mereka

kasi ikan makan.

28 October 2011

aristokrasi bangsat.

bila bersuara,
kau lah yang paling lantang
tapi bila suruh bertindak
kau lah yang paling gampang

itulah,
cakap-cakap orang besar
cakap-cakap orang atasan
cakap-cakap orang korporat
hanya cakap-cakap.

sumpah dan janji kau jadikan mainan.

yang kau tahu hanya bercakap
kerana modalnya hanya air liur

ya,
kami sedar
kami bukanlah sesiapa.
tapi ingatlah
bahawa kami bukan
bajingan hina.
mungkin kami lemah,
tapi kami juga ada
akal,
hati,
agama,
dan maruah.
usah kau persendakan
dan layan kami seperti
sampah.

hanya kerana kau ada
wang,
kuasa,
pangkat
dan kroni
yang membantu kau
menindas kami.

sedarlah.

kami tahu kau bangga
dengan apa yang kau ada.
tapi jangan lupa
satu perkara:

kau juga seperti kami.

dengar sini.
kami takkan biarkan lagi kau menconteng arang di muka kami,
memarutkan hati dan jiwa kami lagi,
darah yang mengalir sama merahnya,
sama pekatnya,
kita bernafas angin yang sama,
bumi yang kita pijak,
langit yang kita junjung,
semuanya hak kami, dan anak cucu kami,
kami tak akan biarkan anak bangsa kami,
terus dijadikan mangsa rakusnya lanun celaka seperti kau.
demi maruah dan kesejahteraan ,
kami bersumpah akan lenyapkan petualang bangsat seperti kau.

lihat, inilah akibatnya apabila terlalu emotional setelah menonton
hikayat merong mahawangsa. gua punya semangat pun dah macam merong!
oh apa-apa pun, selepas ini, sila panggil gua MERONG! :)

No comments:

Post a Comment