mereka

kasi ikan makan.

23 July 2011

bebayang hitam.

perkara yang paling menyeksakan dalam hidup mugkin bukan hilang tempat tinggal,
mungkin bukan hilang harta benda, atau mungkin juga bukan hilang sesuatu yang disayangi.
tapi perkara yang paling menyeksakan dalam hidup adalah penantian. ya, penantian.
sebuah penantian sambil mengharapkan sesuatu yang kita ingin miliki.
walaupun pada suatu ketika, ia berada begitu hampir untuk kita kecapi,
tapi tiba-tiba ia semakin jauh.
jauh, jauh dan semakin jauh hingga akhirnya hilang ditelan bebayang hitam
yang datangnya entah dari mana.
sambil aku mengharapkan ada cahaya dari langit yang mungkin menyuluh
dan mencari dimana ia berada.
namun, semakin lama aku mencuba dan mengharap, ia pergi semakin jauh.
jauh, jauh dan jauh dan terus hilang ditelan bebayang yang pergi entah kemana.
dan apa yang datang kini hanya hampa.
hampa untuk terus mengejar dan mencari bebayang itu?
ah, mugkin tidak. mungkin aku patut terus mencuba dan menanti,
kerana setiap yang berharga menuntut sebuah pengorbanan.
pengorbanan yang perlu dilakukan, hanya oleh aku.
biarlah, tidak apa aku terus begini.
kerana ini mungkin akan menjadikan kau terus dan lebih berharga.
selagi aku mampu, aku akan terus mencuba dan menanti.

dan benarlah kata pepatah, "penantian satu penyeksaan".

No comments:

Post a Comment