mereka

kasi ikan makan.

12 May 2013

buat insan yang terrrpaling aku sayang.

pagi tadi bangun lambat, pukul sepuluh. dan seperti biasa, seusai bangun rutinku terus ke meja dapur. aku nampak ibu di dapur, sedang mengemas-ngemas. ibuku datang padaku dan terus saja mempelawa aku makan, ibu tanya mahu makan apa dan aku kata apa saja. lalu ibu buatkan aku sekeping roti canai segera dan segelas milo hangat kegemaran anaknya ini. habis sekeping roti canai segera yang digoreng tadi, ibu lagi datang dan mempelawa jika aku mahukannya lagi dan aku mengangguk. tanpa lambat terus ibu gorengkan roti canai segera itu lagi.

ibu, hari ini kan hari ibu, dan hari ini juga hari jadi ibu, tapi ibu melayan aku seperti hari ini hari jadi buat aku. dan hari ini kan ibu demam, sejak dua tiga hari lepas lagi. ibu kata ibu tak larat nak masak banyak-banyak. tapi pagi ni ibu macam takda apa-apa bila melayan aku. walhal aku tau ibu kan tak sihat. ibu, patutnya aku yang melayan ibu.

ibu, anak ibu ni dah nak masuk 24 tahun bu, anak ibu ni dah besar. tapi ibu melayan anak ibu ni macam anak ibu ni masih kecil. atau mungkin kerna aku lah satu-satunya anak ibu? ah aku rasa kalau ibu ada sepuluh orang anak pun masih juga ibu akan melayan kesemunya begini. aku tahu.

ibu, terima kasih di atas segalanya, SEGALA-SEGALNYA.

ibu, terima kasih kerana melahirkan aku.

ibu, kau cinta firdausiku.

ibu, selamat hari ibu, dan selamat hari jadi, ibu.

No comments:

Post a Comment