mereka

kasi ikan makan.

29 August 2011

lu nak berucap, gua pun nak jugak!

ramadhan meninggalkan kita. dan syawal menjemput kita untuk meraikan sebuah kemenangan bagi mereka yg telah cemerlang dalam menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan ramadan.
apa yang pasti, kita semua sedang meninggalkan sesuatu, dan sedang mengejar sesuatu.

bermaksud - (i) meninggalkan segala pahala dan fadilat yg amat besar, dan (ii) mengejar sebuah kenikmatan dek kerana tidak perlu lagi menahan lapar dan dahaga serta menahan nafsu dari berbuat perkara2 yg mungkar dan dosa.

pasti kita semua semua tergolong di dalam golongan yg kedua bukan? :)

walaubagaimanapun, diharapkan ramadan yg berlalu telah mengajar kita untuk lebih berdisiplin dan konsisten dalam melakukan amal ibadah dan segala perintahNya.
serta belajar untuk mengawal nafsu dengan sebaik mungkin. dan janganlah menjadikan bulan syawal ini sebagai tempat untuk membalas dendam dengan makan dan minum sepuas puasnya sehingga memudaratkan diri sendiri. belajar lah dari ramadan yg lalu.

*****

ah sudahlah, gua mahu buat ucapan hari raya pulak.

so, sempena kedatangan syawal kali ini, gua ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari segala salah dan silap gua. sama ada yg dilakukan secara sengaja, atau tidak.
gua ini manusia biasa yg tidak pernah dan terlepas dari melakukan khilaf.
jika lidah gua pernah melukai hati lu, gua mohon ampunkan gua.
jika tangan gua pernah menyakiti atau mangambil sesuatu yg bukan hak gua, gua mohon ampunkan gua.

akhir kata dari gua, selamat menyambut hari raya aidilfitri, minal wal faizee.
semoga raya lu'olls dipenuhi dengan warna warni dan keriangan disamping orang yg tersayang.

sebelum itu, gua ada serangkap pantun untuk lu'olls.

lu tak puasa, gua puasa
lu nak raya, gua pun nak raya
lu nak berucap, dah lu ingat gua taknak?
okay, selamat hari raya


p/s: kalau ada sesiapa yg nak gua minta maaf secara peribadi, gua takde hal, cakap je ok. :)

No comments:

Post a Comment