mereka

kasi ikan makan.

28 March 2011

pabila kumbang merayu pada bunga.

kelmarin, semalam, hari ini, dan lusaku,
kau masih menanyakan ketulusanku,
kau masih lagi meraguiku,
kau masih saja mempersoalkanku.

Dan kau pun berkata..
“ah, cintamu hanya dibibir, tapi dihati?”

Ya, kerana cinta yang berada jauh di lubuk hati
Hanya mampu dilafazkan dengan kata-kata.
Jika tidak, mahu lagi dengan apa?
Tapi tetap saja kau meragui.

Dan kau mungkin akan berkata..
“hey, menyayangi dan menyintai tidak semestinya kita harus memiliki!,
Dan jika persaan tiada, hubungan akan menjadi satu paksaan bukan?”

Ya, kau maha benar.
Dan sesungguhnya kini..

takkan ada apa..
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa..
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

No comments:

Post a Comment