mereka

kasi ikan makan.

12 December 2010

maaf


maaf
kerana aku hanya bukan sesiapa

maaf
kerana aku tidak seperti mereka
tidak seperti mereka yang punya segala sejak lahir

maaf
kerana aku ini hanya yang sangat biasa biasa saja
tidak yang sangat luar biasa seperti mereka

maaf
kerana sehingga kini aku masih seperti ini
masih seperti dulu dulu

maaf
jika aku tidak seperti orang yang kau harapkan
tidak seperti mereka yang punya segala

maaf
jika aku ini hanya sepersis sang embun
yang hanya menyenangkan di malam hari tapi hilang tatkala tibanya sang suria

tapi
aku juga punya angan mahu jadi seperti mereka
aku juga ingin hidup seperti mereka
aku juga ingin bahagia seperti mereka

tapi
aku perlu susah susah untuk seperti mereka
keringatku perlu jadi besar untuk seperti mereka
waktuku perlu jadi panjang untuk seperti mereka

kerana aku hanya bermula dengan kosong
tidak seperti mereka yang punya segala sejak lahir

tapi
aku berjanji untuk jadi seperti mereka
walau aku tahu aku perlu susah susah untuk itu
aku perlu sabar 

walau suatu masa nanti
aku juga mahu jadi seperti mereka

moga moga saja..


kadang2 tuhan tak bagi kita kesenangan dalam bentuk harta benda.tetapi Dia limpahkan kita dengan kebahagiaan dalam hidup.atau mungkin rezeki yang sederhana tetapi sentiasa ada dan tidak putus2.janganlah kita iri hati,kerap merungut, dan berbuat jahat pada org yg ada kelebihan pada mereka.kerana mungkin.tuhan sedang menguji kita.dan iya. mungkin juga.kesenangan itu ujian dari Dia.ingatkah kita padaNya sewaktusenang? -fs

No comments:

Post a Comment