mereka

kasi ikan makan.

23 April 2012

tentang lu yang gua suka

hey, lu. mari sini. gua rasa mungkin lu perlukan sedikit pengiktirafan.
okay, sekarang gua umumkan, secara rasmi
lu juara
lu menang
lu paling atas

tahu apa yang gua paling suka tentang lu?
tentang lu yang suka buat-buat bodoh
tentang lu yang suka buat-buat rilek
tentang lu yang suka buat macam takda apa yang berlaku
tentang lu yang suka buat-buat tenang
tentang lu yang sikit pun tak pernah gelabah

dengan kelebihan-kelebihan itu
akan menjadikan lu sebagai manusia paling cool dalam dunia
dan
akan sangat menyerlahkan kebodohan gua

gua rasa seperti sangat-sangat dihargai

terima kasih
terima kasih
terima kasih
dan
terima kasih

p/s: kenapa sayang? cemburu? jawablah. aku perlu jawapan kamu.

21 April 2012

10 minit yang jauhnya seperti kuantan ke kemaman.

pelabuhan klang, 2pm.


seusai tugas di bawah penghawa dingin. aku gapai kunci motor. sarung jaket hitam. pakai topi keledar. berlalu ke motor. motor dihidupkan. undur dan bergerak terus tanpa patah balik. destinasinya, entah.


sepuluh minit perjalanan yang aku rasakan jauhnya seperti perjalan dari kuantan ke kemaman, aku mula tersa perit dek selaran hangat sinar mentari yang mungkin sekitar 37 darjah celcius gamaknya. lalu aku berhenti sebentar di 7e. aku sedikit terhidrat dek teriknya mentari tengahari itu. aku teguk sedikit air mineral yang baru aku beli sambil memerhati susuk-susuk tubuh korporat yang lalu depan aku. walau segak berkolar dan bertali-leher, aku tahu setiapnya masing-masing punya sifat selekeh dalam konteks peribadi


sambil cangkung, aku fikir apa perlu aku juga jadi seperti mereka yang sentiasa segak ke sana ke mari sambil jinjit briefcase bertemu clients di cafe-cafe. tentu aku akan kelihatan lebih macho jika dibandingkan dengan aku yang kini. hanya jeans dan t-shirt. tapi stress kerja aku apa kurangnya jika nak dibandingkan dengan mereka. malah mungkin lebih. lebih-lebih lagi bila berurusan dengan mat-mat saleh yang kadangnya degil dan keras kepala.aku juga fikir apa salahnya juga jika aku hanya jadi petani atau nelayan yang tak banyak stress macam aku. kalau jadi nelayan hanya bergelumang dengan laut dan sampai satu masa kahwin. ada bini dan anak tiga. 


jandi nelayan senang. tak payah pening-pening hari ini nak pakai tali leher apa, baju dah saterika ke belum, kereta ada minyak ke tak, bayar tol, bayar bil, bayar duir sewa rumah, bayar kad kredit, bayar ke mael bayar ke joyah, bayar itu bayar ini.
atau apa salahnya juga jika aku hanya jadi seperti golongan gelandangan yang hidup di celah-celah kota menunggu nasib hari demi hari? tak payah nak susah-susah bekerja. nasib kita hanya masyarakat yang tentukan. itupun jika ada yang simpati.
aku termenung, kepala melayang, fikiran menerawang.



ah dihup di kota memang banyak stress dan mudah dinoda.

17 April 2012

gua rindu yang dijaman dulu.

gua rindu ponteng kelas kimia cikgu shukor.
gua rindu ponteng kelas fizik cikgu azmi.
gua rindu ponteng kelas BM cikgu salmiah.
gua rindu ponteng kelas EST miss tew.
gua rindu ponteng kelas mengaji.
gua rindu ponteng kelas fardhu ain.
gua rindu ponteng kelas tuisyen.
gua rindu main paya hingga lewat maghrib.
gua rindu mandi kolam tempat bunian dalam hutan.
gua rindu rasa cili yang pernah nak gua sental ke mulut.
gua rindu jadi budak famous sekolah.
gua rindu hisap rokok dalam jamban sekolah.
gua rindu buli azman sampai kena panggil dengan pengetua.
gua rindu lastik ayam kat rumah nenek.
gua rindu main tikam sampai ratus ringgit semata mahu dapat dash n kuro sebiji.
gua rindu main mak-mak masak-masak dengan semua sepupu perempuan gua.
gua rindu nak ganti RMT time rehat kalau member gua tak datang.
gua rindu nak beli buku cerita bila ada buku datang sekolah.
gua rindu nak beratur panjang2 beli vitagen dengan milo.
gua rindu nak gosok gigi ramai2 kat tepi longkang.
gua rindu nak main lawan2 pemadam ngan budak2 kelas.

gua rindu lu.

16 April 2012

seorang gadis desa yang terpikat dengan abang RXZ handsome tasik shah alam.

diriwayatkan, pada suatu petang yang damai pada pertengahan semester yang lalu, ada seorang gadis desa, yakni seorang pelajar sebuah unversiti tempatan telah terpikat dengan seorang abang rempit handsome regular tasik shah alam.

bermulanya kisah,
hajat si gadis mahu bersantai sambil kononnya mahu mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan yang kian hampir, tapi setelah lima belas minit mata si gadis masih tetap pada buku, akhirnya mata si gadis dipanah oleh panahan dari bola-bola cinta si abang rempit handsome bermuka jambu yang duduk bersantai bersama teman seperjuangannya yang tidak jauh dari si gadis.

mulanya si gadis hanya memandang malu tapi lama kelamaan setelah kira-kira dua puloh minit yang berikutnya, si abang rempit mula mengatur langkah. kata mula dilafaz dan akhirnya nombor hand phone bertukar tangan. mudah. sekali lafaz. dan sekali kelip.

hari rabu-
sama-sama ke pasar malam seksyen 7 beli apam balik dan ayam goreng sorang satu.

hari sabtu-
sama-sama pergi jusco bukit raja tonton wayang. (cerita harus yang paling romantik biar mudah)

tiap petang-
sama-sama si gadis dibonceng oleh abang rempit handsome melepak dan melepas rasa di tempat biasa. (diamana lagi kalau bukan tasik)

tiap malam-
si gadis dibonceng kesana kemari oleh si abang rempit handsome. ke futsal, ke kedai mamak bersama teman-teman si abang rempit handsome, dan kemana sahaja.

hujung semester-
si gadis desa menerima keputusan peperiksaan yang "sangat cemerlang".

sekian,
indahnya plot-plot cinta si gadis desa dan si abang rempit handsome tasik shah alam. :)

11 April 2012

kehilangan yang bagaimana yang kau harapkan?

kau diam.
jika kau mahu aku faham yang kau hanya bicara melalui lagu.
dan sekarang aku faham.
bahawasanya,
kau takkan datang. kau takkan mulakan.

mungkin aku harus benar-benar hilang. baru kau akan datang.
atau mungkin aku harus benar-benar mati. baru kau akan cari.

03 April 2012

hati aku bukan pentagon heksagon oktagon heptagon

hati aku bukan kotak hingga kau boleh memperkotak-katikkan aku.
hati aku bukan bola bulat hingga kau mudah campak golekkan aku kesana kemari.
juga bukan pentagon heksagon oktagon heptagon nanogon henagon monogon digon  atau decagon.
hati aku hati yang biasa. ya, macam hati kau. kadang keras, kadang lembut.

aku ini manusia biasa. punya jiwa dan rasa yang sama. maka jika tak suka. tolong khabarkan aku dengan baik caranya. tolong.