mereka
kasi ikan makan.
30 September 2011
ini nota buat sang dewi cinta
kerana terlalu banyak aku dengar tentang cinta, aku mahu turut sekapal merasakan manisnya.
tapi kata orang cinta itu boleh membutakan.
sungguh?
djenar masa lalu ada bilang, "Saya tidak perlu kacamata matahari demi mendapatkan gelap di kala siang menyala. Saya tidak perlu menutup semua tirai dan pintu serta menyumbat ruang-ruang terbuka yang membiarkan cahaya menerobos masuk supaya kegelapan yang saya inginkan sempurna. Saya hanya perlu bercinta dan dengan seketika butalah mata saya". ya. bercinta saja dan butalah aku kerana cinta. buta dari segalanya.
dan bagi aku, aku hanya perlukan panahan dari seorang dewi untuk membuatkan aku buta. panahan yang tepat ke dalam mata dan juga lubuk hati. kata orang, kalau terkena panah, usah dicabut, kerana bila dicabut, maka melayanglah nyawa. biar sakit pun tidak apa.
tapi benarkah? ah, apa salahnya aku turut mahu cuba mersakan sakitnya panahan dari sang dewi. oh dewi, aku mohon, jika kau memanah aku. tepat langsung ke mata dan lubuk hatiku. aku mohon biarkan saja panahnya tetap disitu. aku mohon, usahlah kau cabut.
ini nota buat sang dewi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment