mereka

kasi ikan makan.

22 December 2010

beri aku yang terbaik.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

16 December 2010

sampai syurga

sayang

aku juga mahu dikasih

aku juga mahu punya kekasih

aku juga mahu jadi kekasih

sayang

aku juga mahu disayang

aku juga mahu menyanyang

aku juga mahu dipanggil sayang

sayang

aku juga mahu mencinta

aku juga mahu punya cinta

aku juga mahu bercinta


tapi aku mahu bercinta

bercinta sampai syurga

sayang..aku mahu kamu..kita berdua..biar sampai syurga..

tapi sayang

sayang,

kalau kau minta bulan yang terang
bilang saja akan aku terbang sekarang
dan akan ku petik bintang itu bersama bulan
menjadikan kerongsang di bajumu

kalau kau mahu bintang di awan
akan ku ambilkan
kau timangkan

tapi sayang..

kadangkala aku merasa tidakkah kau kenal aku siapa?

biar pergi

subuh sudah mula habis
sayang jangan menangis

biar embun kering
biar pagi datang

sayang usah dirindu
kerna pasti, malam nanti akan datang semula

13 December 2010

bapak arh.

tadi malam tengah gua duk relax layan tv tetibe terlayan terusya satu channel neyh cter sal sandwich.
bkn sandwich yg cam omak gua bikin der..mahupun sandwich hat ada jual kat coffee stret.tapi hat ney spesial punya sandwich habaq ang.sandwich kobe namanya.actually gua tal kesah lar sal nama dia..tapi gua kesahkan sal harga dia.ang agak2 brapa? skupang? dua kupang? tettttt!
takpa aku bagi ang usya dulu.tgk neyh.


haaa.amacam? da dapat agk tak brapa harganya? law ang nk taw harga sketui sandwich ney ialah
£85 @ 85 pounds sterling. atau bersamaan dengan RM 425..

ang mampu nk bli buat lunch? skali ngap dah habes ye tak. bek mkn nasik laok patin masak tempoyak takpon ikan keli masak sambal berlada. lagi cicah ngn sambal tempoyakk..kan2? (:

tapi law ang nk bli pown tak dak masalah.. janji ada duit.suma boleh. tapi stakat ney aku rasa.. aku belom lagi tergolong didalam golongan org2 seperti itu.. takpe insya Allah satu hari nanti.. doa2kan jer lah k.
amin~

12 December 2010

maaf


maaf
kerana aku hanya bukan sesiapa

maaf
kerana aku tidak seperti mereka
tidak seperti mereka yang punya segala sejak lahir

maaf
kerana aku ini hanya yang sangat biasa biasa saja
tidak yang sangat luar biasa seperti mereka

maaf
kerana sehingga kini aku masih seperti ini
masih seperti dulu dulu

maaf
jika aku tidak seperti orang yang kau harapkan
tidak seperti mereka yang punya segala

maaf
jika aku ini hanya sepersis sang embun
yang hanya menyenangkan di malam hari tapi hilang tatkala tibanya sang suria

tapi
aku juga punya angan mahu jadi seperti mereka
aku juga ingin hidup seperti mereka
aku juga ingin bahagia seperti mereka

tapi
aku perlu susah susah untuk seperti mereka
keringatku perlu jadi besar untuk seperti mereka
waktuku perlu jadi panjang untuk seperti mereka

kerana aku hanya bermula dengan kosong
tidak seperti mereka yang punya segala sejak lahir

tapi
aku berjanji untuk jadi seperti mereka
walau aku tahu aku perlu susah susah untuk itu
aku perlu sabar 

walau suatu masa nanti
aku juga mahu jadi seperti mereka

moga moga saja..


kadang2 tuhan tak bagi kita kesenangan dalam bentuk harta benda.tetapi Dia limpahkan kita dengan kebahagiaan dalam hidup.atau mungkin rezeki yang sederhana tetapi sentiasa ada dan tidak putus2.janganlah kita iri hati,kerap merungut, dan berbuat jahat pada org yg ada kelebihan pada mereka.kerana mungkin.tuhan sedang menguji kita.dan iya. mungkin juga.kesenangan itu ujian dari Dia.ingatkah kita padaNya sewaktusenang? -fs

seperti

kenapanya aku ini tak bisa untuk menyedari yang aku ini tetap bukan siapa2?

sepertinya aku ini debu yang tak punya harga apa
sepertinya aku angin yang tiada
sepertinya aku ini wujud tanpa adanya apa makna

maka untuk apa aku di sini?

tapi

dibisiknya--

aku cinta
aku rasa
aku suria
aku purnama.

dibilangnya--

aku segala
aku luar biasa
aku ditunggu dia
aku jawapan pencipta.

dibilangnya pada aku di bisiknya--

aku mimpi dia
aku bayang dia
yang sudah ada
sekian lama.

tapi--
malangnya--
disambungnya--

aku ada tapi.


tentang menjadi seseorang yang dikatakan sang sempurna; namun dinafikan kerana sebuah 'tapi' yang tak terjelas apa. sbg contoh: "aku mahu kau, tapi..." atau "kita lengkap, tapi..."

soalan aku: bila sudah cukup, tetapi ada tapi, kenapa perlu dipanggil cukup?