mereka

kasi ikan makan.

22 May 2012

seorang gadis telah ditipu si cermin gelap

ada gadis. sedang berdiri depan cermin gelap. yang disebelah sana ada aku. tapi gadis itu tak nampak aku. hanya aku yang nampak dia. dia lihat-lihat dirinya. dia betulkan baju. dia sisirkan rambut. dia belekkan wajah. semua. lama. seratus peratus dia percayakan cermin itu. cantik yang dibias cermin, maka cantiklah dia. tapi dia tak tahu yang sebenarnya cermin itu sedang berbohong padanya. kasihan gadis itu, ditipu si cermin gelap. padan muka.

17 May 2012

malam tadi. telah terbukti, yang hati aku ternyata lembut.
hanya dengan sepatah dua kata dari ayah, mata aku berkaca.
ya, hati aku memang lembut.
makin aku paksa keraskan, makin mudah air mata ini tumpah.
sampai sudah.
takkan mungkin.
tanpa jawapan.
hanya persoalan.

dan rupa-rupanya..

12 May 2012

13 MAY - it's not a tragedy.

KHAS BUAT INSAN YANG PALING AKU SAYANG DALAM DUNIA.

ibu,

ibu yang selalu jadi jam loceng aku setiap pagi
yang tiap pagi akan ketuk pintu bilik aku sambil kata 
"adik bangun dah subuh dah 6 suku"
meski aku pesan suruh kejut 6 setengah, tapi ibu selalu kejut 6 suku
ibu cakap tak baik lewat-lewatkan solat

tiap pagi waktu sekolah bila aku mandi
ibu selalu ketuk pintu bilik air sambil cakap "adik cepat dah 6.45"
meski aku tau yang sebenarnya baru pukul 6 setengah
ibu tak nak aku lewat
maka "dah 6.45" tu hari-hari aku akan dengar

aku ni suka main. hari-hari pun nak main. 
ibu tau anak dia ni hari-hari main sini sana
ibu tak kisah, ibu faham anak dia
tapi hari-hari ibu pesan
"adik jangan balik lewat maghrib sangat, setan iblis banyak di luar"

pernah aku duduk jauh lama-lama aku takda duit
aku tak nak susahkan ibu minta duit
tapi ibu macam tau-tau anak dia perlu duit
maka ibu hantar meski aku tau ibu pun perlukan duit

tiap kali duduk jauh
tiap hari ibu talipon tanya khabar anak dia
meski sebenarnya aku tau aku yang patut tanya khabar pada ibu
tapi ibu tak kisah ibu lagi pentingkan aku dari dirinya sendiri

waktu kami susah nak beli makan tak ada
ibu tetap sanggup berkorban apa saja untuk kasi aku makan
meski aku tau ibu sendiri pun belum makan
tapi itulah ibu, asalkan anak dia makan dah cukup

kalau aku nak pergi jauh nak tinggal ibu lama
ibu sanggup hantar aku walaupun terpaksa jalan jauh
aku cakap kat ibu "takpa takpayah hantar adik dah besar"
tapi ibu tak kira walau aku besar mana pun
ibu tetap nak tengok anak dia depan mata sendiri

kalau aku mintak apa-apa dari ibu
pasti ibu akan usahakan sampai dapat
walaupun aku tahu ibu sebenarnya takda duit
tapi ibu sanggup berpajak demi anak dia

ibu, terlalu banyak pengorbanan ibu sejak aku lahir, terlalu
ibu, terlalu banyak yang aku drafkan tentang ibu, tentang jasamu. terlalu
ibu, sesungguhnya engkaulah insan terhebat dan termulia yang pernah aku kenal

ibu, lahir besar pandai aku semuanya kerana ibu
tapi maafkan aku andai kadang aku ini jadi
degil sombong bebal melawan manja menghampakan

cuma satu,
aku pinta restumu untuk hidupku
moga-moga suatu hari aku jadi seorang anak yang membanggakan


ibu,
sempena hari yang berbahagia ini, adik ada sesuatu untuk ibu

tadaaaAAA !!

ibu, sempena hari jadi ibu, dan sempena hari ibu
adik bagi hadiah yang tak seberapa ni untuk ibu
kat dalam kotak coklat tu ada kittunkatz bengal sekor
dalam kotak sampul kaler2 tu ada jongkong mas
then dalam sampul surat putih besor gedabak tu ada cek 10 juta



:D

ibu, hari ini, ini je yang adik mampu
lain hari, insya Allah, akan lebih

walau aku tahu walau sebesar mana atau sebanyak mana pun yang aku bagi masih lagi
takkan mampu untuk membalas jasamu padaku sejak aku dalam kandungan, hingga sekarang

tapi aku akan berdoa pada Tuhan agar ibu sentiasa dikurnia kesihatan yang berpanjangan,
umur yang panjang, sentiasa dirahmati dalam setiap lakumu, dan berbahagia hingga firdausi.

selamat hari jadi dan selamat hari ibu !

10 May 2012

aku yang kembali bernafas.

" don't ever deal on shisha again, just like a sick dragon "
setelah 6 purnama, itulah kata yang paling manis aku dengar dari kamu.
thanks sayang. :)
selamat kembali, dan mari kita berkenalan semula.

07 May 2012

ROMPAKAN BERSEPADU ep1- Plan B



malam semalam adalah malam terakhir yang aku sempat tonton dengan mata kepala aku sendiri sebuah teater arahan Alloy Paradoks dari Paradoks Pruduction. merupakan teater yang beraliran realisme dari mereka. teater yang bertajuk Rompakan Bersepadu ini telah dimainkan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur selama 4 hari bermula pada 3 hingga 6 Mei. selepas aku kempunan nak tengok teater Juta Juta, kali ini aku bertekad untuk tidak lepaskan peluang untuk melihat hasil karya dari golongan muda yang berbakat ini. dan ternyata, sangat tidak mengecewakan semua penonton yang hadir. walaupun hanya bermain di satu ruang yang agak terbatas, namun setiap seorang dari mereka dapat memainkan watak dengan sangat berkesan.


sinopsis:


satu kumpulan semi-pro sudah buat rompakan ke atas sebuah kedai emas. Halim yang jadi ketua, memimpin empat lagi kawan dia yang lain, Zul, Nizam, jumat dengan dani.


tapi plan terlari sikit bila polis sampai awal sangat dan menyerbu mereka semasa rompakan tengah berlaku. akibatnya semua terpecah bawa haluan masing-masing untuk selamatkan diri.


semua plan jadi kucar kacir. semua orang saling mencurigai satu sama lain. ada antara mereka yang plan untuk khianat plan asal dan cuba nak belot. tapi di sebalik plan yang dah rosak, ada lagi plan lain yang tengah berjalan.


rating : sembilan perpuluhan sembilan bintang.









03 May 2012

pernah dalam hubungan, kekadang kita rasa kita betul. kita rasa si dia yang patut mintak maaf dulu. adakala ego tu terlalu tinggi sampai bertahun-tahun tak bertegur sapa. kenapa susah orang nak mengalah? aku tak nampak apa-apa kekurangan pun kalau kau mengalah. adakah kau rasa tak cool kalau kau datang kat dia dan cakap "aku mintak maaf?". biar lah even kau tak salah sekali pun. kita dengan tuhan pun macam tu. kalau tuhan nak ungkit salah kau dengan DIA, aku yakin kau tak larat nak dengar.

02 May 2012

sebelum aku. .

sebelum aku jadi seorang pendiam yang hilang diri.
sebelum aku simpan semua ucap kata yang seharusnya aku lafazkan.
sebelum aku pendam segala perasan yang seharusnya aku luahkan.

ada satu yang perlu kamu tahu perlu kamu ingat sampai bila-bila,
yang bahawasanya demi Tuhan,
tiada pernah aku terfikirkan "orang" lain selain kamu.

tidak aku paksa untuk kamu tinggal.
tidak aku paksa untuk kamu pergi.

dari aku yang sedang melangkah.
-Amar Fadhli.

01 May 2012

yah, maybe i'm not ur mother's favorite

sayang, penjelasan kau. kata-kata kau yang walau sebaris cuma itu. bagi aku itu sudah cukup menjelaskan segalanya. yang membawa maksud kau tidak lagi peduli aku. dan kau tidak lagi perlu aku. sejujurnya, aku hancur mendengar katamu.

jika itu tekad kamu. aku mohon, doakan aku mampu tanpa kamu.

ibu, maafkan adik kerna telah terlanjur cerita tentang dia kepada ibu.
mungkin adik bukan yang disukai ibu dan keluarganya. mungkin.
tapi, adik masih ada ibu. kan bu?