mereka

kasi ikan makan.

10 August 2011

Semalam hari ini dan esok.

Semalam kunjung untuk hari ini,
Walhal tidak diundang kerana
Hari ini menanti esok,
Sedangkan esok hanya
Memikirkan semalam,
Luah esok,
Kenapa semalam berlalu selintas
Haluan angin,
Kerana semalam kunci pintu hari
Ini dan tingkap esok,
Kerana semalam juga berputar
Kembali untuk esok,
Hari ini terpinga.

Kata hari ini,
Angkara ini semua semalam,
Semalam membuat sulit dan
Pahit untuk hari ini,
Esok bertingkat marah menanti
Hari ini yang kian sunyi,
Esok meracau.

Bait esok,
Sudahlah semalam dan hari ini,
Menuding ke depan terpalit
Sendiri ke belakang,
Kita berungkai dan bersaudara,
Kuatkan jiwa hilangkan sangka.

No comments:

Post a Comment