mereka

kasi ikan makan.

09 March 2011

oh si pencuri hati.

Malam tadi bulan bercahaya separuh terang.

Malam tadi samar-samar.

Yang kelihatan hanya bayang-bayang.

Tiba-tiba kau datang menghampiriku.

Kau datang dengan seribu satu misteri.

Aku tak tahu siapa kau.

Dan tiba-tiba..

Dengan rakusnya kau telah mencuri hatiku.

Tapi aneh, kerana ia sedikit pun tidak menyakitkan.

Aku malah tersenyum gembira seperti merpati keriangan.

Tapi..

Aku merayu pada kau..

Jika kau telah mencurinya dari aku..

Maka aku mohon, simpanlah ia sebolehmu..

Siapapun kau..

Usah pulangkan.

Oh si pencuri hati.

No comments:

Post a Comment