mereka

kasi ikan makan.

05 August 2011

apabila ada yang katanya nak ke bazaar..

First ramadan..

Balik2 keje, belum sempat gua parking motor kat depan pintu, terus gua disapa oleh pipi.

“ai bang, lewat balik? Keje kuat nampak?”

“biasa la pi.. cari rezeki lebih.. baru boleh sara keluarga.. haha. Weyh ni nak pegi mana?”

“pegi bazaar laa.. wey jom ah, cepat2.”

“mana? Sini?”

“tak ah, shah alam laa.. seksyen 13, kat stadium melawati.. wey cepat ar, budak2 dah tunggu”

“siot tak menyempat kan. Tapi sampai ke shah alam apehal? Sini jer takleh?”

“alaa shah alam baru cara bro.. banyak makanan sedap2..” sial macam la gua taktaw lu semua nak pegi ngusya budak2 kolej kan.

“hmm ye ah ye ahh. Jom!”

15 minit kemudian..

“Pehh ramai la sial.. park sini je ah” sahut azhar.

Then bermula lah perjalan lima jejaka dan sorang jejaki dalam mencari apa yang digembar gemburkan oleh rakyat jelata dari seluruh pelusuk tanah melayu yang mengatakan sedap sangat lah konon2nya makanan kat sini ek.

10 minit gua terpusing2 mencari apa yang boleh menarik perhatian gua, namun hampa. Gua Cuma disajikan dengan pemandangan makanan2 yang cam biasa2 jer. Dan satu demi satu persoalan telah timbul.

“mana yang specialnya cibai? Takde pun? Stakat sik briani.. then makanan western bagai ada la. Kuih pun tak banyak. Buah mlaka? Seri muka? Popia goring sambal, murtabak mengkasar? Ikan keli sambal? Okay semua itu takde la cibai. Habis apa yang diorang ramai2 ni cari? Ahh tension gua.” Gua berkata dalam hati sambil mata melilau lilau mencari sesuatu untuk dibeli.

“doh mu nok beli mende? Aku dop tahu nok beli mendape.” Mirul mula bersuara.

“ho sama ah, mende ada tahu sini.” Gua membalas.

“ha tu tu!! Huu.. dada ayam goreng special takde tulang! Jom beli yang tu nak? Beli sorang satu, 6 ingget sengah.” Pipi memberi cadangan.

“ha order je ah untuk aku skali” yazid yang dari tadi berdiam diri kini mula berkata.

Sambil budak2 ni tunggu ayam diorang yang entah bila boleh siap pasal orang lain sikit punya ramai beratur kat situ, maka gua pun memulakan langkah sendiri mancari apa itu “cara”.

Jalan punya jalan sambil mencelah celah manusia yang sesak macam nak berebut nak masuk stadium, gua mencari dan terus mencari, namun skali lagi yang hadir cuma hampa. Sial lah.
Tapi tiba2 gua terpandang “nasi beriani… (benda entah)" lalu gua pun terus menyelinap masuk sampai lah gua berjaya berdiri betul2 di depan meja yang mana penjual2nya sangatlah manis. (ah tak rugi gua datang ke mari)

“ye bang nak nasi brapa? Lauk?” beliau bertanya sambil melemparkan senyuman yang cukup untuk membuatkan seorang jejaka tertewas.

“urmm nak satu jer, lauk daging eyh. Mekasehh.” Gua membalas senyuman beliau.
Beliau tersenyum sambil tertunduk. Ah.

Dan tiba2..

Gua terdengar tiga empat lima suara dating dari belakang gua. Suara2 itu kemudian berkata..

“oi, beli sik beriani tak ajak! Order untuk aku2 sume skali ah. Aku ngan budak2 ni nak gak.. ko bayar dulu.” Arahan demi arahan.

“hmm awak, tambah lagi lima boleh? Semua nak lauk daging jugak.”

“okayy” beliau berkata sambil menunjukkan symbol okay dengan jari2 manis beliau.

 Selepas selesai membeli makanan..

“Eh air tak beli lagi laaa.. ha tuu! Air klapa laut special!” lagi2 pipi yang bersuara.

Settle air sume.. gua pun ajak budak2 ni bla setelah melihat jam sedah menunjukkan pukul 7:15 petang.

“wey jom ah bla, dah 7 suku gila, jem2 lagi jap g tak sempat plak sampai umah.” Gua memberi arahan.

“ho mari2”

Sesampai je traffic light poli shah alam, gua tiba2 terdengar arahan baru..

“eh jom buka kat dataran shah alam nak? Dah macam tak sempat jer nak sampai umah ni”

Sial.gua dah agak.

***

Dah setel2 makan sume, smayang kat masjid negeri sume.. kami pun berangkat pulang menuju ke port klang rumah tercinta. Sambil gua memasang niat dalam hati.

“dah, malas dah gua nak pegi sini, tak best langsung”

Kerana bagi gua, apa yang digembar gemburkan itu sama sekali tidak benar.
Tapi apa yang gua taw, sepanjang pengembaraan gua di bazaar tersebut, mata2 gua tak boleh nak focus sangat kat makanan2 pasal mata2 gua lebih banyak TERfocus pada orang2 yang datang membeli. Sial mana taknya, kalau lu orang nak taw, kat sinilah berpusatnya kolej2 seperti MSU,PTPL,politeknik,UITM dan sebagainya. So lu orang taw2 sendiri ah. -__-“

***

* niat gua untuk tak pegi lagi bazaar shah alam tidak kesampaian kerana ini hari dah puasa ke 5 tapi gua tetap TERikut memember gua.damn.tapi skali lagi gua berjanji yang gua takkan ikut lagi budak2 ni pegi sana. Kali ni gua pegi bazaar sini sorang2 je pun takpelah. Hm.

































No comments:

Post a Comment