mereka

kasi ikan makan.

23 July 2011

semalam dan hari ini. (sebaik-baik manusia)

semalam,
mulut-mulut ini tak pernah terdiam. sentiasa ada saja yang ingin diluahkan
dek kerana perasaan yang tak pernah puas.
sentiasa saja ingin memberontak dek kerana kekerasan hati yang semakin membatu.
tapi kini, mulu-mulut ini terkunci, tiba-tiba buntu untuk memulakan bicara.
entah, mungkin mulut-mulut ini sudah penat.
tiada lagi kata yang mampu diluahkan.
dan kini, ia hanya disimpan di dalam hati.
tak terluahkan.

semalam,
telinga-telinga ini tak pernah tertutup, sentiasa ada saja yang ingin didengar,
ada saja yang mahu dikongsi bersama, meski ia seperti tidak perlu untuk didengar.
tapi telinga-telinga ini memang sudah fitrahnya tidak tertutup.
hanya mendengar segala kepalsuan yang tak sudah-sudah.
tapi kini, telinga-telinga ini mungkin sudah pekak,
dan tak sanggup lagi untuk mendengar kata-kata nista
yang tersusun indah itu.

semalam,
mata-mata ini tak pernah berkelip walau sesaat,
mata-mata ini hanya inigin melihat dunia dan si pelakunya.
kerana dunia ini adalah pentas lakonan yang penuh dengan tawa dan tangis.
mata-mata ini hanya mahu meihat keseronokan yang zahir,
tanpa mata-mata ini sedari yang sudah tiba masanya untuk ia berhenti melihat
keseronokan yang zahir itu,
kerana apa yang dilihat adalah palsu semata, yang dilihat itu tidak kekal abadi.
yang abadi itu bukanlah di sini, tapi di sana.
dan kini, mata-mata ini ingin berhenti melihat kepalsuan
kerana mata-mata ini hanya mahu melihat kepastian
yang telah dijanjikan oleh-Nya.

semalam,
tangan-tangan ini tak pernah berhenti mencari dan mengambil 
sesuatu yang bukan hak miliknya,
tangan-tangan ini sentiasa saja ingin menikmati sesuatu yang melalaikan.
kerana yang melalaikan itu asyik.
tangan-tangan ini juga tak pernah berhenti dari menuding dan mencari
kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan diri sendiri.
tangan-tangan ini yang membina ego dalam diri.
kini, tangan-tangan ini harus berhenti.
kerana tangan-tangan ini harus diangkat 
dan memohon keampunan dari-Nya.
oh, tangan-tangan yang berdosa.

semalam, 
kaki-kaki ini tak pernah berhenti melangkah ke lembah durjana.
kaki-kaki ini sentiasa saja ingin pergi ke lorong-lorong
yang penuh dengan kejahatan dan kemaksiatan.
kaki-kaki ini bagai terikat untuk pergi ke tempat yang sepatutnya ia pergi.
kepanasan.
tapi kini, kaki-kaki ini harus diikat, supaya ia berhenti dari terus melangkah
ke lembah durjana yang dicipta sendiri.

semalam,
kepala-kepala ini tak pernah berhenti memikirkan keseronokan duniawi.
kepala-kepala ini sentiasa memikirkan keuntungan yang tidak kira datang dari mana,
tanpa memikirkan akan asal san sumbernya.
kini, kepala-kepala ini harus berhenti sejenak,
dan kepala-kepala ini harus memikirkan pencipta-Nya.
kepala-kepala ini harus berhenti mencari jalan-jalan yang gelap.

wahai mulut-mulut, telinga-telinga, mata-mata, tangan-tangan, kaki-kaki, dan kepala-kepala,
berhentilah. ingatlah pada pencipta-Mu.
takutkanlah pencipta-Mu.
dan tunaikanlah kewajipanmu.

setiap makhluk yang bernama manusia takkan pernah dapat lari dari melakukan kesalahan dan dosa,
tapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat.
dan barangsiapa yang meninggalkan yang haram, maka ALLAH akan menggantikannya dengan yang halal.

No comments:

Post a Comment