mereka

kasi ikan makan.

31 October 2011

cita2 yang pelik.

sambil pandang luar tingkap,
aku isi pagi aku dengan imaginasi masa hadapan.
dan dek kerana terlalu banyak berimaginasi,
maka aku punya banyak cita-cita yang aku impikan.

cita-cita aku pelik,dan salah satu cita-cita pelik aku adalah
aku mahu jadi bar tender ranking no. 1 dalam dunia.

indah. :)




28 October 2011

aristokrasi bangsat.

bila bersuara,
kau lah yang paling lantang
tapi bila suruh bertindak
kau lah yang paling gampang

itulah,
cakap-cakap orang besar
cakap-cakap orang atasan
cakap-cakap orang korporat
hanya cakap-cakap.

sumpah dan janji kau jadikan mainan.

yang kau tahu hanya bercakap
kerana modalnya hanya air liur

ya,
kami sedar
kami bukanlah sesiapa.
tapi ingatlah
bahawa kami bukan
bajingan hina.
mungkin kami lemah,
tapi kami juga ada
akal,
hati,
agama,
dan maruah.
usah kau persendakan
dan layan kami seperti
sampah.

hanya kerana kau ada
wang,
kuasa,
pangkat
dan kroni
yang membantu kau
menindas kami.

sedarlah.

kami tahu kau bangga
dengan apa yang kau ada.
tapi jangan lupa
satu perkara:

kau juga seperti kami.

dengar sini.
kami takkan biarkan lagi kau menconteng arang di muka kami,
memarutkan hati dan jiwa kami lagi,
darah yang mengalir sama merahnya,
sama pekatnya,
kita bernafas angin yang sama,
bumi yang kita pijak,
langit yang kita junjung,
semuanya hak kami, dan anak cucu kami,
kami tak akan biarkan anak bangsa kami,
terus dijadikan mangsa rakusnya lanun celaka seperti kau.
demi maruah dan kesejahteraan ,
kami bersumpah akan lenyapkan petualang bangsat seperti kau.

lihat, inilah akibatnya apabila terlalu emotional setelah menonton
hikayat merong mahawangsa. gua punya semangat pun dah macam merong!
oh apa-apa pun, selepas ini, sila panggil gua MERONG! :)

26 October 2011

shh. ini rahsia baginda. :)

aku ini raja. tapi,
tapi raja apa yang tak punya permaisuri
untuk ditakhtakan di hati?


aku ini raja. tapi,
tangan mana yang raja ini mahu genggam?
ubun-ubun mana yang raja ini mahu pakirkan ciuman?
riba mana yang raja ini selayaknya labuhkan?
bahu mana yang raja ini mahu menjadikan tempat
perkongsian luahan rasa dan saksi tumpahnya air mata
pabila tibanya saat gering?


oh raja, baginda terlalu klise. :)



23 October 2011

somewhere only we know



I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete

Oh simple thing, where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree
I felt the branches of it looking at me
Is this the place we used to love?
Is this the place that I've been dreaming of?

Oh simple thing, where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute, why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go somewhere only we know?
Somewhere only we know

Oh simple thing, where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute, why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go? So why don't we go?

Oh, this could be the end of everything
So why don't we go somewhere only we know?
Somewhere only we know
Somewhere only we know

air mata aku sudah lama kering.

dulu-

mengapa sampai mengalir air mata nak?
laki-laki bukan senang menangis tahu?
kau mesti kuat.

sekarang-

mak, aku bukan menangis.
bagaimana aku mahu menangis sedang aku
tidak lagi punya air mata untuk ditangiskan?
air mata aku sudah kama kering.
dan aku tak kan lagi menangis.

mak, aku berjanji.
aku sudah dewasa.
aku akan jadi laki-laki yang kuat.

21 October 2011

harapan gua gugur macam hujan di musim tengkujuh!

oh, tengkujuh dah tiba.
berbicara tentang hujan.
juga tentang harapan.
harapan yang tertangguhkan,
jika berterus-terusan.

oh tengkujuh,
cepat-cepatlah berlalu.

18 October 2011

aku tak jahat. aku cuma mahu jadi jebat.

aku.
kadangnya, aku boleh jadi orang paling paling nice dalam dunia.
sampai semua orang boleh kata.
"oh, you're the nicest guy i've ever known!"

tapi.

kadangnya, aku boleh jadi orang paling setan dalam dunia.
sampai orang akan kata.
"hey, u're so mean. i hate u!"

tapi.

biasalah, aku kan dah memang namanya "laki-laki."
maka haruslah jika aku begitu. kan?

p/s : aku tak jahat, aku cuma mahu jadi jebat.

17 October 2011

fuh.

" sial babi pukimak haram punya orang, tak reti nak kasi signal ke? tau bawak kerete ke tak? ni amek lesen kat mana? mampus lu kena langgar ngan kereta jap lagi. "

fuh. keras. lantang. berani. satu nada.

TAPI..

adakah kita bila bawak kenderaan sentiasa kasi signal dan ikut semua peraturan?

sebab tu kalau ada orang langsi tak kasi signal nak masuk jalan gua diam je.

kan? :)

14 October 2011

maaf dari gua yang punya rasa bersalah sebesar alam.

ini khas buat lu.
lu yang sebenarnya tak gua kenal, dan gua juga tak lu kenal.
namun begitu gua tahu.
gua ada berlaku salah dengan lu.
salah yang gua tahu tak senang untuk dimaafkan.
manusia semacam gua ini, memang selalu saja begini.
kadang kalau bertindak tak pernah guna akal.
dan kini, gua sedang punya rasa bersalah sebesar alam.
dan harapan gua, moga lu dapat maafkan gua.

bro, sorry kalau gua tak mention nama lu, dan tak mention apa salah gua. tapi gua harap lu tahu.


12 October 2011

aku tahu kau takkan tahu.

kalau nanti kau tanya aku,
"hey, kemana kau? apa kau tak rindu aku?"
aku mahu kau tahu, aku rindu kau.
aku telah rindu kau sepuluh minit selepas kali terakhir aku melambai tinggal kau dari kotak kenderaanku.
sehingga saat ini, rindu aku masih belum sedikit pun berkurang.
kau tahu atau tidak?
ah, aku tahu kau takkan tahu.
sebab jika kau tahu sekalipun, kau akan buat-buat tak tahu.
itulah kau.
tapi, aku tetap juga mahu kasi kau tahu.
aku rindu kau.


aku masih ingat senyuman itu.

10 October 2011

untuk cintaku yang tertinggal di shanghai


untuk rasa cinta yang aku tinggalkan di shanghai,
damailah engkau di situ
bersepilah segala tempik hati lalu
bernyamanlah amarah jiwa dulu
amanlah dalam kalbu

aku
tak punya lagi awan
tak punya lagi bintang
tak punya lagi bulan
tak punya lagi salju

cuma yang tinggal,
rindu.

selami lautan rasa aku.


kau takkan tahu apa aku rasa.
kau takkan tahu apa aku fikir.
kau takkan tahu apa aku buat.
kau takkan tahu bila masanya aku suka.
kau takkan tahu bila masanya aku duka.

biarlah kau tak tahu,
aku harap kau cuba selam lautan rasa aku.
sekurangnya cuba.

cuba.

gua paling benci perempuan FAKE laman soSIAL.


ini tentang kebenaran perempuan-perempuan "HOT" laman soSIAL.


oh, sebelum itu, sesiapa yang ada menghidapai penyakit2 kritikal seperti lemah jantung atau darah tinggi, anda dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan risalah ini. kerana ia mengandungi unsur yang agak keterlaluan bagi sesetengah orang yang dalam hatinya ada taman bunga.


dan, entry kali ini mugkin akan mengambil masa sehingga 4 ke 5 hari jika anda adalah seorang pembaca yg sangat lembap.


okay, bagi yang rasa hati beliau kebal, anda boleh teruskan.


sekali lagi gua ulang, ini tentang perempuan-perempuan "HOT" laman soSIAL.


di fesbuk, gua bukanlah orang yang mudah untuk tambah kawan atau terima dengan sewenang-wenangnya. (kadang2).
sekiranya gua add, maknanya orang itu adalah orang yg gua kenal atau pun orang itu sangat menarik untuk dikenali.
begitu juga jika ada friend request, gua takkan senang2 accept. gua akan lihat dulu siapa mutual friend, info, dan gambar.


ya, GAMBAR !


inilah yang mahu gua ceritakan.
sebenarnya GUA add atau accept kadangnya bukan sebab gua kenal atau memang gua ingin berkenalan pun,
cuma bila profil mereka disulitkan,
jadinya gua memang tak boleh untuk melihat foto2 mereka yang lain.


gambar profil nampak hot, jadi gua pun eager untuk lihat foto2 berikutnya.
kebiasaanya hot chicks lah yang selalu guna private profil. (bukan semua).
mereka menggunakan taktik ini sebagai strategi untuk memiliki sejumlah rakan yang mengagumi mereka atas sebab mereka hot.


tidak dinafikan, gua pun pernah terpedaya dengan taktik ini.
pakai shades besar2, bibir nak muncung macam itik, mekap tebal2 kasi tutup semua jerawat, dan gambar pun diedit seperti diedit oleh pakar edit paling power dalam dunia, supaya mereka nampak paling cantik dan menawan.
padahalnya, mereka langsung tidak hot. LANGSUNG.


ah, dah lama gua perhatikan senario ini, ini pengalaman. dan setelah lama gua perhatikan, akhirnya gua telah mengenalpasti beberapa taktik yg selalu digunapakai untuk menutup keburukan mereka sambil mengganggunkan rupa mereka.


gambar cuma fokus kepada muka. taktik ini adalah untuk melindungi lemak2 ekstra pada badan. konon nak nampak lu slim la kan.


foto separuh muka, ambil gambar dekat2 seboleh mungkin. ini untuk menutup parut2 atau tahi lalat besar mereka.


gambar hitam putih. gambar sebegini cenderung digunakan oleh mereka2 yang bertona kulit gelap. jadinya mereka guna greyscale mode bagi mencerahkan kulit.


gambar beramai-ramai. purata manusia dalam satu gambar atau satu album adalah 5 hingga ke 8 orang. hal demikian mungkin berlaku dek keran perasaan rendah diri atau ingin meninggi diri dengan menggunakan foto yang melibatkan mereka dengan wanita yang selayaknya.


ambil gambar sendiri then shot dari atas. taktik paling digemari ramai. berfungsi sebagai alat menguruskan badan. (cuma dalam gambar).
dipercayai ilusi mata paling berleluasa di fesbuk.


foto orang lain yang digunalan untuk tiket promosi diri sendiri. mereka langsung tidak ada harga diri. semuanya mahu copy-PIG !.


(jadilah diri anda sendiri, dan sila bersyukur dengan apa yg ada)


okay, itu serba sedikit fakta mengenai gambar. gua juga ada mahu ceritakan tentang yang lain. bukan pasal gambar, tapi perkara lain yang gua meluat dan menyampah yang dilakukan oleh2 perempuan-perempuan konon hot laman soSIAL ini.


mereka yang sangat desperate, suka bersosial, mudah jatuh hati, dan juga mudah melompat ke hati yang lain.
perempuan jenis ini cenderung untuk bergedik dan bahasa yang digunakan juga selalunya bahasa gedik.


"na kol i keww? bilew? i malooo arhh uuu."
"eh awak shukew kat kitew kewwww?"
"hihi. ane la shayew tao awk shukew kat shayeww. shayew kan ta chantekk."
"alaa.. kitew niey bukan shantek ponnn. kitew besyew2 jewww"


menjengkelkan. meluat !


satu lagi mereka kerap menaip sambil jari mereka menekan kekunci "SHIFT" di keyboard.


gUa puN taK FahAm MeNgapA mEreKa peRlU mEnaIp sEbeGinI ruPa.
gua nak taip sikit macam kat atas ni pun dah tercungap2. please la. tu bukan art. tu sampah. menyakitkan mata.
oh, perempuan ini mudah saja untuk jatuh hati dengan anda (jika jantan).
setakat nak minta nombor tu mudah. petik jari memang tak dapat.
kalian perlu berlagak macho, dan jalan tanpa pandang mereka.
mereka sendiri akan beri isyarat dan setelah itu anda akan membuka laluan sendiri untuk dapatkan mereka.
kalau bernasib baik, tak payah buat macho pun takpe.
perempuan murah ini yang sendiri tinggalkan nota kecil terkandung nombor mereka.
senang.
bangang.


buat status gedik2, status syok sendiri, status bodoh sampai 10 kali lu nak update sehari, dan lu yang paling pertama like.


"gEmbIrEwnYA hArI iNiE cEbAb hUbBy KiTEw bAwAk Kita PeRgI jAlaN2 tEnGok WayAnG kAt kOmpLeKs TeRunTuM. cAyAng hUbBy kItEw cAnGat2! ;) "


macam gampang lu tahu. orang2 macam ni gua kategorikan sebagai ATTENTION SEEKER.


anda mahukan lagi?
dah, gua dah malas nak menaip dan dah malas nak menambah pahala gua. dah banyak untuk hari ini.
dan bagi mereka yang terasa.. (kesah plak gua?)


guys.. this is no kidding. please grow up fast. please dont make other people fuck you.


dan bagi mereka yang stil tak puas hati jugak, nak marah2 gua,
nak buat apa pun, buatlah. tapi sila jangan cakap yang mulut gua takde insuran. yang tu lu silap. FYI, i adew insurans taow.. n i bayaw 4 ratus syebulan taow.. u ta pecayew keww? hmm i kasi u tengow eyyyy."








see? kan? dah. bai.


p/s : DON'T TRUST GIRL SO EASILY. :)

07 October 2011

aku jadi diam, bukan sebab aku malu, tapi sebab aku lebih banyak berfikir.

dulu,
kau kejar DIA, aku kejar keduniaan.
masih muda. aku peduli apa kan?
ya, masa itu mudah benar aku terlupakan hukum tuhan.

kini,
seusai aku kembali mencari keTuhanan kau kembali mengungkap perkara dulu.
kau tidak mengungkit perilaku tapi kau mahukan aku.
pelik?

dulu, kalau berbual, akulah yana paling bising
dulu, kalau berbual, akulah yang tak henti2 cakapnya
dulu, bila bermain, akulah yang paling handal
dulu, bila dalam medan tempur maya, akulah yang paling
tak takut mati, akulah yang paling di depan sekali.

tapi sekarang..

maaf kalau aku jadi sedikit diam
maaf kalau aku jadi kurang cakapnya
maaf kalau aku bukan lagi yang selalu di depan
maaf kalau aku sudah mula berfikir pasal takutnya mati

buat apa bising2 kalau ceritanya hanya kosong
buat apa banyak cakap kalau ceritanya banyak yang dusta
buat apa selalu di depan kalau aku yang pertama jadi korban
buat apa jadi terlalu berani kalau aku sendiri belum bersedia
untuk mati.

ya, aku belum benar2 sedia untuk mati.
aku ini belum cukup amalnya untuk brtemu dengan-Nya.

ya, iman dan amal aku belum cukup.

"ya Tuhan.. aku mohon pada-Mu, jamganlah kau tarik nayawa dari
jasadku ini selagi mana aku belum benar2 bersedia untuk bertemu
dengan-MU."


aku jadi diam, bukan sebab aku malu, tapi sebab aku lebih banyak berfikir.

04 October 2011

:)

sayang,
jika aku tak mampu lagi menutur kata
usah kau tanya ke mana hilangnya aku
berdoalah seolah kau punya ilmu yang paling dalam
supaya kau lebih arif mentafsir lelaki
bersama definisi yang tak terbatas nafsi.

jaga diri.

ah, kalau saja aku bisa punya ubat tahankan rindu.


jiwa lelakinya bagai direntap oleh kerakusan cinta duniawi.
rindunya dia pada si dewi hati.

rasanya kini sperti,
tak tertahankan lagi,
tak tertanggungkan lagi,
tak tertadahkan lagi.

dia kini bagai sedang menadah bulan,
menyambut yang tak tersambutkan,
memikul yang tak terpikulkan.

bahunya bertanggungkan seribu benda,
namun tak tertahan dek sejuta daya.

mata-mata yang melihatnya takkan rasa,
cuma tau mengata-suka.

dia dan waris riwayatnya cuma,
mengerti rindu-rindu yang menghimpit jiwanya.

ah, kalau saja aku bisa punya ubat tahankan rindu.

khas buat teman gua yg bernama zuki


khas buat teman gua yang bernama zuki
yang sembunyikan diri di hujung sana
gua ada satu pesan buat lu
mugkin ini bisa membantu.

marzuki oh marzuki
nama yg punya makna indah

mungkin di medan futsal
lu paling handal antara teman lu
tapi di medan cinta
lu yang paling malu-malu.

depan teman lu
lu yang paling punya madah indah
tapi sayang madahnya lu itu
tak serupa dengan laku lu

lu bila di depan gadis
hilang segala perkataan
hilang segala perbuatan
hlang segala perancangan

oh you such a tiny man
but you have a biggg ego

usah lu gusar sayang
gunung takkan lari
yang lu cari masih di sana
dan peluang masih ada

moga kalian bersatu.

cc: marzuki yasak. :)

02 October 2011

memang aku tipikal.

bila aku katakan yg kau cantik jelita
kau tak percaya
kau kata semua itu dusta
kau kata aku memang pandai bermadah pujangga


"ah mulut lelaki, kalau berbicara, lebih manis dari gula. tipikal."


ya, memang aku cuba menjaja cerita basi
tapi aku mahu kau tahu
puisi tentang kamu sentiasa ada tercatat di sini.
hati ini. Di dasarnya.
selam dan korek lah.
tak akan berdarah . Percayalah.
kerana hati aku beku.


yang hanya bisa dicairkan oleh kamu.