mereka

kasi ikan makan.

30 September 2011

kalau kau tahu perasaan aku


Kamu tahu tak?
Bila kamu tertunduk malu,
bila saya mengusik kamu,
saya rasa kamu sangat comel masa tu.

Kamu tahu tak?
Bila kamu luahkan rasa resah kamu di bahu saya,
saya rasa seperti kuat,
seperti seorang pelindung yang hebat untuk kamu.

Kamu tahu tak?
bagaimana perasaan saya sekarang,
perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ini,
perasaan yang maha hebat,
langsung tak mampu diluahkan oleh kata.

seumur hidup,
ini yang pertama kalinya.

ini perasaan seorang laki-laki.

Kamu tahu tak?
Kamu tidak tahu sebab saya ini perahsia orangnya.

ini nota buat sang dewi cinta


kerana terlalu banyak aku dengar tentang cinta, aku mahu turut sekapal merasakan manisnya.

tapi kata orang cinta itu boleh membutakan.
sungguh?

djenar masa lalu ada bilang, "Saya tidak perlu kacamata matahari demi mendapatkan gelap di kala siang menyala. Saya tidak perlu menutup semua tirai dan pintu serta menyumbat ruang-ruang terbuka yang membiarkan cahaya menerobos masuk supaya kegelapan yang saya inginkan sempurna. Saya hanya perlu bercinta dan dengan seketika butalah mata saya". ya. bercinta saja dan butalah aku kerana cinta. buta dari segalanya.

dan bagi aku, aku hanya perlukan panahan dari seorang dewi untuk membuatkan aku buta. panahan yang tepat ke dalam mata dan juga lubuk hati. kata orang, kalau terkena panah, usah dicabut, kerana bila dicabut, maka melayanglah nyawa. biar sakit pun tidak apa.
tapi benarkah? ah, apa salahnya aku turut mahu cuba mersakan sakitnya panahan dari sang dewi. oh dewi, aku mohon, jika kau memanah aku. tepat langsung ke mata dan lubuk hatiku. aku mohon biarkan saja panahnya tetap disitu. aku mohon, usahlah kau cabut.

ini nota buat sang dewi.

hadirmu menggoncang dunia lelaki aku.


kalau dulu aku kelam,
tapi kini, aku warna-warni,

dulu aku tanpa kamu
adalah aku tanpa warna,
tapi kini aku ada kamu
adalah aku yang punya warna,

jika dulu, aku kusam,
ironinya sekarang, aku berpelangi,

dulu aku tanpa kamu
adalah aku tanpa cahaya,
tapi kini aku ada kamu
adalah aku yang punya ceria,

hati aku seperti berpenlangi,
punya macam-macam warna,
yang boleh ceriakan hati,
indah tak terkata.

punya perasaan senyum-senyum,
punya perasaan sayang-sayang,
punya perasaan rindu-rindu,
punya perasaan tak sabar-sabar, semua berbaur,
berbaur untuk berpetah madah "aku cinta kamu sayang",

kau hadir dalam bentuk warna-warni, langsung bikin pelangi dalam hati, kerna kau itu bidadari, juga rama-rama senyum hati ini.

hadirmu menggoncang dunia lelaki aku untuk merasakan apa itu erti kedewasaan dan kematangan. juga sekaligus membiar aku merasa jadi insan sejati.


jauh dari lubuk jantung,
yang paling dalam!
(amarfadhli)

29 September 2011

bercakap dengan bulan!

malam ini aku nak bercakap dengan bulan!
aku tak peduli apa orang nak kata

"eh kau gila ke bercakap dengan bulan?"

"kau ingat bulan dengar dan faham cakap kau ke?"

itu semua aku tak peduli. yang aku tahu,
bulan takkan berkata macam yg kau semua katakan padaku.
biarlah bulan tak mampu membalas
kata2ku pun tidak mengapa
asal bulan sanggup menjadi pendengar
yang setia untuk setiap luahan isi hatiku ini.

dan bila malam tiba
aku pun pergi merenung bulan
setelah aku pasti bulan pun memandang aku
aku pun mulakan bicara

"bulan, kau selalu saja di atas, apa kau tak pernah terjatuh?"

"siapa bilang aku tidak pernah terjatuh? tiap hari aku terjatuh, menjelang pagi, jatuhlah aku. tapi bila malam tiba, aku pun bangkit kembali, tanpa rasa jemu."

ya, itu lah dia!
jatuh, dan bangkit
jatuh, dan bangkit lagi
jatuh, bangkit dan terus bangkit.

terima kasih bulan.

yang indah, tak selalunya indah.

tapi indah tak selalunya indah,
sebab kadang-kadang akan ada calitan dekorasi celaka.
dan mata pensel patah.

hidup tak selalunya stabil.
tapi lebih afdal jika kita jatuh, kemudian kita bangun lagi.

biar luka itu sembuh sendiri.

28 September 2011

kau masuk, meski kau tahu kau takkan pernah dapat kembali

ada satu ruang yang telah
kau ketuk, kemudian kau masuki
meski kau tahu kau takkan pernah
dapat kembali

dan setelah kau ketuk
dan kau masuk
kini kau akan dipaksa bertanya
apa yang membisikmu sehingga
kau berani masuk ke ruang ini

aku cuma berharap
ia bukan mengarah kepada
sejuta sepi
tetapi mengarah kepada
selaksa erti.

tentang harapan

malam-malamku adalah
catatan tentang harapan
aku jejaki purnama yang
tenggelam di antara awan
kemudian timbul menujukkan
rupa
yang seolah faham akan
harapan

aku tahu walau diamana saja
engkau tenggelam
kelak engkau pasti jua
akan muncul tunjukkan diri
bila sampai waktunya

purnamaku-
"ini hari, esok, dan selamanya
kau takkan aku biarkan sendirian"


bunyi seperti sedikit aneh kerana seperti sang purnama yang perlukan teman, bukan aku. :)

26 September 2011

kisah semalam

bertemu hanya semalam
berkata hanya sepatah
kau beri senyuman rindu
ku tak dapat melupakanmu
suasana sepi
hanya terdengar degupan jantung
hanya itu kisah semalam
hanya semalam.

19 September 2011

hilangnya sang setia


dulu, bila aku sunyi,
ada sang cengkerik menemani aku.
dulu, bila aku sunyi,
ada sang kunang2 menemani aku.
dulu, bila aku sunyi,
ada sang bulan menemani aku.

tapi kini..
semuanya pergi sembunyi dari aku.
sambil merenung gelap ke luar jendela,
aku mencari2 bunyi cengkerik
yang tak lagi bernyanyi.
aku mencari2 kelip cahaya kunang2
yang tak lagi berkelip.
dan aku mencari2 sinaran bulan
yang tak lagi bersinar.
tak lagi seperti selalu.
tak lagi seperti dulu2.

cengkerik tak lagi menyanyi.
kunang2 tak lagi berkelip.
bulan tak lagi bersinar.

yang ada kini menemani aku,
hanya sang sepi dan sang gelap.
sungguh setia.
tidak mengapalah,
asalkan sang sepi dan sang gelap
sudi dan setia menemani aku,
itu sudah cukup untuk buat aku gembira.

pencarian "BIBIK TERHOT 2011", kini bermula.


oleh kerana kesibukan gua bekerja sebagai seorang Marine Surveyor yg amat berdedikasi pada tugas, menyebabkan gua tak punya cukup masa utk melakukan kerja2 rumah. seperti mengemas bilik, mencuci pakaian, membuang sawang labah2, membuang sarang anai2, membuang sampah yg dah penuh kat dalam plastik sampah kat dapur tu, mengemop lantai, mencuci pakaian, membasuh kenderaan, serta memberi makan, minum, memandikan dan belaian kepada 5 ekor kucing peliharaan gua dan kawan2 serumah gua. si combi, cumi, kiki, tomtom dan mokmu.

dan dengan itu, gua mengumumkan, bahawasanya, pencarian "BIBIK TERHOT 2011" kini bermula secara rasminya.

gua akan mengadakan sesi ujibakat / temuduga pada bulan hadapan. (yg mana tarikh dan tempat sebenar masih belum dpt diconfirmkan lagi) gua sibuk ni.

pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA termasuk negara2 JIRANnegara2 KOMANWEL, negara2 ASIA PASIFIK, atau negara2 yang mempunyai suhu TIDAK LEBIH DARI 32 DARJAH CELCIUS. 
(sebab2 : jangan tanya bole?)

dan utk lebih memudahkan lagi para peserta, disini gua ada menetapkan beberapa syarat, ciri2, dan kriteria untuk calon yg layak menghadiri sesi ujibakat pencarian "BIBIK TERHOT 2011".
(yg ni sila amek perhatian lebih ok)

i) mestilah seorang WANITA TULEN. jika ada yg hadir sebagai WANITA PALSU, dan jika terkantoi, perserta tersebut akan dijatuhi hukuman mandatori penjara 20 tahun, ATAU 70 kali sebatan, ATAU denda setengah juta ringgit, ATAU ketiga2nya sekali.

ii) mestilah berumur 18 ke 25 tahun sahaja. kpd perseta yg sudah melebihi had umur, sila jangan hadi ke sesi ujibakat gua. tolong.

iii) fasih berbahasa MALAYSIA atau OMPUTEH. melayu jawa pun takpe, tapi jgn pekat sangat, takut jap lagi gua tak faham plak apa yg lu cakap.

iv) warna dan tona kulit tidak boleh melebihi had yg telah ditetapkan.


(ha ni time datang interview sorang2 kena test ni dulu, 
yg mana lebih had kira gagal)
v) ketinggian tidak kurang dari 150cm dan tidak lebih dari 180cm. (sebab2 : terpaksa dirahsiakan)

vi) mesti boleh bekerja 7 hari seminggu. tak boleh cuti kecuali time gua balik kampung. jangan ada yg asek nak balikkk je kerjanya.

vii) bebas dari segala penyakit berjangkit, yg membawa wabak,atau penyakit yg serius2.

viii) tidak mengamalkan sihir dan ilmu hitam. takut kang elok2 lu keje ngn gua kat malaysia, 
last2 gua yg ikut lu balik negara asal lu.




ix) peserta2 yg mempunyai bakat nyanyian, pandai bemain musik, anda mempunyai kelebihan.

x) senang citer yg ada pakej la.. semua ada. dari rupa, suara, bakat, semua complete. macam nak jadi artis atau penyaynyi la konon2nya.. bole?

contoh2 yang ada macam ni la..

anne hatthaway
preity zinta
asmiranda putri
scarlett johannsen

borang2 penyertaan boleh didapati di semua kedai2 runcit utama, stesen2 minyak, emporium,supermarket, hypermarket dan pusat karaoke yg RM100 sejam ke atas sahaja. harap maklum.

cepat. sebelum terlambat.
borang penyertaan anda boleh dihantar pada alamat rumah gua.
(carik la sendiri, nak seribu daya, taknak seribu dalih)

ok.bye.




05 September 2011

"aku terima nikahnya.."

" aku terima nikahnya dengan si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.. "


bunyi macam senang kan? nah erti sebenar dia :


" aku tanggung semua dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, 
dari dedah aurat hingga tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung,
dan aku tanggung semua dosa anak-anak aku. kalau aku gagal, maka aku fasik, dayus dan
aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku. "


maka ingatlah, tanggungjawab sebagai seorang KETUA KELUARGA tidak semudah seperti ketika
melafazkan akad nikah.
fikir-fikirkanlah.


*takut. 



04 September 2011

pabila budak2 PC CREW beraya.

30 ogos bersamaan satu syawal. hampir kesemua ahli2 PC CREW telah hadir ke perkarangan rumah mohd idzhar untuk mengadakan sesi bergamba ala2 raya lah konon2nya. bagi mereka yg hadir. gua taw mereka bergembira pabila dapat bermain dengan punjut dan bunga api free.
so,tanpa perlu gua bercerita panjang2 buat penat gua je. biar gamba sahaja yg menceritakan segalanya.
here we goooo!



 



 the siblings. like brader like brader.

and 
aizat





































* at last but not least, thanks to the photographer, zhafri hakim aka jbond yg buat susah2 je melayan kerenah budak2 PC nak berphotoshoot, walhal gamba dia sekeping pun takde. haha. btw, selamat hari raya to all of you guys! :)

"PEHH ! "

juliana evans dalam hantu bonceng. hanya satu perkataan. - "PEHH !"

01 September 2011

pertemuan satu syawal.

pada petang satu syawal itu
kita bertemu
bertemu di lokasi yg sungguh spesial. kan?

dia -
lengkap berkebaya putih, dan aku lengkap berbaju melayu ungu.
dia begitu anggun. sungguh.

melihat dia
bagaikan bidadari dari kayangan
yang telah turun ke bumi
mencemar duli, hanya untuk aku.

oh, melihat dia yg semanis itu -
membikin aku menjadi seperti termalukan
dia begitu manis
dia begitu ayu
dia begitu menawan
oh, aku mahu jadi rupawan.

oh, senyumannya
begitu manis
senyuman semanis itu
berhenti degupan jantung tiap kali melihat
tapi tuan senyuman itu tidak tahu
aku peminat setia senyuman itu
ubat mujarab untuk segala duka.

pandanglah sini lihatlah aku
aku tahu kau juga seperti termalukan
sama seperti aku bukan?

adrenalinku menggoncang
aku sebenarnya seperti tidak tahu untuk berkata apa
aku menjadi seperti bongkah ais yang cair
begitu dimalukan.

aku termalu sendiri, tapi aku mahu dia terus perhati
hey, lihatlah disini aku menanti kau memandang aku disini.

malu~

aku jadi malu
padahal itu bukan karektorku
aku begitu gagah
aku tak pernah lemah

tapi bila didepanmu aku jadi
seperti bongkah
seperti terpecah
seperti terkalah.

hey gadis
apa yang kau pakai
aku jadi bingai.


- "N"

beza raya dulu dan sekarang.

kalau lu tanya gua apa beza raya dulu dan raya sekarang, buat masa sekarang ni gua cuma ada satu jawapan je.
 - raya dulu2 gua dapat banyak duit raya tapi raya sekarang gua tak dapat lagi duit raya banyak2, dah tu siap kena kasi duit raya kat anak2 buah pulak. peh sumpah dia punya feel lain macam oh. :(

tapi benda ni buat gua sedar.. kerana..

kebahagiaan sebenar datang melalui memberi, bukan menerima.
kebahagiaan sebenar datang melalui keikhlasan, bukan keterpaksaan.
kebahagiaan sebenar datang melalui perkongsian
dan kebahagiaan sebenar datang melalui sifat kekeluargaan.

:)