mereka

kasi ikan makan.

29 July 2011

jangan jadi macam pelangi.

seperti sejalur pelangi
melengkung di dada langit
indahnya pancaran warna
siapa tukang lukisnya
langit menjadi kanvasnya
tak nampak tepian
tak nampak hujungnya
dan kehidupan masa lalu
tak ubah seperti pelangi
tak seindah warnanya
kerana ia padam sendiri
hilang dalam terang.

23 July 2011

semalam dan hari ini. (sebaik-baik manusia)

semalam,
mulut-mulut ini tak pernah terdiam. sentiasa ada saja yang ingin diluahkan
dek kerana perasaan yang tak pernah puas.
sentiasa saja ingin memberontak dek kerana kekerasan hati yang semakin membatu.
tapi kini, mulu-mulut ini terkunci, tiba-tiba buntu untuk memulakan bicara.
entah, mungkin mulut-mulut ini sudah penat.
tiada lagi kata yang mampu diluahkan.
dan kini, ia hanya disimpan di dalam hati.
tak terluahkan.

semalam,
telinga-telinga ini tak pernah tertutup, sentiasa ada saja yang ingin didengar,
ada saja yang mahu dikongsi bersama, meski ia seperti tidak perlu untuk didengar.
tapi telinga-telinga ini memang sudah fitrahnya tidak tertutup.
hanya mendengar segala kepalsuan yang tak sudah-sudah.
tapi kini, telinga-telinga ini mungkin sudah pekak,
dan tak sanggup lagi untuk mendengar kata-kata nista
yang tersusun indah itu.

semalam,
mata-mata ini tak pernah berkelip walau sesaat,
mata-mata ini hanya inigin melihat dunia dan si pelakunya.
kerana dunia ini adalah pentas lakonan yang penuh dengan tawa dan tangis.
mata-mata ini hanya mahu meihat keseronokan yang zahir,
tanpa mata-mata ini sedari yang sudah tiba masanya untuk ia berhenti melihat
keseronokan yang zahir itu,
kerana apa yang dilihat adalah palsu semata, yang dilihat itu tidak kekal abadi.
yang abadi itu bukanlah di sini, tapi di sana.
dan kini, mata-mata ini ingin berhenti melihat kepalsuan
kerana mata-mata ini hanya mahu melihat kepastian
yang telah dijanjikan oleh-Nya.

semalam,
tangan-tangan ini tak pernah berhenti mencari dan mengambil 
sesuatu yang bukan hak miliknya,
tangan-tangan ini sentiasa saja ingin menikmati sesuatu yang melalaikan.
kerana yang melalaikan itu asyik.
tangan-tangan ini juga tak pernah berhenti dari menuding dan mencari
kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan diri sendiri.
tangan-tangan ini yang membina ego dalam diri.
kini, tangan-tangan ini harus berhenti.
kerana tangan-tangan ini harus diangkat 
dan memohon keampunan dari-Nya.
oh, tangan-tangan yang berdosa.

semalam, 
kaki-kaki ini tak pernah berhenti melangkah ke lembah durjana.
kaki-kaki ini sentiasa saja ingin pergi ke lorong-lorong
yang penuh dengan kejahatan dan kemaksiatan.
kaki-kaki ini bagai terikat untuk pergi ke tempat yang sepatutnya ia pergi.
kepanasan.
tapi kini, kaki-kaki ini harus diikat, supaya ia berhenti dari terus melangkah
ke lembah durjana yang dicipta sendiri.

semalam,
kepala-kepala ini tak pernah berhenti memikirkan keseronokan duniawi.
kepala-kepala ini sentiasa memikirkan keuntungan yang tidak kira datang dari mana,
tanpa memikirkan akan asal san sumbernya.
kini, kepala-kepala ini harus berhenti sejenak,
dan kepala-kepala ini harus memikirkan pencipta-Nya.
kepala-kepala ini harus berhenti mencari jalan-jalan yang gelap.

wahai mulut-mulut, telinga-telinga, mata-mata, tangan-tangan, kaki-kaki, dan kepala-kepala,
berhentilah. ingatlah pada pencipta-Mu.
takutkanlah pencipta-Mu.
dan tunaikanlah kewajipanmu.

setiap makhluk yang bernama manusia takkan pernah dapat lari dari melakukan kesalahan dan dosa,
tapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat.
dan barangsiapa yang meninggalkan yang haram, maka ALLAH akan menggantikannya dengan yang halal.

bebayang hitam.

perkara yang paling menyeksakan dalam hidup mugkin bukan hilang tempat tinggal,
mungkin bukan hilang harta benda, atau mungkin juga bukan hilang sesuatu yang disayangi.
tapi perkara yang paling menyeksakan dalam hidup adalah penantian. ya, penantian.
sebuah penantian sambil mengharapkan sesuatu yang kita ingin miliki.
walaupun pada suatu ketika, ia berada begitu hampir untuk kita kecapi,
tapi tiba-tiba ia semakin jauh.
jauh, jauh dan semakin jauh hingga akhirnya hilang ditelan bebayang hitam
yang datangnya entah dari mana.
sambil aku mengharapkan ada cahaya dari langit yang mungkin menyuluh
dan mencari dimana ia berada.
namun, semakin lama aku mencuba dan mengharap, ia pergi semakin jauh.
jauh, jauh dan jauh dan terus hilang ditelan bebayang yang pergi entah kemana.
dan apa yang datang kini hanya hampa.
hampa untuk terus mengejar dan mencari bebayang itu?
ah, mugkin tidak. mungkin aku patut terus mencuba dan menanti,
kerana setiap yang berharga menuntut sebuah pengorbanan.
pengorbanan yang perlu dilakukan, hanya oleh aku.
biarlah, tidak apa aku terus begini.
kerana ini mungkin akan menjadikan kau terus dan lebih berharga.
selagi aku mampu, aku akan terus mencuba dan menanti.

dan benarlah kata pepatah, "penantian satu penyeksaan".

dan pabila segalanya hanya "entah".

entah, segalanya hanya entah.
keran seribu kali kubertanya, seribu kali juga
kau hanya menjawab dengan sebuah senyuman.
kau hanya berkata dalam diam.
ah, apakah aku bisa mengerti?

dan kini, aku masih lagi mengetuk tembok batu itu,
masih lagi belum dapat membuka pintu
yang entah bila akan wujud itu.

usah kau menjawab pertanyaan dengan pertanyaan.

manis dan pahit.

tak semua yang manis itu gula, kerana yang manis itu hanya kata.
tak semua yang manis itu harus dirasa, kerana yang manis itu mungkin juga racun.
dan tak semua yang pahit itu harus diluah, kerana yang pahit itu penawar.
penawar bagi segala duka.
jadi ingatlah, yang manis usah terus ditelan,
dan yang pahit usah terus diluah.

that's life.

oh bunga.

jikalau terjumpa bunga, usahlah terus dicium dan dipetik,
bimbang kalau-kalau terkena duri.
dan ingatlah, tidak semua yang harum itu indah,
kerana yang harum itu bisa menjadi racun.
jikalau sudah terkena, akan parah seluruh jiwa dan raga.
dan bisanya terkena duri adalah lebih berbisa dari bisa sang tedung.
jadi berwaspadalah, tidak semua yang indah  itu harus dipuja.
pandanglah dengan mata hati.

14 July 2011

mengerti dan fahamilah. tolong.

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, 
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W, Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT, Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI…


satu ungkapan yang pastinya dah banyak kali kita semua mendengar, melihat, dan membaca.
tapi kita sekadar membaca. seperti aku juga, dulu-dulu, seperti tiada apa yang perlu difahami.
tapi kini, aku mula faham. aku mula cuba untuk mengerti.
walaupun ia ringkas. tapi fahamilah.  -amarfadhli-

aku di sini. (pkg)

akhirnya.
aku sudah disini.
mengharapkan suatu perjalanan baru.
meninggalkan kenangan-kenangan hitam yang lalu.
aku tak mahu ia kembali menghantui.
oh bandar hitam,
kasihanilah aku.
bantulah aku.
terangilah aku.
biar aku kedepan.
kerana aku, tak mahu lagi menoleh.

tiada judul

yang dipeluk itu rindu
teramat rindu
yang didakap itu sepi
teramat sepi
tak siapa pun memyelaminya
erti sebuah kebahagiaan
telah terlaksana
segunung pengorbanan
dalam laut kepayahan
dikutip karang-karang cinta
yang amat panjang
teramat panjang
tapi kini -

adanya seperti tiada
tiadanya seperti ada
tak bolehkah dirasai
sedikit kebahagiaan
di celah sepi ini?

04 July 2011

Rolling in the deep



There's a fire starting in my heart,
Reaching a fever pitch and it's bring me out the dark.
Finally I can see you crystal clear
Go ahead and sell me out and I'll lay your ship bare.

See how I'll leave, with every piece of you
Don't underestimate the things that I will do.

There's a fire starting in my heart,
Reaching a fever pitch and it's bring me out the dark.

The scars of your love, remind me of us.
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love, they leave me breathless
I can't help feeling
We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it
To the beat

Baby I have no story to be told
But I've heard one of you and I'm gonna make your head burn,
Think of me in the depths of your despair
Making a home down there as mine sure won't be shared

The scars of your love, remind you of us.
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love, they leave me breathless
I can't help feeling
We could have had it all

Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it
To the beat

We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
But you played it
With a beating

Throw your soul threw every open door
Count your blessings to find what you look for
Turn my sorrow into treasured gold
You pay me back in kind and reap just what you sow

We could have had it all
We could have had it all
We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it to the beat

We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand

But you played it,
You played it,
You played it
You played it to the beat