mereka

kasi ikan makan.

27 May 2011

sayang, genggam erat jari-jemariku kejap,
biar kuluahkan, apa yg tak terluahkan.

....

you know what, i hate when you left me speechless. 
i hate when you off your phone without telling me.
then you come and say hye, smile, laugh and act like nothing happen. yeahhh.
it happened over and over and over and over again. 
and i am sooo pissed.


im sorry, maybe i should aware of my status.


regards,
amarfadhli.

22 May 2011

malam itu.

di hujung malam itu..

ketawa berderai di ruang yang gelap
ditemani dengan cahaya lampu limpah yang berkelip -
gelak-gelak keras memecah suasana bingit
dalam musik yang kian rancak
ada saja lenggokan-lenggokan manja
diselang seli dengan cumbuan mesra
yang menambahkan lagi kemanisan chivas dan JD.

sedang jari-jemarimu menuding ke langit
ditemani lagu-lagu rancak -
kupu-kupu malam yang hangat
kepulan-kepulan asap tembakau harum
bunyi-bunyi nyalakan galak
bunyi-bunyi lagaan dan tegukan dari botol-botol kaca
bunyi-bunyi hentakan stilleto dan sneakers di lantai

melalaikan sejenak
sambil mengharapkan kekalutan dan kekusutan
dalam jiwa akan hilang

ah, cerita lama -
sedikit hitam dan nakal itu masih ada
takkan pernah hilang.

di celah sepi

tak ada bisik angin
redup
tak ada gerak
tak melintas bunyi.

yang ada -
cuma sepi.

goodbye my lover.

09 SEPTEMBER 2009 - 21 MAY 2011

ill be miss you honey.


17 May 2011

stfu!


sebenarnya.. sesiapapun tak cukup bagus untuk mengatakan bahawa diri mereka bagus
kerana sesungguhnya.. walau sebagus mana kamu sekalipun, ingatlah..sesungguhnya akan sentiasa ada orang yang lebih bagus dari kamu.

yeah u're damn rich , u're driving expensive car, you can just throw your money on the floor and you been surrounded with famed people. BUT SERIOUSLY , I DON'T GIVVA FUCK ABOUT IT !

14 May 2011

13th MAY - its not a tragedy. :)



Ibu, sejak aku dilahirkan ke dunia ini, sejak aku membuka mata, sejak aku pertama kali bernafas, wajahmu lah yang pertama aku lihat, suara lembutmu lah yang pertama aku dengar, sentuhanmu lah yang pertama aku rasa, dan kucupanmu lah yang pertama singgah di wajahku.

Ibu, sejak aku dilahirkan, kaulah yang menjagaku dengan sepenuh jiwamu. Tanpa jemu dan keluh kesah. kau telah menjadi penjagaku, guruku, doktorku, dan sahabatku. Kau telah beri aku segalanya. Sehingga ke hari ini.

Ibu, walaupun aku tahu, kita bukan orang senang, tapi kau masih sanggup berkorban apa saja demi aku. Aku tahu kau sentiasa melebih-lebihkan aku dalam segala hal. Bahkan lebih dari dirimu sendiri. Ibu, betapa murninya jiwamu.

Ibu, dalam kepayahanku, kau selalu ada untuk membantuku. Dan dalam kemurunganku, kau selalu ada untuk mengembalikan senyumanku. Kau tidak pernah jemu melayan kerenahku. Walaupun seringkali saja aku ini tidak mengerti tindakan dan teguranmu untukku. Maafkan aku ibu.

Ibu, bagi aku, kaulah wiraku, kaulah bidadariku, kaulah segalanya. Sesungguhnya, kau tiada tandingan.

Ibu, sesungguhnya, aku tidak mampu jika aku terpaksa hidup tanpamu. Aku sesat tanpamu.

Ibu, terima kasih kerana telah melahirkan aku, dan aku berbangga kerana aku telah dipilih untuk lahir dari rahimmu.

Ibu, demi tuhan, aku akan sentiasa menyangi, menjaga, dan berbakti untukmu selagi mampuku, seperti mana kau telah melakukannya kepadaku. Aku berjanji.

Ibu, selamat ulang tahun kelahiran dan selamat hari ibu aku ucapkan.

Anakmu.amar fadhli.


Ya TUHAN,
Kau ampunilah ibuku.
Kau rahmatilah ibuku.
Kau angkatlah darjat ibuku ke tempat yang mulia. 
Kau panjangkanlah umur ibuku.
Kau tetapkanlah hati ibuku. 
Kau peliharalah ibu seperti mana dia telah pelihara aku sejak aku lahir hingga kini. 
Kau kurniakanlah ibuku dengan kesihatan yang baik dan berpanjangan. 
Kau permudahkan segala urusan ibuku. 
Kau berikanlah ibuku kesejahteraan di dunia dan akhirat. Dan kau tempatkanlah ibu ke dalam syuraga firdausMU kelak. 
Amin ya rabbal alamin..

10 May 2011

sayang,
kita tak mampu untuk memaksa hati kita untuk memilih orang untuk dicintai.
cinta itu urusan hati.
biarkan cinta itu hadir dengan sendiri dan biarkan ia terbang mencari tempat yang ia inginkan,
bukan kerana keterpaksaan.
sesungguhnya kasih dan sayang itu percuma,
justeru itu, berikanlah ia dengan seikhlas hati.
kepada kau yang kedatangan kau tidak dialu-alukan,
jangan kau kembali.
sumpah aku tak rela jika kau ingin merampas kuntum bungaku di halamanku sendiri.
jangan ada walau sekelumit cita2 itu. kerana takkan aku merperjudikan sebuah perhubungan yang sudah sekian lama ini kerana kau.
dia bungaku,
dia jantungku,
dan aku masih disini.

08 May 2011

gua kena jampi ke apa?

gua memang dikenali sebagai anak yg sangat2 susah nak menceritakan masalah atau kisah2 yg berlaku di sebalik tabir hidup gua, terutama sekali dengan mak dan bapak gua.
gua tak macam lu org yg senang giler nk cerita sal life or problem diorang kat mak bapak dorang.
contoh-

mak mak, tadi kat skolah kan.. ada budak bergaduh.. teruk sangat mak, sampai kena panggil ambulan.

mak mak, tadi kita kena denda dengan cikgu kita kat skolah sebab tak siap kerja skolah. hikhik!

mak mak, mak taw tak, kwn kita si siah tu dah break dgn bf dia si roy tu.

eh apa kejadnya nak citer benda2 camtu sumer kat mak bapak gua kita? oh pellissss lar. bagi gua, kalau gua ada problem or nak citer something pun.. gua hnaya akan citer kat memember gua jer. sebab bagi gua, mak bapak kita tak perlu taw pun benda camtu sumer. kot. ok. mak bapak lu urban. -__-"

tapi.. hal2 yg memang sebenarnya patut gua story kat mak bapak gua pun tetap gua tak story gak, sampai dah jadi serius, sampai dah kena tanggung akibat, last skali sampai mak bapak gua dapat taw sendiri. time tu jugak lah gua kena basuh baik punya. "kenapa tak bagitaw" ?? soalan ni dah beribu2 kali kluar dari mulut mak bapak gua. tapi gua tetap gua. gua tetap rilek. :D

dan pada suatu petang yg hening ketika gua ngn mak gua tengah duk mlepak layan citer melodi.. 
tiba2..

mami: dik, rin dah nak tunang ye?

gua: ha? ntah. taktaw plak kita, saper cakap?

mami: mak dia cakap.. takkan adik taktaw, kan adik bkawan dgn dia? rin dengan saper?

gua: kwn.. bkn selalu contact pun.. ntah, dengan sepupunya si izat.. agaknya dia nk bertunang ngn budak tu lar kot. gamaknyaa.

mami: ohhh.. ibu ingat rin tu dengan izat. dah izat dgn saper?

gua: eh takder lah, ngn sepupu izat lah, dah lama dah.. izat ngn budak maulana..

mami: owww.. dah adik pulak? 

ah sudahh.. mula2 rin, pastu izat, dah ni tiba2 lepas ke gua plak ape citer? tapi yg gua pelik gua bley selamberr plak citer kat mak gua.

gua: ngn budak maulana jugak..

mami: yg budak kedai makan tepi jalan tu ke?

gua: eh budak kdai tepi jalan mana pulak?

mami: yg kelantan tu.. saper nama dia?

gua: tu kawan kita lelaki lar.. wan kelantan.. haha!

mami: dah budak ni?

gua: dia ni blaja lagi.. UIA pj.. bulan 9 ni sambung UIA kuantan plak.. mak dia dulu sister kat klinik pramu tu haa.. tapi baru pencen bulan lepas, nama mak dia zainun, ibu kenal? ayah dia penolong pegawai kesihatan, mohd naharudin.   (censored)  =)

mami: kampung kat mana? ayah dia macam org lamir bukan?

gua: bukan lah.. nanti arh kita bawak dtg umah.

mami: oh sebelum ni tak penah dtg umah kita lagi ke? dah yg raya aritu saper?

gua: tak.. tak penah datang lagi.. yg raya dulu bkn.. tu kwn kita jer..

dah lepas jwb soklan trus lagi jer gua masuk bilik, malas dah nk layan soklan2 tahap KBKK camneyh. tapi time gua bla gua nampak senyuman manis kt wajah mak gua. apa? kawen? tetttttt. lek r mi.. awal lg kot.

jap, sal tetiba gua bley jawab selamber jer ek? gua ingat mak gua dah jampi gua neyhh.. ah sudahh..

04 May 2011

hidup ini seperti memancing

hidup, macam memancing.
kita takkan pernah tahu apa yang bakal kita naikkan walupun selepas joran disentap keras.

kadang2.. kita menjangkakan mangsa kita tu besar, tapi bila dah naik, kecik macam ikan bilis jer.

kadang2.. sebelum joran dilontar, kita angankan untuk naikkan udang kara, tapi apa yang kita dapat?
hanyalah seokor ikan duri.

kadang2.. kita tak pernah tepat dalam meramal.

seratus kali kita memancing, tidak akan kesemuanya kita akan mendapat hasil tangkapan yg banyak.
tapi kadang 2 tidak kurang juga hasil tangkapan yg mampu kita peroleh.

tapi sifat pemancing itu tidak harus berputus asa, mereka harus tekun dan bersabar.
setiap kali berhasil menarik ikan, mereka kemudian harus melemparkan kembali kail yang telah diberi umpan. memasangnya kembali, melemparkan ke sungai, menunggu dimakan ikan, melepaskan mata kail dari mulut ikan, dan begitulah seterusnya.

maka ianya juga sama seperti di dalam kehidupan seharian kita.
apa yg perlu dilatih adalah kesabaran dan ketekunan dalam menjalaninya. 
seterusnya fokus pada tujuan dan konsentrasi pada apa yg sedang kita lakukan.

tapi satu hal yg perlu kita sedar adalah, tidak semua apa yg kita impikan di dalam kehidupan ini akan tercapai.
walaupun kita telah berusaha, berdoa, dan bertawal sekalipun, belum tentu apa yg dihajati akan tercapai.

mengapa?

mungkin apa yg kita pinta itu tidak sesuai dengan kita, makanya ALLAH akan menunda atau menggantikan hajat kita dengan sesuatu yg lain tanpa kita sendiri sedari.
tapi apa yg pasti, apa yg digantikan itu adalah lebih baik dari apa yg telah kita hajati.

dan sebagai hambaNya, kita diwajibkan untuk berdoa sejurus berusaha. ALLAH tidak suka akan hambaNya yg segan silu untuk meminta kepadaNya.

makanya-
mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,
emisrengeklah;


ever wonder how hard you've asked, but still no answer? god knows best. all for good reasons, for sure. ask him.
sayang,

bodohlah aku jika sampai tegar untuk aku membanding-bandingkan antara kau dengan dia,
kerana sesungguhnya, dia tidak punya apa2 jika mahu dibandingkan dengan kau.
kerana bagi aku, kau punya segala, dan kau adalah segalanya bagiku.

sayang,

maafkan aku di atas keterlanjuranku dalam berkata
dan maafkan aku jika ada hati yang terluka oleh lidah kasar ini.

tentang kekesalan dari segal kebodohanku.

02 May 2011

tanpa

tanpa ilmu
hidup mudah ditipu

tanpa harta
hidup akan menderita

tanpa akhlak
hidup akan rosak

tanpa cinta
hidup sepi sentiasa

tanpa iman
hidup tak keruan.

masih di sini.

tidurlah mata
walaupun buat seketika
aku ingin mimpi dahulu
yang hilang ditelan waktu.

berlabuhlah malam
walau bulan tidak
mengambang
biarkan pungguk berkirim salam
kepada bulan yang lama
menghilang

berkeliplah bintang
walau langit diselimuti awan
tidak akan pudar kasih dan
sayang
selagi ada nyawa di badan

dengarlah bulan
bisikan pungguk yang merindu
bintang berkelipan
walau tak seindah purnamamu

hadirlah pagi
bawa bersamamu warna pelangi
hiasilah kekosongan hati
yang tidak didatangi mimpi

begitulah indahnya
bila masih ada rasa cinta
walau gersang seluas benua
hati yang kasih indah berbunga.

"aku cinta kamu
selagi ada hayatku!"

malam ini, aku masih di sini
dan kau masih di sana
aku masih mencari mimpi
waktu-waktu kita bersama

adakah kau juga
merenungi malam dari jendela?

alam

pelangi yang mewarnai
titik-titik embun yang menitis
bagai sirna yang berguguran
erti sebuah kemestian

awan yang berarak
menggugurkan manik-manik putih
membasahi tanah gersang
penuh kekudusan.