita.

pernah terfikir?

p/s: kau ingat mudah hati dan mulut kita mahu meminta ampun dengan manusia?dan kau ingat mudah mahu dapat kemaafan dari manusia?

perkara yang paling asyik dalam dunia!

perkara yang paling asyik dalam dunia yang boleh dilakukan ialah angan-angan.
ya, gua mampu katakannya dengan yakin dan tanpa ragu!
okay, sekarang saja macam-macam sudah yang gua angan-angankan.
mahu jadi hero dalam filem tamil macam rajnikanth.
mahu jadi penyanyi sepopular justin bieber.
mahu jadi salah seorang anggota kumpulan k-pop ternama korea
seperti super junior atau 2PM mugkin.
mahu punya rumah atas pulau.
dan akhir sekali, mahu pacaran sama gadis hot pattani restoran wan seafood.
ahh. indah. sungguh.

tapi sayangnya itu hanya imaginasi liar dan angan-angan jenin zaman moden.
tapi memang setiap cita-cita itu bermula dengan angan-angan.
kerna angan-anganlah yang membangkitkan semangat dan inspirasi.
jadinya, usah takut untuk berangan. asalkan apa yang kita angankan itu setimpal
dengan usaha yang kita lakukan.
jadi, biar setinggi langit pun angan-angan kita, tapi jika mampu direalisasiakan,
itu sudah cukup untuk menutup mulut-mulut manusia yang tak pernah terdiamkan.

suatu hari nanti sayang. suatu hari.

p/s: kita tidak selalunya dapat apa yang kita inginkan, 
kerna kita selalunya hanya dapat apa yang kita perlukan. mungkin itu lebih baik.


p/s II: memang raya tahun depan gua balik pattani ah cakap lu! :)

12 November 2011

sorry, you don't know me.


aku sebenarnya bukanlah seperti apa yang kau lihat
tapi aku sebenarnya adalah seperti apa yang kau tak pernah lihat
maaf jika aku tidak sebaik seperti yang kau sangkakan

yes you know my name, but you don't know my story
you think you know me, but you have no fucking idea about me
you don't know anything.

manis sangat rasanya.

lu punya kata-kata membikin jiwa, hati dan perasaan gua
terasa semacam,
dipanah-panah,
dicucuk-cucuk,
ditumbuk-tumbuk,
dipijak-pijak,
dilanyak-lanyak,
dihenyak-henyak,
dihiris-hiris.
manis sangat rasanya.
bagus bukan?
terima kasih.

pesan gua buat lelaki dan perempuan. (sambil berpesan pada diri sendiri.hm)


ini pesan gua buat lelaki.


lelaki ini egonya tinggi tak terlihat
tapi bila dengan perempuan, macam kucing kena "ice"
yang kononnya macho dan bergaya
tapi punya mentaliti separas kaki


lelaki ini, semua perempuan cantik dia mahu
walau tidak dilayan dan disampah-sampahkan
tapi masih menegur merayu tanpa malu
oh, sedih

kalau lu dah memang tak dilayan

dipandang tidak ditegur pun tidak
takkan lah masih mahu memujuk merayu?
kalau dah disampahkan macam tu sekali
takkan itu pun tak perasan?
suda-sudahlah, jangan nak memalukan kaum lelaki

fuh, di dalam alam siber dan alam maya

lu lah juara, lu lah hero, lu lah paling romeo
dengan yakin, terus saja melemparkan ayat-ayat tipikal
yang bombastik untuk mencairkan hati gadis (konon-kononnya)


"hi u ni hot gila. nak bkawan bley??"
"bila i tgk u, i tak boleh tidur. serious."
"setiap kali terbayang u, i akan tengok langit"
"hihi, u ni cun la. dah ada bf?" 
"u know what, u gadis paling cantik yang i pernah jumpa.sumpah u!"


erhhh. nampak sangat.
ini namanya terdesak, apa otak lu dah rabak?

bro,

jangan jual harga diri
kerna perempuan itu memang hobinya jual mahal (biarlah tak hot mana pun)
dan pembelinya harus lah yang kaya
kaya yang sendiri kau boleh beri definisi

pertama, meditasi.

dan pesan terakhir gua buat lelaki
jangan pandang perempuan dengan nafsu
dan jangan  pandang dengan mata kepala semata
tapi pandang dengan mata hati juga


dan untuk perempuan pula, lelaki ini kadangnya bukannya pandang sangat pada rupa,
tapi pada tutur katanya, tingkah lakunya dan cara pembawakan dirinya.
jadi, kepada perempuan2 hot di luar sana, pesan gua buat lu,
tak payah la nak over2 sangat tingah lakunya, gedik sana gedik sini dengan jantan.
bila sekali kena "suitt" dengan jantan, lu jadi histeria macam gampang,
lu ingat, ini lelaki zaman sekarang. oh dan bila berpakaian,
sila sesuaikan diri dengan tempat, kalau pakai pun dah macam tak cukup duit nak beli kain,
jangan salahkan lelaki jika lu sendiri yang "terbarai" . kalau dah kampung, buat cara macam kampung,
tak payah nak pergi pasar malam pun macam nak pergi pavi.
please.


tak setuju? nak marah? marah lah.

10 November 2011

11.11.11

11.11.11 ? 
so what?

aku sendiri pun belum pasti samada aku mampu tersenyum atau tidak.


setelah sekian lama..
ada satu soalan yang dituju pada aku.
satu soalan yang tak pernah aku sangka.
dan datang dari orang yang tak pernah aku sangka.
juga soalan yang aku tak mampu untuk jawab.

apa yang mampu aku lakukan adalah,
terdiam, dan terkelu.

tapi sebenarnya otak aku sudah menjawabnya
cuma mulut aku yang tak mampu berkata.
gila!

bila aku diam, si penanya soalan pun turut diam.
seolah faham akan makna.
tapi tak lama.
kerana solan itu datang lagi.
tapi kali ini, aku paksa mulut aku untuk berkata.
walau payahnya hanya aku yang tahu.

aku harus rasional
aku harus positif
makanya aku terima dan berkata "ya".
dan itu membuatkan si penanya menangis dan tersenyum.

ah lantaklah, yang aku tahu, sedikit hari lagi aku akan punya kehidupan baru.
samada aku mampu tersenyum atau tidak, aku sendiri pun belum pasti lagi.
tapi apa yang pasti, aku akan cuba untuk senyum dan gembira.

"ya Tuhanku, andai ini takdirnya, andai ini kesudahannya, dan andai ini adalah yang terbaik,
maka aku terimanya dengan redha. aku mohon moga Kau permudahkan segala urusan kami
dan Kau berkatilah segalanya. Amin."

07 November 2011

fakyu lah!

bila kena time gua.
maka gua lah yang paling bangang.
gua lah yang paling entah apa-apa.
gua lah yang paling bodoh.
gua lah yang paling noob.

tapi bila kena time lu.
fuh!
lu lah yang paling best.
lu lah yang paling style.
lu lah yang paling hebat.
lu lah yang paling cool.

FAKYU lah!

now, im just sit back and enjoy the show. :)

tahu roda? tahu bagaimana sifat roda?
ya, roda itu sifatnya berputar,
kerana kalau tidak berputar, bukan roda namanya,
kita tidak akan selamanya di atas,
sampai masa, kita juga akan ke bawah.
jadi, jangan terlalu cepat kau rasa selesa,
jangan yang di bawah kau pandang sebelah mata,
kau maki, kau hina, dan kau ludah,
yang bawah semua jijik di mata kau,
ingat, bukan selamanya kau di atas,
baru sebentar tadi kau diberi peluang berada di atas,
macam roda lah,
dulu kau berada di atas,
dan sekarang kau berada di bawah,
sekarang baru kau rasa, dan baru kau sedar.


tahu bintang? bintang itu berkelip bukan?
tapi berkelipnya bintang hanya kala malam,
tiba siang, bintang pun hilang,
kerdipan bintang yang gemilang bila malam,
tapi bila siang? mana hilang gemilangnya?
ya, kita pun macam bintang,
jika hari ini kau bersinar terang,
esok akan hilang juga sinarnya,
usah bermegah dengan apa yang kau ada,
usah ego usah sombong,
sampai masa, kau juga akan kelam.


helang juga turun ke tanah, kenapa tidak kita?


hey, aku percayakan karma.