mereka

kasi ikan makan.

12 December 2010

tapi

dibisiknya--

aku cinta
aku rasa
aku suria
aku purnama.

dibilangnya--

aku segala
aku luar biasa
aku ditunggu dia
aku jawapan pencipta.

dibilangnya pada aku di bisiknya--

aku mimpi dia
aku bayang dia
yang sudah ada
sekian lama.

tapi--
malangnya--
disambungnya--

aku ada tapi.


tentang menjadi seseorang yang dikatakan sang sempurna; namun dinafikan kerana sebuah 'tapi' yang tak terjelas apa. sbg contoh: "aku mahu kau, tapi..." atau "kita lengkap, tapi..."

soalan aku: bila sudah cukup, tetapi ada tapi, kenapa perlu dipanggil cukup?

No comments:

Post a Comment