mereka

kasi ikan makan.

12 May 2012

13 MAY - it's not a tragedy.

KHAS BUAT INSAN YANG PALING AKU SAYANG DALAM DUNIA.

ibu,

ibu yang selalu jadi jam loceng aku setiap pagi
yang tiap pagi akan ketuk pintu bilik aku sambil kata 
"adik bangun dah subuh dah 6 suku"
meski aku pesan suruh kejut 6 setengah, tapi ibu selalu kejut 6 suku
ibu cakap tak baik lewat-lewatkan solat

tiap pagi waktu sekolah bila aku mandi
ibu selalu ketuk pintu bilik air sambil cakap "adik cepat dah 6.45"
meski aku tau yang sebenarnya baru pukul 6 setengah
ibu tak nak aku lewat
maka "dah 6.45" tu hari-hari aku akan dengar

aku ni suka main. hari-hari pun nak main. 
ibu tau anak dia ni hari-hari main sini sana
ibu tak kisah, ibu faham anak dia
tapi hari-hari ibu pesan
"adik jangan balik lewat maghrib sangat, setan iblis banyak di luar"

pernah aku duduk jauh lama-lama aku takda duit
aku tak nak susahkan ibu minta duit
tapi ibu macam tau-tau anak dia perlu duit
maka ibu hantar meski aku tau ibu pun perlukan duit

tiap kali duduk jauh
tiap hari ibu talipon tanya khabar anak dia
meski sebenarnya aku tau aku yang patut tanya khabar pada ibu
tapi ibu tak kisah ibu lagi pentingkan aku dari dirinya sendiri

waktu kami susah nak beli makan tak ada
ibu tetap sanggup berkorban apa saja untuk kasi aku makan
meski aku tau ibu sendiri pun belum makan
tapi itulah ibu, asalkan anak dia makan dah cukup

kalau aku nak pergi jauh nak tinggal ibu lama
ibu sanggup hantar aku walaupun terpaksa jalan jauh
aku cakap kat ibu "takpa takpayah hantar adik dah besar"
tapi ibu tak kira walau aku besar mana pun
ibu tetap nak tengok anak dia depan mata sendiri

kalau aku mintak apa-apa dari ibu
pasti ibu akan usahakan sampai dapat
walaupun aku tahu ibu sebenarnya takda duit
tapi ibu sanggup berpajak demi anak dia

ibu, terlalu banyak pengorbanan ibu sejak aku lahir, terlalu
ibu, terlalu banyak yang aku drafkan tentang ibu, tentang jasamu. terlalu
ibu, sesungguhnya engkaulah insan terhebat dan termulia yang pernah aku kenal

ibu, lahir besar pandai aku semuanya kerana ibu
tapi maafkan aku andai kadang aku ini jadi
degil sombong bebal melawan manja menghampakan

cuma satu,
aku pinta restumu untuk hidupku
moga-moga suatu hari aku jadi seorang anak yang membanggakan


ibu,
sempena hari yang berbahagia ini, adik ada sesuatu untuk ibu

tadaaaAAA !!

ibu, sempena hari jadi ibu, dan sempena hari ibu
adik bagi hadiah yang tak seberapa ni untuk ibu
kat dalam kotak coklat tu ada kittunkatz bengal sekor
dalam kotak sampul kaler2 tu ada jongkong mas
then dalam sampul surat putih besor gedabak tu ada cek 10 juta



:D

ibu, hari ini, ini je yang adik mampu
lain hari, insya Allah, akan lebih

walau aku tahu walau sebesar mana atau sebanyak mana pun yang aku bagi masih lagi
takkan mampu untuk membalas jasamu padaku sejak aku dalam kandungan, hingga sekarang

tapi aku akan berdoa pada Tuhan agar ibu sentiasa dikurnia kesihatan yang berpanjangan,
umur yang panjang, sentiasa dirahmati dalam setiap lakumu, dan berbahagia hingga firdausi.

selamat hari jadi dan selamat hari ibu !

No comments:

Post a Comment