mereka

kasi ikan makan.

28 March 2011

pabila kumbang merayu pada bunga.

kelmarin, semalam, hari ini, dan lusaku,
kau masih menanyakan ketulusanku,
kau masih lagi meraguiku,
kau masih saja mempersoalkanku.

Dan kau pun berkata..
“ah, cintamu hanya dibibir, tapi dihati?”

Ya, kerana cinta yang berada jauh di lubuk hati
Hanya mampu dilafazkan dengan kata-kata.
Jika tidak, mahu lagi dengan apa?
Tapi tetap saja kau meragui.

Dan kau mungkin akan berkata..
“hey, menyayangi dan menyintai tidak semestinya kita harus memiliki!,
Dan jika persaan tiada, hubungan akan menjadi satu paksaan bukan?”

Ya, kau maha benar.
Dan sesungguhnya kini..

takkan ada apa..
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa..
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

14 March 2011


laptop gua dah takde.

so, gua malas update belog.

p/s: don't miss me guys!

09 March 2011

3 perkara annoying time zaman skolah.


Sapa taw apa itu “lift sister”? selow. Kakak angkat lar.. duhh.. haperkeselow lar lu org neyh. :D
Hm sal gua guna term “lift sister” pun gua taktaw. “lift” angkat “sister” kakak. Ha betul lar tu kan? Haha.
Arh bior kelantokk.. tapi apa yg gua taw, gua masuk darjah satu jer gua da dapat kakak angkat. Time tu cikgu ramai takde, ada meeting kea pa ntah, so pengawas2 telah ditugaskan utk menjaga kelas2 yg takde cikgu. Kebetulan plak pengawas yg jaga kelas gua tu perempuan, dua orang plak tu, dak darjah 6 aku ingat. 

So time2 jaga kelas gua tu mungkin mereka tertarik dengan kekiutan gua makanya mereka pun terus mendekati gua sambil berborak borak ingin berkenalan. Jadah. -__-“.

Agak dah lama sikit, mereka mengajak gua ke meja guru, dan mereka telah melakukan sesuatu yg tidak gua sangka2.. iaitu.. erghh.. mereka.. mereka..

Mereka telah melamarku untuk menjadi adik angkat mereka? Haa?? Apakah?
Tapi yg takleyh bla time tu gua sampai duk bawah meja cikgu kot. Bapak arh pemalunya kan. Lantas gua pun menerimanya.. -__-“

Ntah, gua pun tak ingat da brapa org gua dapat kakak angkat time skolah rendah. Sampaikan budak paling hoy n spicy kat pekan tu pun pernah melamar gua untuk jadi adik angkat dia. Style kan?

Lantak lah, skolah rendah, time tu bukan taw apa2 sangat pun kan.. so gua just terima jer lar.. dan gua ingat tradisi kakak2 angkat ni sumer sudah berakhir dan tidak akn berlaku lg bila gua masuk skolah menengah. 

Ternyata gua silap, setibanya gua menjejakkan kaki ke tingkatan 1, dah terus datang lg lamaran2 untuk gua menjadi adik angkat mereka, dan ye! Pengawas lg!! owh. Tapi bukan pengwas pun ada..

Dan kali ini.. gua tidak lg semudah dulu untuk menerima lamaran2 mereka, gua mula berdolak dalih serta melambat lambatkan jawapan gua dan akhirnya berakhir begitu saja.. haha. Padan muka lu kan.

Tapi benda ni sumer berterusan sehingga gua tingkatan 3. Ye. Tingkatan 3. Dan kali ini awek2 form 6 plak yg duk gedik2 sampai mintak nombor fon bagai. Bila gua tak reply tak apa, cakap gua sombong taknak layan. Arh wadefuk! Lu sapa?

Persoalan di sini, apa motif gua jadi adik lu? Macam arh lu bley kasi duit kat gua hari2. Stakat nak gedik2 jumpa kat skolah then nak ngaku kat kawan2..

“eh dia ni adik aku, cute kan?”

Tak payahhh.

*****

Benda mengarut yg kedua ialah biadota dan surat cinta. Tapi yelah kan, biadota tu pernah lar jugak gua kasi law orang mintak.. tapi tidak surat cinta.
Kalau tengah jalan2 ngan memember tu, jap g ada lar ntah sapa2 yg datang..

“awak2, ada orang nak mintak biadota awak”

“sapa?”

“alaa adalarr..tak blh bgtaw.. dia suruh sy mintakkan kat awk, nanti awk kasi kat sy eyh? “

Tapi kalau biadota ni gua on jer nak kasi. Stakat tulis2 sikit2 apa ada hal ye tak. Tapi apa yg tulis sikit2 tu? Ok. Apa yg wajib ditulis ialah..

Nama:
Alamat:
Umur:
Tarikh lahir:
Tempat lahir:
Makanan kegemaran:
Minuman kegemaran:
Warna kesukaan:
Hobi:
Cita-cita:
Motto:

Tapi kalau agak2 mengada sikit tamba lar “ciri-ciri wanita idaman” skali. Haha. Zaman skolah rendah tak main henfon lg, so takde lar nak kasi nom telefon kan. Melainkan telefon rumah.

Kalau gua, simple jer, siap2 tulis, lipat2, kasi. Tapi kalau budak perempuan punya penangan ,mesti nak kena tulis ngn pen kaler warna warni, nak lukis corak2, kertas nak yg mahal punya, pastu lipat nak kena ada cara, bentuk love kea pa ke.. den last letak lam sampul surat, letak lak bijik2 wangi yg warna-warni tu, baru bley hantar. Duhh. Tak faham tol gua. Mana2 budak perempuan sama jer. Haha. Tapi kita ni suka lark an. :D

Begitu jugak kalau gua dapat surat cinta, luah perasaan bukan main, sampai 2 3 muka surat dia karang, laju jer idea, yg gua pelik time buat karangan bahasa melayu takde plak sampai panjang camtu kan.

Lg yg takleyh bla ada yg sampai luah2 perasaan cakap dia ada sakit, idup tak lama lg dah, harap gua dapat terima dial ah, apa lah. Astagaaa. Macam2 do. Dah siap karang letak lam beg skolah gua. Nama tak tulis, macam arh gua taw lu sapa. Budak2..
Hadiah pun camtu jugak, main selit jer dalam beg time rehat. Tapi kalau hadiah takpelah, gua suka. :P

*****

Gua mula pakai henfon time fom 2, pehh stat time jugak lah macam mana gua taktaw laju jer nmbr gua budak2 bley taw. Zaman dulu zaman miskol2 jer. So hari2 gua dapat miskol, kejap2 miskol, kejap2 miskol, bodoh macam takde kerja. Jap g dah lama start anta msg.

“hye boleh berkenalan..?”

“sapa neyh?”

“saya ain.. sapa nama awak?”

“ain? Ain mana? Takde nama penuh ke? Duk mana? Ait ko msg aku takkan ko taktaw nama aku?”

“alaa awak takyah taw lar.. sy segan.. ntah, sy pun taktaw nama awk, sebenarnya sy pun tak kenal awk, 
nombor awk ni pun kwn sy yg kasi.”

“dah ko tak kenal caner ko bley nk msg2 aku? Kwn? Sapa nama kwn ko tu?”

“alaa awk ni mcm taknak kwn ngn sy jerr.. ntah lar awk, sy pun dah lupa sapa nama dia, sy pun knl gitu2 jer dgn dia”

“saya farisha nur Diana, duk kat putrajaya”

“mcm mana ko bley knl aku?”

“Spupu sy yg kasi..”

“sapa spupu ko?”

“hanani..”
 Bodoh gua tak knl. gua takde pun member nama turh.

“ko putrajaya presint brapa?”

……

Terus tak reply, dah sah2 taktaw presint tu mnatang apa. Bodoh nk ngencing tak beragak.

Sebebarnya byk sgt lg kalau nak gua singkap dan ingat satu persatu msg budak2 halus ni.
Tapi yg paling gua takleyh bla bila tanya mana dapat nombor, jawapan yg paling best..

“dapat dalam mimipi”

“main tekan2 jer, tiba2 dapat nombor awak”

“saya jumpa org tulis kat public”

“saya tak ingat dapat dari mana”

“entah, sy pun taktaw macam mana nmbr awk blh ada dlm henfon sy”

Eh jap2, ada lg, yg jenis buat tersalah anta msg pun ada jugak.

“eh aku kat BB ni, aku kat dalam mini cooper biru depan starbuck, Nampak tak?”

Dah cukup2, jap g lg byk gua cter lg btambah dosa gua, mulut tgh nk maki org jer neyh. Hm. Main bola lg bagus. Bai.

kalaulah.

Kalaulah aku boleh faham bahasa kucing, then kucing pun boleh faham cakap aku..

biar aku bercakap ngan kucing jer takpe.

Sebab kucing tak macam kau. Kucing baik jer, takde nak degil2, takde nak lawan2 cakap. 

Senang.

Kalau aku jumpa kucing tepi jalan, boleh lar aku jak dia bkawan.

“eh kucing, jom bkawan?”

Hm.

-__-“

diam itu pintar.

Kadang-kadang kita ini terlalu banyak berkata-kata.

Apabila berkata-kata pula, macam ada gula di tepi bibir.

Tapi..

Kadang-kadang juga, kata-kata pun tak memberi apa-apa makna kepada mereka.

Kadang-kadang, kata-kata kita sedikit pun tidak dipedulikannya.

Justeru aku berfikir, “arh, ada apa dengan kata-kata?”

Lebih baik diam, kerana diam itu lebih baik, diam itu pintar.

Dan sekarang, aku sedar..

Tak perlu banyak berkata kata, tapi terus saja dengan perbuatan nyata.

oh si pencuri hati.

Malam tadi bulan bercahaya separuh terang.

Malam tadi samar-samar.

Yang kelihatan hanya bayang-bayang.

Tiba-tiba kau datang menghampiriku.

Kau datang dengan seribu satu misteri.

Aku tak tahu siapa kau.

Dan tiba-tiba..

Dengan rakusnya kau telah mencuri hatiku.

Tapi aneh, kerana ia sedikit pun tidak menyakitkan.

Aku malah tersenyum gembira seperti merpati keriangan.

Tapi..

Aku merayu pada kau..

Jika kau telah mencurinya dari aku..

Maka aku mohon, simpanlah ia sebolehmu..

Siapapun kau..

Usah pulangkan.

Oh si pencuri hati.

08 March 2011

Apabila aku pergi skolah.


Tatkala gua duduk depan umah pagi2.. tatkala gua nampak budak2 pakai baju skolah jalan kaki lalu depan umah gua nak pegi skolah, especially awek2 yg sbelum ney gua tak pernah nampak, takpun dulu kecik skang da besa dan da lawa.. tatkala tu jugak hati gua cam meronta-ronta nak pegi skolah smula.

Tapi actually gua bukan rindu nak bukak buku skolah balik.. tapi gua rindu nakkan suasana skolah tu jer.. lagi bila bersama memember. Lu taw kat skolah gua pernah jadi pengawas, ketua kelas, bendahari, setiausaha, ahli sukan bagai sumer lah. Tapi adakah itu bermakna gua tidak boleh melakukan sebarang kejahatan? Oupppssss.. lebih manis jika disebut sebagai “kenakalan”. :P

Sapa kat skolah tak pernah kena denda? Tak pernah kena pukul ngn cikgu? Ok sesapa yg tak pernah kena, lu org memang tak thrill. Apa makna pegi skolah law tak pernah kena denda. Tetttt.. -___-“

Gua pernah kena sebat, kena rotan, rotan kat tangan, rotan kat tapak kaki, betis, buntot, kena pnampor, plempang, cubit kat perut, cubit kat peha, kena tarik sideburn, kena cekik kat bahu dan sebagainya.

Sebab2 disebat dan sebagainya? Ok mari kita mulakan dari skolah rendah. Hmm darjah satu tak pernah kena denda kot. Tapi masuk darjah dua.. sir syed mokhtar yg ajak BI, asal tak siap keje skolah jer kena cubit kat perut. Den diganti dengan sir naim, hat ney dasyat cket, cabut kasut cabut stoking rotan atas tapak kaki. Lu pernah?

Darjah 4 plak berlaku satu trajedi yg tak dapat gua lupakan sampai skarang. Time tu musim mercun, time tu plak macam mana gua tataw bley plak gua mang sengaja nak bawak mercun mancis yg 3 das skotak pergi skolah.

Dalam kelas..

“wey aku ada bwk mercun mancis, tgk ni tgk ni!” tunjuk gua kat budak2.

“wey amar, kalau kau bakar aku bagi kau 5 ingget”

Cibai time tu 5 inget kot. Macam2 bley beli. Maka aku pun..

“ok,janji?”

“betolll..”

Kelas gua kat tingkat dua, gua bakar sebatang, gua campak kt lua tingkap, tapi gua baling tak jauh, hanya jatuh betul2 dalam longkang kecik bersebelahan ngn kelas yg kat bawah.

5 saat selepas itu..

Boom kebabooooooooom!!! 3 kali bunyi dooo. Dan gua tersenyum bangga. Tapi malangnya senyuman gua tak sampai seminit pun, sebab budak kelas atas blok sebelah kua kelas ramai2 tunjuk kat kelas gua.

“tu! Tu! Budak kelas tu yg main!!” tiba2 sir saipul kua dari kelas tersebut. Weyh! Sir saipul siaaaaaaaaaa!! Bodoh sapa yg tak takut! Kaki pukul orang tuuu!!

Gampang.time tu memang gua tak sangka2 pasal yg gua taw dia takde pergi kursus,ney macam mana bley ada plak.fakkkkkkkkkkk!! jantung gua mula berdegup kencang. Sekencang sepakan CR time jarring gol lawan ngan FC Porto itu ari.

 2 3 4 saat lepas tu.. budak kelas sir saipul yg duk tunjuk2 ke arah aku tadi tu datang kat kelas gua sambil tanya sapa yg bakar mercun tadi. Mula2 memang gua buat rilek. Tapi lama2 gua terpaksa mengaku. Lalu gua pun ikut r diorang pegi msuk kelas diorang jumpa sir saipul.cibai dalam kelas budak darjah 6 sial gua kena.
Soal siasat bermula..

“kau yg main mercun ha?? Oww kau nak jadi gangster??”

Panggg!! Gua ditampar bertubi-tubi oleh sir saipul bertangan gergasi itu. Maka meleleh lar air mata gua.

“oww ni mercun kau ye? Meh sini aku nak bakar” mercun dikeluarkan sebatang demi sebatang dan satu diselitkan kat kolar baju gua, satu kat telinga, satu kat rambut dan satu kat mulut gua. Den satu lagi dia amek dia nak try bakar depan kelas. Maka time tu bermula satu adegan yg gua sendiri tak sangka gua bley cakap.

“taknak sir taknakk… saya taknak matiiiii” saya taknak matiiiii!!” -__-“

Budak2 kelas sumer dah gelak2. Gelak kepala hotak lu orang law dia bakar betul2 caner? Bangang.


Ok. Actually macam2 lagi gua kena ngn dia, tapi gua tak ingat dah, macam mana gua bley lepas pun gua tataw.

Ha lagi satu yg takleyh bla time darjah 5 gua ingat, dia masuk kelas gua.ajar apa entah.

Sir: "cow…"

Class: "cow.."

Sir: "cow apa..?"

Class: "cow lembu…"

Sir: "cow apa…??"

Class: "cow lembu…!"

Sir: "apa?? Kau panggil aku lembu???"

Dah sekor2 kena penampor. Gampang. Tak pergi surau kena pnampor.bawak sticker kat skolah kena pnampor.member gua bawak gamba ke cd blue ntah gua tak ingat, pun kena pnampor jugak. Duhhh.

Ujung taon.. kat perhimpunan.. tak ingat time darjah berapa.. lima agaknya.

Sir: "minggu ni adalah minggu terakhir saya bertugas kat sekolah ni, saya akan berpindah ke sekolah lain."

Budak2: "…………….
               ………………..
               ………………..
               ……………….."

Tiba2 bertepuk tangan secara spontan. Haha bapak nice glerr! Tak pernah law memana cikgu law cakap nak pindah kita orang tepuk tangan hepi2 tapi bila tme sir saipul.. pehh.. yeyyyyyyyyyyy yeyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!  :D




*******

Ok, tu citer time skolah rendah. Dah time skolah menengah lak caner bro? lu dah jadi baik ke bro?
Oupppssssss… no no no no no nooooooo. Hahah! Boy is a still boy. :)

Form 1 ngan form 2 gua skolah petang. Lam 1 setengah cam tu lar.. so, maknanya.. bila skolah petang ni.. ada dua waktu, waktu zuhur sama waktu asar. Dan dua2 waktu ni jugak kami2 yg skolah petang ni diwajibkan untuk menunaikan solat berjemaah di surau meskipun surau tu kecik, tapi budak ramai giler? Takk.. buat lar 2 3 kali jemaah larr. Haperla lu orang. Selow!

Tapi yelah kan.. time form 1 form 2 dulu.. takdenya gua nak rajin2 smayang ni.. ikut memember.. nak beratur amek air smyang satu hal, nak cabut kasut satu hal. Der, dulu gua pakai high cut, leceh r nak cabut nak pakai balek ni sumer.. so tu sumer adalah antara alasan2 yg menyebabkan kita org slalu ponteng smayang.hm.


Time orang smayang kat surau, gua sumer duk mlepak kat teratak, bila cikgu datang buat2 nak tanggal kasut, haha cam siot kan.

Mula2 cam tu lar.. tapi lama2 ustaz ismail merangkak cikgu disiplin yang amat terkenal dengan kegarangan dan rotan beliau yg sentiasa bertukar akibat pecah menyebat budak hari2 telah perasan akan budak2 yg selalu malas nak pergi smayang neyh. Makanya beliau mula menjalankan OPS CARI PEMONTENG SURAU.hm. cara2nya?

Selepas zuhur atau selepas asar beliau akan masuk ke dalam setiap kelas sambil membawa senaskah Al-Quran dan mula menyoal budak2.

Ustaz: "ok. Siapa2 yg tak pergi smayang tadi sila keluar. Kamu semua jgn tipu. Siapa yg tipu saya suruh       kamu bersumpah junjung depan Quran ni."

Ok.da buat camtu memang gua keluar lar kan. Hm so apa lg. dah keluar ramai2 kat tepi kelas memasing dapatlah habuan memasing..





ni rotan ustaz.


 ustaz rotan macam ni!

Lepas tu insaf, JARANG2 ponteng smayang lagi. :D

******

Actually itu bukanlah kali pertama dan kali terakhir gua disebat oleh ustaz ismail, gua jugak pernah ponteng kelas. So kena lar sebat. Kena sebat depan pejabat yg bersebelahan dengan kelas memember dan juga bukan member gua.

Citer sal ponteng kelas gua paling selalu ponteng kelas time bahasa melayu dan sejarah form 4 form 5. Sebab2? Adalah kerana cikgu yg mengajar. Boring lar derr.. tapi kesian kat cikgu BM gua iaitu cikgu siti, walaupun dia marah2 sampai hempas buku kat atas meja dan jerit2, tapi takde sorang pun di antara kami yg berasa gentar. Kenapa ek? Entah, gua pun taktaw. Tapi sapa kenal cikgu siti mesti dia taw kenapa. :D

Law sejarah plak yg mengajarnya ialah cikgu nazri @ PCK. Owh apa itu PCK? Ye, PCK adalah pua chu kang. Haperla, itupun taktaw. Sebab2 digelar PCK? Sebab beliau beperwatakan seperti PCK lar.haha. dan sebab2 ponteng kelas beliau? KEBOSANAN. Dia pegang buku teks, dia baca. Dia bagi kertas cam modul lar camtu. Dia suh buat, next class dia nak check. Makanya.. gua dan memember selalu takde time kelas dia, gua pernah kua time dia tengah mnulis kat white board. Jahat kan? (walaupun gua ketua kelas). Tapi yg paling best dia takde nk denda2 org or anta nama kat pengetua bagai cam cikgu siti. Tu yg syok! :P

Jap2. Eh, cakap apa kelas yg gua tak pernah ponteng. Kelas kimia cikgu shukor pun gua pernah ponteng lar derr. Ok, melainkan kelas add math cikgu azliza. :)



******

Alaa stakat kesalahan ponteng kelas skali dua tu apa lar sgt kan.. gua pergi skolah pakai kasut yg dilarang, belt yg dilarang, seluar yg dilarang, cincin yg dilarang, rilekkkkkkkkkk jer. Sebab tu lar sampai kena dengan pengetua. Haha.

Ha lg kan,sepanjang sekolah menengah kat SMKDMM tu, law ada award sapa kena gunting rambut paling banyak, mesti gua menang punya. Betul beb. Start form 1 sampai form 5 entah gua tak ingat berapa kali gua kena. Ngan cikgu nobita, cikgu zahar, cikgu aziz, ustaz ana (unta) tapi yang paling byk skali ofcoz lar ngn ustaz ismail.

Gua pernah kena gunting dalam pejabat, depan pejabat , dalam kelas, tepi kelas, depan koperasi, time perhimpunan.. macam2. Tapi yg paling gua takleyh lupa time exam sejarah. Baru jer beberapa minit gua jawab sejarah kertas satu tiba2 ustaz ismail datang bawak gunting cari budak rambut panjang. Dan antara yg terkena adalah gua. Lu bayangkan, baru jer beberapa minit gua jawab exam tapi dan2 beliau gunting rambut gua! Weyh! Gua tgh jawab exam kot! Tgh duduk tgh jawab exam ni bro! bley?

Dah2, gua malas nk citer lg. menyirapp jer.

Tapi.. sapa pernah mulut dia kena cili ngan mak dia angkat tangan!! Hm.

rasa mulut kena cili macam ni.