mereka

kasi ikan makan.

21 December 2013

aku kata dan kau kata

kau kata
rusuk kiri yang aku cari
takkan pernah kan aku temui

aku kata
habis yang sesuai nak jumpa dekat mana?

kau kata
yang sedang-sedang
yang muat-muat dengan hati kita

aku kata
hati kau?

03 December 2013

tak terubahkan


dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.

dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

namun aku lupa;
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujudsimpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak-terubahkan--

jodoh mati sesungguhnya--
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
telah siap hikayatnya.

mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,
emisrengeklah;

--tak terubahkan.

fynn.

02 December 2013

cenderawasih kayangan

pulang tadi
aku bersua cenderawasih kayangan
lalu aku tanya

" mengapa kau belayar songsang di awan meninggalkan kayangan? "

lalu dijawabnya cenderawasih kayangan

" kerna tak semua yang dikayangan itu milik aku,
dan tak semua yang dikayangan mampu aku miliki. "

tengkujuh dan saluran berbayar.

tengkujuh
kalau macam ni
tak dapat tonton Astro

-pantai timur

27 November 2013

kau ingat ?

diskusi terakhir kita
bila yang terakhir?
diskusi canda kita
bila yang terakhir?
diskusi lara kita
bila yang terakhir?

kau ingat?
apa yang kau ingat?

aku ingat
aku ingat segala yang kau ingat aku lupa

30 September 2013

hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut.
( surah Al-Baqarah ayat 283 )

makanya
walaupun aku menjadi miskin dengan membayar hutang
itu lebih baik daripada mati dalam dalam hutang


celaka.

sudah -sudahlah berjanji.

14 September 2013

asal kau tahu, bahwasanya sepi itu membunuh.

sayang
asal kau tahu
sepi itu membunuh

namun
andai ada badai atau ribut
yang menggoncang hati
lalu pecah empangnya tak terseka
hingga tumpah jernih airnya ke pipi
langsung terus padaku
curah luahkan segalanya padaku
aku kan pendengarmu yang paling setia?

cuma--

ajari aku bahasamu
kerna cuma bulan yang tahu membikin cahaya indah bertebar
kerna bintang hanya tahu mengerdip diam dengan kilau berpijar

ya
aku bukan pengeran jiwa
mahupun arjuna rasa
diposisiku mungkin aku bukan yang layak
untuk tahu rasa lewat dasar hatimu yang mungkin sulit

cuma--

sayang
asal kau tahu
sepi itu membunuh

11 September 2013

pergi mu yang sebentar cuma. agaknya.


"Aku pergi sekejap saja
Usah mengalir si air mata."
Itu pesan terakhir dia
Sebelum hilang. buat seketika. 

tapi yang sebetulnya, tak pernah pun dia tinggal pesan.

ah tidak mengapalah
kerna kau itu kan bulan
suka sembunyi di balik awan
bila hilangnya awan
maka kembalilah bulan

09 September 2013

jenis yang bagaimana aku? jenis semacam jebat. mungkin.

aku
jenis manusia
tak mudah cair
pada manis janji

aku
jenis jebat
yang punya mulut
yang punya tangan
yang punya kaki

tak sampai mati mahu aku simpan

* aku jebat. jenis derhaka. 

17 August 2013

demi malam, di manakah kejora?

demi malam
demi malam yang menyaksikanmu berkata-kata yang menggetarkan jiwaku
demi malam yang membangkitkan aku dari lena yang maha panjang
demi malam yang membuatkan mindaku terbang dan dadaku kencang
dan demi malam yang tidak aku bayangkan jika katamu menjadi nyata

demi malam yang bergilir siang
demi malam dililit seribu bintang
demi sunyi yang mengingati hanya syahdu
demi kasih yang mengulit
demi sendu yang merintih
memugar cinta yang tak mahu pergi

demi malam yang selalu mengejutkan aku
lalu berdiri di pinggir jendela
mengais kisah semalam
mengait rindu yang bertebar

ada suara berbisik
memintaku mengutip cinta yang telah gugur

walau tiada dahan yang utuh
walau tiada ranting yang bugar
namun akarnya masih tetap mengharap
walau setitik nikmat cinta

"demi Tuhan sebagaimana aku redha dengan dugaan-Nya, dan demi Tuhan juga aku redha dengan ketentuan-Nya."

15 August 2013

cinta --
dipersoal mengapa hadirnya selalu bukan pada yang menerima lalu dijawabnya ;
tidak semua cocok pada perkakas yang hadir --

06 August 2013

kehadapan buat kedua ibu dan bapa patik, adik, abang, kakak, saudara mara, kekasih, teman-teman, lovers and haters.

di sini ingin sekali patik memohon ampun dan maaf di atas ketidak punyaan waktu yang cukup terhadap kalian. yelah, patik ini seorang businessman, kerja patik menuntut patik memberikan komitmen dua ratus percent terhadap kerja patik. patik bukan pekerja gomen atau swasta yang mana hanya bekerja 6 7 hari seminggu dan waktu kerja 8 hingga 5 petang. bukan.

disebabkan minat patik yang mendalam terhadap business makanya patik sanggup mengorbankan kerjaya patik sebagai marine surveyor dan concentrate hanya pada business. patik mula dari kosong. dari bawah. dengan berkat kesungguhan usaha dan doa patik, dan setelah mengharungi detik-detik payah yang bermacam-macam, mencuba itu dan ini, akhirnya patik berjaya.

patik pernah punya rumah sendiri, dan mampu berbelanja beratus ratus sehari. hingga patik juga pernah memiliki dining sendiri. bayangkan pada usia 22 tahun patik sudah punya dining sendiri. dining patik terletak di laman seri business park shah alam. patik pernah jadi yang bukan calang-calang. satu laman seri kenal patik. patik bangga.

tapi yang namanya gula itu manisnya tidak lama. dan yang namanya manusia itu hatinya juga tidak sama warnanya. - -

dependekkan cerita, sejak dua tiga bulan yang lepas patik memulakan business yang lain. hampir berjaya. hampir saja. jika mengikut pada perancangannya. tapi juga yang selalu dikata yang cerah itu tidak semestinya sampai ke petang.

disebabkan sedikit kebodohan patik sendiri dan membiarkan nama patik diguna segala, maka patik dianiaya. patik tiba-tiba jatuh. patik dicari, patik dituduhnya menipu itu dan ini.

lalu patik di issue berbagai tuntutan dan saman. patik dikena tindakan dan diarah membayar sejumlah wang yang jumlahnya sungguh patik tidak mampu.

dan jika tidak, patik dikena lima tahun penjara, denda seratus ribu ringgit dan lima kali sebatan. sungguh, patik terkena. diugut dicari jadi mainan. hingga ada yang menunggu di rumah bonda mencari patik.

demi Tuhan, patik tidak pernah patik rasakan sebegini macam. demi nyawa, segala harta yang ada nilainya patik "tunaikan". kereta patik korbankan, motor, handphone, sepatu, jam tangan, segala yang boleh patik "tunaikan".

malah terpaksa patik tebalkan muka meminjam sini dan sana. dan demi Tuhan juga, jika ikutkan hati, sumpah takkan patik berbuat demikian. tapi apakan demi nyawa dan demi keterpaksaan, patik rela walau maruah patik dijatuh. malunya meminta-minta usah dikata.

maka maafkan patik kepada sesiapa yang tersusah kerna patik. maafkan patik. demi Tuhan maafkan patik.

namun patik bersyukur kerna masih ada yang sudi membantu, terutama ibu dan bapa patik. cuma tidak perlulah patik ceritakan bagaimana cara mereka cuba membantu patik.

dan patik juga tetap bersyukur kerna walau dengan apa yang terjadi, ini membuatkan patik lebih sedar akan khilaf patik pada semua. khilaf patik Tuhan, khilaf patik pada kedua ibu dan bapa patik, dan khilaf patik pada semua.

pada Tuhan, mungkin patik lalai, maka sekarang patik sedar dan ini membutakan patik lebih mendekatkan diri terhadap Nya.

pada ibu bapa dan keluarga, mungkin patik sedikit lupa akan tanggungjawab yang patut patik laksanakan, maka sekarang patik bertekad akan cuba merubah segala.

ah, seumur hidup patik, ini ramadan yang paling panjang dan paling sukar patik lalui. juga pengalaman yang demi Tuhan tidak akan patik lupa walau sampai bila-bila.

sesungguhnya aturan Tuhan ini tidak perlu dipertikaikan. ada masa yang di atas dan ada pula masa yang di bawah. dan sekarang patik berada betul-betul yang dibawah. yang dibawah sekali. patik cuma perlu redha dan teruskan perjuangan hidup.

terlalu banyak pengalaman dan pengajaran yang patik peroleh.
ingat Tuhan bukan hanya pada waktu kita susah. jangan pernah diabai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa dan keluarga. akhirnya, never trust people.

pabila senang, yang tak kenal jadi kawan, yang tak pernah peduli jadi saudara. tapi pabila jatuh, yang kawan jadi asing, yang paling kau harapkan jadi menjauh.

yang jadi tangan kaki untuk tolak terajang untuk jatuh itu banyak, tapi nak dicari tangan kaki yang menghulur mengajak ke atas semula itu usahlah dicari. usahlah.

patik sekarang sedang jatuh terduduk terjelepuk tertiarap tertonggeng.

tapi patik mahu bangun semula, cuma tolong jangan sepak terajang patik. biar patik bangun sendiri.


08 June 2013

aku yang tidak boleh tidak

yang sebenarnya
aku tidak boleh untuk tidak terhadap kamu
itu bukan pinta mulutku
tapi itu pinta lubuk hatiku

jujur tanpa ada yang tahu aku terlalu menginginkan
cuma harap-harapnya
nanti kan punya waktu
buat kita

kerna aku
tidak boleh untuk tidak terhadap kamu

02 June 2013

terpernah sekali aku terpercaya

kadang-kadang
atau terpernah
kau buat aku percaya
yang bahawasanya
kau adalah milikku
selamanya dan mutlak
tapi juga pernah
kau buat aku rasa
yang bahawasanya
aku ini langsung
tidak layak buatmu
walau di alam mimpi

semakin aku bertahan dengan harapan tersimpan semakin aku tak punya daya meluluhkan jiwa yang sama

andai sekarang aku bilang rindu
pasti itu akan buatkan kau jemu
pasti kan kau bilang aku ini penipu

"ah, rindu konon"
"apa yang ada pada rindu?"
"apa rindu boleh bikin aku senang?"

dan makanya aku henti bilang rindu
yang bakal buat kau rasa jemu

walaupun dalam lubuk hati aku
yang paling terdalam sekali
rasa itu masih tersimpan sebanyak butiran pasir pantai

aku boleh
terbang jauh kalau itu yang kau mahu
aku boleh
dipijak lusuh untuk mendindingmu
dari sang musuh
tapi untuk kau hilang dari aku sesuatu yang tak termampu

31 May 2013

DIRGAHAYU DARUL MAKMUR.

well, Darul Makmur give you the history and experience that you never had before.

and today, we're gonna play in bukit jalil, and again, whatever the result comes, i still proud to be PAHANESE.

yes this is it and yes this is darul makmur.
yes this is pantai timur. and yes tonight, we unite together.











oh, before forgot, this is the "man of the match" that night. congrats to him. good job boy!



18 May 2013

hey si peices

agaknya
pieces memang sudah begitu lakunya -
cukup figura
takkan mengerti
sampai sudah
biar takdir

12 May 2013

buat insan yang terrrpaling aku sayang.

pagi tadi bangun lambat, pukul sepuluh. dan seperti biasa, seusai bangun rutinku terus ke meja dapur. aku nampak ibu di dapur, sedang mengemas-ngemas. ibuku datang padaku dan terus saja mempelawa aku makan, ibu tanya mahu makan apa dan aku kata apa saja. lalu ibu buatkan aku sekeping roti canai segera dan segelas milo hangat kegemaran anaknya ini. habis sekeping roti canai segera yang digoreng tadi, ibu lagi datang dan mempelawa jika aku mahukannya lagi dan aku mengangguk. tanpa lambat terus ibu gorengkan roti canai segera itu lagi.

ibu, hari ini kan hari ibu, dan hari ini juga hari jadi ibu, tapi ibu melayan aku seperti hari ini hari jadi buat aku. dan hari ini kan ibu demam, sejak dua tiga hari lepas lagi. ibu kata ibu tak larat nak masak banyak-banyak. tapi pagi ni ibu macam takda apa-apa bila melayan aku. walhal aku tau ibu kan tak sihat. ibu, patutnya aku yang melayan ibu.

ibu, anak ibu ni dah nak masuk 24 tahun bu, anak ibu ni dah besar. tapi ibu melayan anak ibu ni macam anak ibu ni masih kecil. atau mungkin kerna aku lah satu-satunya anak ibu? ah aku rasa kalau ibu ada sepuluh orang anak pun masih juga ibu akan melayan kesemunya begini. aku tahu.

ibu, terima kasih di atas segalanya, SEGALA-SEGALNYA.

ibu, terima kasih kerana melahirkan aku.

ibu, kau cinta firdausiku.

ibu, selamat hari ibu, dan selamat hari jadi, ibu.

harapannya ini bukan mata akhir

pada mulanya. waktu lama dahulu. servis dimulakan sang juwita. tapi kini, mungkin servisnya sudah mula bertukar tangan. kini giliran sang arjuna yang melakukan servis. cuma harapannya agar sang juwita dapat menyambut servis sang arjuna dengan cermat dan erat, dan mengembalikannya kepada sang arjuna. dan akhirnya moga permainan dapat dimainkan secara normal. dan cumanya lagi, harap-harap game kali ini takkan punya mata akhir.

patah tak tumbuh hilang tak berganti

memang
jika mengikut resamnya
yang patah akan tumbuh 
dan yang hilang akan berganti
tapi
kalau patahnya dipijak-pijak diracun-racun
mana mau tumbuhnya semula?
dan
kalau hilangnya sejuta tahun serta ditutup hijabnya
mana mau datangnya pengganti?

29 April 2013

perginya seorang teman.

pedo,
aku ingat lagi time mula-mula masuk kolej dulu,
dapat duduk hostel geliga duduk dorm, ada katil double decker banyak-banyak.
aku sorang-sorang bukan ada kawan lagi pun.
aku duduk katil atas,kau pulak katil bawah depan aku.
aku mula-mula masuk diam je, tapi aku tengok kau kecoh gila, dengan semua orang kau tegur.
hari-hari awal tu kau je sibuk panggil aku ajak datang lepak katil kau, time tu kau bawak biskut, kau ajak.
lama-lama terus jadi geng.

kita pulak kebetulan course sama, so satu class.
hari-hari jalan kaki sama-sama pergi class. aku, kau, fariq.
kat dalam class pun kau antara paling kecoh, kau yang start panggil aku AMAR PEKAN.
pastu kau suruh budak-budak lain panggil aku pekan jugak, kecoh.

petang time class habis lagi kita jalan kaki pergi pantai main bola, kau boleh tahan jugak aku tengok main.
pastu bila malam main futsal pulak, kadang-kadang sampai 2 3 pagi main lagi.
main counter strike pun kau hebat jugak, hari-hari kita main, sampai subuh.

dah berapa sem tu kita dapat rumah sewa baru kat depan sekolah cina tu, rumah flat, kita duduk 8 orang.
rumah tu kat hall tu kira macam kau lah yang conquer. dah jadi bilik kau.
bila tidur kau setia dengan selimut dengan bantal busuk kau, budak-budak suruh buang kau taknak.

bila boring kau suka nyanyi sambil main gitar, bising gila. lagu semua yang ala-ala ST12.
time ada duit sikit kita semua pergi sewa studio kat CP, jamming ramai-ramai, sampai ke kuantan pun pernah.

bila tidur kau tak boleh tak dengar lagu. kau selalu pinjam handphone aku dengar lagu pasal handphone aku express music lagi banyak lagu best.
kau pinjam sampai habis bateri aku then baru kau pulangkan.
rasa tak boleh tidur kau main pulak game lumba kereta sampai semua orang dah tidur tapi kau still main game lagi.

time hari sukan tu kau pernah menyamar jadi awek junior sms aku nak berkenalan bagai. aku percaya gila. lama kot. last-last baru kantoi rupanya kau yang menyamar. kau pakai nombor baru.

entah, banyak gila pasal kau ni, tapi dalam geng kita kau yang paling kelakar. macam-macam.
dah habis kolej kau balik johor praktikal kat sana then terus dapat kerja sana jugak, aku balik klang.
since tu ada lah dua kali agaknya jumpa kau.

awal bulan 6 ni fariq kawen, aku ingat nak datang then nak suruh semua budak-budak kita datang jugak.
nak jumpa semua, lama gila tak jumpa.

tapi tadi fariq call aku, dia cakap kau dah takda, aku mula macam tak percaya, sebab baru dua tiga hari lepas kita komen-komen kat gambar kau, ni fariq kata kau dah takda pulak.
tapi fariq confirm balik dengan pami, fariq cakap memang confirm.

pedo, tak sangka kau pergi dulu. aku ingat kita boleh jumpa lagi, tapi tak.
apapun aku nak mintak maaf kalau selama kita berkawan aku ada buat kau terasa ke apa.

dan aku mintak maaf tak dapat nak bagi penghormatan terakhir kat kau. insya Allah kalau diizinkan nanti aku dengan kawan-kawan datang ziarah kat kampung kau.

tapi tadi lepas isya' aku dah sedekahkan Al-Fatihah dengan surah Yassin. aku doakan moga roh kau tenang dan sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.





24 April 2013

kelmarin malam. aku dapat satu mimpi. gigi aku longgar. maka perlahan-lahan aku goyangkan lalu tercabut. pagi aku bangkit. aku fikir. apa maksudnya mimpi itu. dan hari ini. aku tahu segalanya. tentang kecelakaan. kecelakaaan yang mungkin memberi pengajaran dan penyesalan di sepanjang hayat. demi Tuhan, ini bukan celaka yang manis.

23 April 2013

is being too nice is a bad things?

is being too nice is a bad things?

hey what's so bad about being "too nice"?
honestly, im still searching what the meaning of "too nice".  
for example, when im nice to a girl there's a reason for that and it's because i respect her for who she is and enjoy being around her and when im really nice it's because i care about her, want to make her happy, and be there for her. how is that a bad thing? the fact a guy is really nice to you and is genuine about it should make you feel good about yourself instead of causing you to find the nearest jerk who will treat you like garbage and then discard you and make you feel worse. i dont get this. i dont know but maybe girls perceive nice guys as spineless. on the other hand, jerks are perceived as strong and exciting because of the fact that they take rejection well and just "move on to the next one".

yah in relationship, being nice means must always be there. and now im thinking maybe being always there is boring. why? yes its cool we always take the time to be there for her. but always remember that in order for relationship to work, we must have space so they can grow individually. maybe growing individually gives a higher percentage for our relationship to last longer. idk.

and being too nice maybe makes me seem too good to be real. so, if i being too nice right from the start, women will take this as a sign that im hiding my ugly self behind this nice guy act. maybe. idk.

also, nice guys can't say no. but now i think it's okay to say no when i need to. 

however, most of the time, being "too nice" has ever been someone's reason for rejecting you, niceness can feel more like a curse than a blessing. haha. yeah and i know hows that feel. :)
dude, nice guys finish last. being nice is a great personality trait; it's just that sometimes being nice gives you an unfair disadvantage.

hey ever heard women says:

" I don't like when guys are "too nice" because it makes me uncomfortable
                                 or
" saya sukakan awak, tapi awak terlalu baik. "


p/s: * play the game, don't be the one getting played.
      * seriously, sekarang aku nak mengaku mungkin aku adalah orang yang paling baik dalam dunia. tapi aku juga nak mengaku yang kadangnya aku boleh                 jadi manusia paling gampang dalam dunia. seriously im not kidding u. :)

21 April 2013

apa sebenarnya yang mahu kau perjuangkan?

kalau ikut lantakkan, malas mahu aku tulis bangkitkan pasal politik. ok, ini dari my own point of view.
bagi aku lah, keadaan politik negara kita sekarang sedikit sebanyak adalah politik yang sudah hilang nilai moral dan etikanya sehingga mengheret kepada fenomena permusuhan sesama sendiri. politik hanya perebutan kuasa yang menjerumus umat ke kancah polemik persengketaan. politik hanya kuasa. dan kuasa menjadikan manusia alpa terhadap hakikat insaniah. natijahnya manusia hilang kawalan dan kewarasan serta pertimbangan rasional hingga yang lebih tertonjol adalah nilai-nilai kebinatangan dalam amalan berpolitik.

dan bagi generasi-genarasi muda serta sahabat-sahabatku, melibatkan diri di dalam politik tidak salah.bahkan ianya baik dan sekaligus akan menjadi penyambung pada perjuangan generasi-generasi lama. cumanya, elakkanlah dirimu dari belenggu fanatik membuta tuli. tidak perlu kau bersikap partisan sehingga menampakkan kebobrokan diri sendiri. berjuanglah selagi bebas dari sentimen yang menyentuh sensitiviti personal.


malam semalam sewaktu habis futsal ketika lepak-lepak minum bersama kawan-kawan, gua betul-betul tak sangka dua jam "perbualan" kami hanya berkisar mengenai politik. di sebelah pihak menyokong barisan dan sebelah pihak lagi sebaliknya. mereka membentangkan manifesto parti masing-masing dan mempertahankan hak dan kebenaran. membangkitkan pelbagai isu untuk diperjuangkan. tegang.

orang menyalak kau menyalak.
orang melolong kau melolong
apa sebenarnya yang mahu kau perjuangkan?


I representin this place
Where people say murder is the case
REMBAU
the food gonna make your tongue blaze
Step forward,hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin
Hobin Jang Hobin
We aint trippin Jang
Tahun dopan ado laie
Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang(kito monang yo)
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar


Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak
Itu orang dulu
Tak mcm budak2 sekarang
Susah sikit yo
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik2 cito2 angkosawan
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo'an daratan
Sapo tak pueh ati
Jom kito jumpo dopan dopan



Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted



My brain works faster than computer
Cuz Im the prime mover
Entrepreneur yes I am
Weve been busy chasin dollars
Chillin at Mui Fong with my homies yaw
And If u keep talkin shit others might listening bro
Then gangin up, just pick up your gear
Listen dear
I aint messin wit the coward
I aint messin wit fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don't wake me up from my dream
C.R.E.A.M



Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dh ghobeh
Baru payung nk dibuko?
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah'an semuo urang
Polik Bona bilo pikir orang tuduh bukan2
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik
KAU BOLEH POIE JALAN



Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted



Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?
12

08 April 2013

tentang yang gua suka-suka mahu cerita

tentang kereta
gua suka drive laju-laju.
gua suka drive sebelah tangan, dua jari, atau satu jari.
gua suka follow rapat-rapat.
gua suka drive laju-laju dan gaya drifter kat dalam kawasan parking IKEA sampai bunyi eitttttttt creeettttttttt. oh i dont know how to spell that noise but it just awesome!
thats all makes me feel like a trueee driver.
sehinggalah awal tahun ini gua telah terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur.
dan kini gua macam dah berubah sikit.

tentang wanita.
secara zahiriahnya, semua laki-laki mendambakan memiliki wanita yang cantik dan sempurna.
bagaimana pula gua melihatnya bagi pertama kalinya?
gua suka lihat tangan dan kaki mereka.
mengapa? mungkin itu salah satu cara gimana gua menginterpretasikannya.

tentang mandi.
waktu mandi gua takkan kurang dari dua puluh ke dua puluh lima minit.
ketika mandi gua punya rules sendiri.
gua mula dengan memberus gigi, syampu rambut, cinditioner, membersih muka, dan akhirnya badan. seriously rules ini mengikut turutan.
atau jika boleh gua faktakan, bagi lelaki kamar mandi adalah mungkin tempat paling privasi setelah seharian bergelumang dengan penat dan masalah.
dan bagi gua, kamar mandi merupakan tempat paling mustajab untuk berfikir dan mendapatkan sesuatu idea.

tentang rancangan TV.
gua bukanlah seorang penonton tegar sehingga mampu menonton tv seharian suntuk.
gua suakakan rancangan yang pelbagai. berita, sukan, masakan, info semasa, lawak, cinta. semuanya.
tapi jangan tanya mengapa gua suka sangat Hijab Stailista. entah. mungkin kerna gua sukakan fashion. gamaknya.

tentang haiwan.
sejajar dengan perkembangan dunia teknologi kini, gua tidak ketinggalan utuk turut serta dalam menjalinkan hubungan sosial di laman-laman sosial atau di alam maya.
tapi kadangnya di waktu yang tertentu, gua lebih suka bercakap dengan haiwan, contohnya kucing.
bagi gua mereka adalah tempat meluah rasa paling secure berbanding manusia.
mereka juga merupakan penyimpan rahasia tegar dan tidak pernah membongkar dan tidak pernah melawan kata.

tentang kerja.
gua boleh dikatakan seorang yang workaholic. mampu bekerja hingga tidak hirau akan waktu.
dan mampu duaratuspersen fokus hingga sebenarnya gua mampu kerja tanpa fikir akan teman-teman lapang dan teman-teman hati. cuma belum waktu untuk gua lakukan saja.

tentang angan-angan.
tiap hari pasti akan ada angan-angan yang baru.
gua angankan untuk bermain bersama pasukan real madrid dan bergandingan bersama mesut ozil.
gua angankan sedang makan burger bersama nur fathia di burgerking teluk chempedak.


31 March 2013

dan sekarang
aku lebih rela mempunyai sesuatu yang punya perasaan daripada memiliki seseorang yang tidak punya akan hati
dan jika dahulu aku pinta kau jadi sesuatu, bukan seseorang,
tapi kini segalanya telah berubah
dan aku pohon, jadilah seseorang kembali
tetapi yang punya hati dan perasaan
pleasee?
usah dibiar digantung disidai terlalu lama
takut nanti dicuri diambil orang
atau
takut nanti mati dimakan diamamah waktu
usah
kerana gossip girl, dia goodnight kan aku.

xoxo

17 March 2013

berlagak sombong poyo mengada-ngada !

pernah tidak kau bencikan seseorang?
pernah kau tahu cari apa sebabnya?

pernah kau tahu kenapa?
kenapa kau tak suka kau benci maki dia?
mungkin kerna dia tidak memberi apa-apa kepentingan pada kau.
makanya kau kata dia tu berlagak sombong poyo mengada-ngada.
kau benci maki dia.
sepuasnya.
tapi,
cuba tiap kali kau berjumpa dengannya kau terima hadiah atau sesuatu darinya,
apa ceritanya masih sama?
ya,
yang kau kata berlagak sombong poyo mengada-ngada itu lah yang paling kau nantikan kehadirannya.
jangankan setahun,
telat yang cuma seminit pun kau kan cari di mana dia.

kita-kita.
suka-suka hanya kerana kepentingan diri sendiri.
biasalah.

hok benarnya.

hoh benarnya,
hok comel hok molek hot lote hok tu lah hok racunnya.
hok burok hok huduh hok bodo bengong hok tu lah hok madunya.
bakpo?
mu tokse?
mu tokse mu bui ke aku.

05 March 2013

aku cuma laki-laki biasa.

pernah tidak, tatkala kau melakukan sesuatu dengan segala daya dan dari hati,
tapi tidak pernah sekali kau dihargai?
apa pernah kau tahu rasa itu?

maaflah,
bukan aku penat pada tubuh,
bukan aku putus pada harap,
bukan aku patah pada hati.

cumanya,
aku ini laki-laki biasa,
laki-laki yang punya perasaan normal,
sama seperti yang lain,
punya perasaan, juga hati.

cuba kau figura hatiku,
cuba gapai kotak yang duduk di sisipintu hatiku.

bukalah.

moga kau tahu.

kadang-kadang,
ingin sekali aku mahu kau juga merasa sama seperti apa yang aku rasa.

24 February 2013

maaf, kerna belum bisa beri kamu bahagia.

please i'm begging u.

fyi, my blogspot has been hacked by anonymous. ( someone that i used to know ). but today, i got back my blogspot. hey this is my page, not yours. why u fucking care? i'll just write what i want, what i feel. if u think i'm such an ungrateful spoiled brat so don't like me and please go die. hey get out of my way. pleaseee. i'm begging u. i never concern most of u anyway.