mereka

kasi ikan makan.

29 August 2011

lu nak berucap, gua pun nak jugak!

ramadhan meninggalkan kita. dan syawal menjemput kita untuk meraikan sebuah kemenangan bagi mereka yg telah cemerlang dalam menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan ramadan.
apa yang pasti, kita semua sedang meninggalkan sesuatu, dan sedang mengejar sesuatu.

bermaksud - (i) meninggalkan segala pahala dan fadilat yg amat besar, dan (ii) mengejar sebuah kenikmatan dek kerana tidak perlu lagi menahan lapar dan dahaga serta menahan nafsu dari berbuat perkara2 yg mungkar dan dosa.

pasti kita semua semua tergolong di dalam golongan yg kedua bukan? :)

walaubagaimanapun, diharapkan ramadan yg berlalu telah mengajar kita untuk lebih berdisiplin dan konsisten dalam melakukan amal ibadah dan segala perintahNya.
serta belajar untuk mengawal nafsu dengan sebaik mungkin. dan janganlah menjadikan bulan syawal ini sebagai tempat untuk membalas dendam dengan makan dan minum sepuas puasnya sehingga memudaratkan diri sendiri. belajar lah dari ramadan yg lalu.

*****

ah sudahlah, gua mahu buat ucapan hari raya pulak.

so, sempena kedatangan syawal kali ini, gua ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari segala salah dan silap gua. sama ada yg dilakukan secara sengaja, atau tidak.
gua ini manusia biasa yg tidak pernah dan terlepas dari melakukan khilaf.
jika lidah gua pernah melukai hati lu, gua mohon ampunkan gua.
jika tangan gua pernah menyakiti atau mangambil sesuatu yg bukan hak gua, gua mohon ampunkan gua.

akhir kata dari gua, selamat menyambut hari raya aidilfitri, minal wal faizee.
semoga raya lu'olls dipenuhi dengan warna warni dan keriangan disamping orang yg tersayang.

sebelum itu, gua ada serangkap pantun untuk lu'olls.

lu tak puasa, gua puasa
lu nak raya, gua pun nak raya
lu nak berucap, dah lu ingat gua taknak?
okay, selamat hari raya


p/s: kalau ada sesiapa yg nak gua minta maaf secara peribadi, gua takde hal, cakap je ok. :)

28 August 2011

pergi mampos

terpandang
terlihat
ternampak
terpesona
terkesima
terpaku
terkhayal

terpana

pergi mampos dengan madah.


24 August 2011

warna emas yang lara.

waktu malam larut - kilas mengilas, kenangan itu mengekornya sampai jauh, nun sampai ke situ.
sejak itu dia mengerti. betapa dirinya akan sentiasa dihambat kenangan itu.
saat matanya terpana, melihat bayang senja yang jatuh menelap tandus pasir,
lalu pasir itu pula, seakan-akan menyalakan sinarnya- warna emas yang lara. menambahkan lagi duka.

sedang leka, awan tiba-tiba merembeskan manik-manik basah yang lebat bukan kepalang.
malah besertakan pula angin yang berlarut-larutan, menghempas bumi dengan kencang.

seketika, hujan pun perlahan-lahan berangkat pergi. berhenti menghempas bumi kala subuh menjelang.
dan tak lama kemudian,perlahan-lahan matahari pun berangkat naik. sedikit demi sedikit.
hingga menjelang duha, maka teranglah suluhannya. segalah di kaki langit.

malam kembali lagi- bulan di langit sedikit menyabit,angin di luar sana berpuput di atas muka bendang.

bulan yang tadinya menyabit kini separuh bercahaya, nampaklah di kejauhan akan warna sawah yang separuh menguning.
bulan semakin terang di langit, saat si kecil makin terpana mendengar cerita ibunya.

warna petang kembali- bunyi desir yang merembas batu-batu dataran yang masih panas dek sekaan matahari.
bau pohon-pohon yang tumbuh di lereng-lereng bukit, terbau di hidungnya.

ahh - berfantasi lagi.
kali ini, tentang kehidupan.
aku masih tetap di sini, walau hari2 yang berlalu,
namun tak terasa sejuk dingin di teduhan bayu petang
hingga matahari merajuk dan tenggelam.

21 August 2011

melayan kerenah anak2 dan isteri di bulan ramadan. :)

setelah bekerja selama 2 bulan tanpa cuti, ini hari baru gua berpeluang bercuti sehari. itu pun demi melunaskan janji gua pada isteri dan anak2 untuk keluar membeli barangan persiapan hari raya yg bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

sebenarnya dah dari mingu lepas gua didesak oleh pertanyaan yang bertubi-tubi yang datang dari harry haykal (anak gua yg sulung).

"papa2, papa dah janji nak bawak harry pergi kluar syopping raya kan? papa dah janji dengan harry.. dengan mama.. dengan adik.. tapi papa ni asyik kerja je. cepat la papaaa. macam2 hary nak beli ni taw."

ah, soalan yg hampir serupa datang dari angie (isteri gua), dan romeo harith (anak kedua gua). nasib baik anak bongsu gua (jodie shakira stella) masih kecil, jika tidak, dia jugak pasti akan menanyakan soalan2 yg hampir serupa.


******

tepat jam 9 pagi.. angie mengejutkan gua.

"abang.. bangun laa..dah lewat ni.. anak2 semua dah siap, diorang dah tak sabar nak pegi syopping. abang jgn cakap tak jadi pergi pulakkk. ha."

kata2 yg gua taw sebenarnya bukanlah datangnya dari anak2 gua, tapi dari angie sendiri. takpelah, demi isteri dan anak2, gua bingkaskan diri untuk bangun.


******

sewaktu dalam perjalanan..

"papa2, kita nak pergi mana dulu ni? harry lapar laa.. harry nak makan mekdi. harry teringin nak makan burger double cheese. harry nak makan 3!" - harry yg duduk di belakang gua cuba memujuk sambil memegang bahu gua.

tapi tiba2 angie bersuara lembut..

"harry sayang.. harry tak ingat ke kita kat bulan apa skarang ni.. ni kan bulan puasa.. mana boleh harry tak puasa.. harry kan dah besar.. lagipun harry dah janji dengan mama dengan papa yg harry nak puasa penuh tahun ni kan?"

"alaaaaa.. tapiii. . ."

"harry.. ..." - gua mula bersuara.

"hurmmm.." - harry mengeluh sambil mejebikkan bibir.


******

setelah setengah jam meninggalakan kota damansara, gua sekeluarga tiba di kuala lumpur.

"bang, kita pergi SOGO dulu lah ye? ayang nak beli baju anak2 la.. kat sana baju budak banyak.. murah2 pulak tu."

"eh awak neyy.. manjang je nak ke sana kan, apa takde tempat lain ke? alaa abang taw yang nak ke sana bukan sebab nak beli baju anak2 tapi baju ayang kan? - gua menyindir sambil tersenyum.

"abanggg.. kalau taknak pergi.. abang hantar saya balik rumah mak skarang jugak."

"eh awak ni, sampai ke situ pulak perginya ye. yelahhhh2.. haishh.. mengalahkan anak2."

sepantas kilat riak wajah angie yg tadinya mencuka kini mula menyimpul senyuman.


******

"eiiiii yang ni kita punya laaaa! kita yang amek dulu... apa kau neyyy!"

ah sudahhh.. dari jauh gua terdengar suara harry memarahi adiknya si harith. gua lantas pergi mendapatkan kedua2nya.

"kenapa ni harry jerit2 macam ni? tak malu ke orang tengok? kenapa ni?

"harith ni haaa amek baju harry.. tadi harry dah pilih, pastu harry letak kat situ kejap.. pastu harry nak amek balik, tengok2 dah takde, rupanya harith dah amek."

"ahhhh. apa pulakk. dah sape suruh kau letak. aku ingat kau taknak, aku amek laa. eiiii!" - harith mempertahankan haknya.

perlahan gua pergi ke arah harry dan sambil gua duduk, gua berbisik ke telinga harry..

"harry.. baju tu bagi je kat harith, nanti papa belikan baju yang lain yang lagi cantik dari tu. okay?"

harith hanya membisu.


******

"abang.. tahun ni kita anak beranak pakai baju warna purple ye? ayang dah pilih baju ayang, baju abang, dan baju anak2. tengok ni cantik tak?" - angie menunjukkan baju2 yg telah dipilihnya pada gua.

"yelahh sayangg.. abang ikut jerr.."

"abang ni macam tak sukaa je?"

"tak.. abang sukaa.. kalau dah isteri abang yg pilih, seeeeemua abang suka." :)

"betul ni?"

"betul sayangg"


******

setelah selesai membeli barang2 persiapan raya. tiba masa untuk mencari tempat untuk berbuka puasa.

"papaaa2.. dah pukul 5 laa.. kejap lagi dah nak berbuka kan? harith lapar laaa. jom la kita pergi makan.. jom la papa jom laaaa." - gua kesiankan harith, harith masih mampu bertahan sehingga sekarang walaupun umurnya masih 5 tahun.

"alaaa kesiannya anak papa ni.. okay2, harith cakap kat papa harith nak makan apa harini?"

"harith nak makan chicken choppp!"

"errrr abangg.. ayang rasa macam nak makan dekat sunway pyramid laa bang. kita pergi full house. ye bang?" - tiba2 angie yg menjawab pertanyaan gua, bukan harith.

"amboihh awak.. saya tanya anak2, awak pulak yg tolong jwabkan ye? harith.. boleh kan sayang kalau kita makan kat sana?"

"kat sana ada chicken chop tak papa?"

"eh mestila ada.. kat sana cakap je nak makan apa semua ada." - lagi sekali angie yg jawabkan pertanyaan harith.

"oh okayyy" - lalu harith bersetuju.


******

setelah selesai berbuka, kami pulang semula ko kota damansara dengan hati yang riang dan gembira. akhirnya janji2 gua untuk membawa isteri dan anak2 gua keluar telah berjaya dilunaskan.


******

di dalam bilik tidur..


"bang... ayang.... "

tiba2..

"wey mar! dah kul 7, jom ah bazar!"

sial ! rupa2nya gua hanya berfantasi ! ah. celaka.



* fantasi seorang teruna berusia 22 tahun terhadap diri sendiri di petang hari.




******


(jodie shakira stella)


(romeo harith)

(harry haykal)

10 August 2011

Semalam hari ini dan esok.

Semalam kunjung untuk hari ini,
Walhal tidak diundang kerana
Hari ini menanti esok,
Sedangkan esok hanya
Memikirkan semalam,
Luah esok,
Kenapa semalam berlalu selintas
Haluan angin,
Kerana semalam kunci pintu hari
Ini dan tingkap esok,
Kerana semalam juga berputar
Kembali untuk esok,
Hari ini terpinga.

Kata hari ini,
Angkara ini semua semalam,
Semalam membuat sulit dan
Pahit untuk hari ini,
Esok bertingkat marah menanti
Hari ini yang kian sunyi,
Esok meracau.

Bait esok,
Sudahlah semalam dan hari ini,
Menuding ke depan terpalit
Sendiri ke belakang,
Kita berungkai dan bersaudara,
Kuatkan jiwa hilangkan sangka.

05 August 2011

apabila ada yang katanya nak ke bazaar..

First ramadan..

Balik2 keje, belum sempat gua parking motor kat depan pintu, terus gua disapa oleh pipi.

“ai bang, lewat balik? Keje kuat nampak?”

“biasa la pi.. cari rezeki lebih.. baru boleh sara keluarga.. haha. Weyh ni nak pegi mana?”

“pegi bazaar laa.. wey jom ah, cepat2.”

“mana? Sini?”

“tak ah, shah alam laa.. seksyen 13, kat stadium melawati.. wey cepat ar, budak2 dah tunggu”

“siot tak menyempat kan. Tapi sampai ke shah alam apehal? Sini jer takleh?”

“alaa shah alam baru cara bro.. banyak makanan sedap2..” sial macam la gua taktaw lu semua nak pegi ngusya budak2 kolej kan.

“hmm ye ah ye ahh. Jom!”

15 minit kemudian..

“Pehh ramai la sial.. park sini je ah” sahut azhar.

Then bermula lah perjalan lima jejaka dan sorang jejaki dalam mencari apa yang digembar gemburkan oleh rakyat jelata dari seluruh pelusuk tanah melayu yang mengatakan sedap sangat lah konon2nya makanan kat sini ek.

10 minit gua terpusing2 mencari apa yang boleh menarik perhatian gua, namun hampa. Gua Cuma disajikan dengan pemandangan makanan2 yang cam biasa2 jer. Dan satu demi satu persoalan telah timbul.

“mana yang specialnya cibai? Takde pun? Stakat sik briani.. then makanan western bagai ada la. Kuih pun tak banyak. Buah mlaka? Seri muka? Popia goring sambal, murtabak mengkasar? Ikan keli sambal? Okay semua itu takde la cibai. Habis apa yang diorang ramai2 ni cari? Ahh tension gua.” Gua berkata dalam hati sambil mata melilau lilau mencari sesuatu untuk dibeli.

“doh mu nok beli mende? Aku dop tahu nok beli mendape.” Mirul mula bersuara.

“ho sama ah, mende ada tahu sini.” Gua membalas.

“ha tu tu!! Huu.. dada ayam goreng special takde tulang! Jom beli yang tu nak? Beli sorang satu, 6 ingget sengah.” Pipi memberi cadangan.

“ha order je ah untuk aku skali” yazid yang dari tadi berdiam diri kini mula berkata.

Sambil budak2 ni tunggu ayam diorang yang entah bila boleh siap pasal orang lain sikit punya ramai beratur kat situ, maka gua pun memulakan langkah sendiri mancari apa itu “cara”.

Jalan punya jalan sambil mencelah celah manusia yang sesak macam nak berebut nak masuk stadium, gua mencari dan terus mencari, namun skali lagi yang hadir cuma hampa. Sial lah.
Tapi tiba2 gua terpandang “nasi beriani… (benda entah)" lalu gua pun terus menyelinap masuk sampai lah gua berjaya berdiri betul2 di depan meja yang mana penjual2nya sangatlah manis. (ah tak rugi gua datang ke mari)

“ye bang nak nasi brapa? Lauk?” beliau bertanya sambil melemparkan senyuman yang cukup untuk membuatkan seorang jejaka tertewas.

“urmm nak satu jer, lauk daging eyh. Mekasehh.” Gua membalas senyuman beliau.
Beliau tersenyum sambil tertunduk. Ah.

Dan tiba2..

Gua terdengar tiga empat lima suara dating dari belakang gua. Suara2 itu kemudian berkata..

“oi, beli sik beriani tak ajak! Order untuk aku2 sume skali ah. Aku ngan budak2 ni nak gak.. ko bayar dulu.” Arahan demi arahan.

“hmm awak, tambah lagi lima boleh? Semua nak lauk daging jugak.”

“okayy” beliau berkata sambil menunjukkan symbol okay dengan jari2 manis beliau.

 Selepas selesai membeli makanan..

“Eh air tak beli lagi laaa.. ha tuu! Air klapa laut special!” lagi2 pipi yang bersuara.

Settle air sume.. gua pun ajak budak2 ni bla setelah melihat jam sedah menunjukkan pukul 7:15 petang.

“wey jom ah bla, dah 7 suku gila, jem2 lagi jap g tak sempat plak sampai umah.” Gua memberi arahan.

“ho mari2”

Sesampai je traffic light poli shah alam, gua tiba2 terdengar arahan baru..

“eh jom buka kat dataran shah alam nak? Dah macam tak sempat jer nak sampai umah ni”

Sial.gua dah agak.

***

Dah setel2 makan sume, smayang kat masjid negeri sume.. kami pun berangkat pulang menuju ke port klang rumah tercinta. Sambil gua memasang niat dalam hati.

“dah, malas dah gua nak pegi sini, tak best langsung”

Kerana bagi gua, apa yang digembar gemburkan itu sama sekali tidak benar.
Tapi apa yang gua taw, sepanjang pengembaraan gua di bazaar tersebut, mata2 gua tak boleh nak focus sangat kat makanan2 pasal mata2 gua lebih banyak TERfocus pada orang2 yang datang membeli. Sial mana taknya, kalau lu orang nak taw, kat sinilah berpusatnya kolej2 seperti MSU,PTPL,politeknik,UITM dan sebagainya. So lu orang taw2 sendiri ah. -__-“

***

* niat gua untuk tak pegi lagi bazaar shah alam tidak kesampaian kerana ini hari dah puasa ke 5 tapi gua tetap TERikut memember gua.damn.tapi skali lagi gua berjanji yang gua takkan ikut lagi budak2 ni pegi sana. Kali ni gua pegi bazaar sini sorang2 je pun takpelah. Hm.

































04 August 2011

tiada lagi madah.

habis sudah madah,
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah,
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah,
tak pernah..

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan,
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
tak pernah rindu,
tak pernah rayu..

02 August 2011


gamba kawen kan? ok dah. diam. gua taknak komen apa-apa.
pesanan untuk lu syu. jangan cari gua lagi.
bye.