mereka

kasi ikan makan.

14 May 2011

13th MAY - its not a tragedy. :)



Ibu, sejak aku dilahirkan ke dunia ini, sejak aku membuka mata, sejak aku pertama kali bernafas, wajahmu lah yang pertama aku lihat, suara lembutmu lah yang pertama aku dengar, sentuhanmu lah yang pertama aku rasa, dan kucupanmu lah yang pertama singgah di wajahku.

Ibu, sejak aku dilahirkan, kaulah yang menjagaku dengan sepenuh jiwamu. Tanpa jemu dan keluh kesah. kau telah menjadi penjagaku, guruku, doktorku, dan sahabatku. Kau telah beri aku segalanya. Sehingga ke hari ini.

Ibu, walaupun aku tahu, kita bukan orang senang, tapi kau masih sanggup berkorban apa saja demi aku. Aku tahu kau sentiasa melebih-lebihkan aku dalam segala hal. Bahkan lebih dari dirimu sendiri. Ibu, betapa murninya jiwamu.

Ibu, dalam kepayahanku, kau selalu ada untuk membantuku. Dan dalam kemurunganku, kau selalu ada untuk mengembalikan senyumanku. Kau tidak pernah jemu melayan kerenahku. Walaupun seringkali saja aku ini tidak mengerti tindakan dan teguranmu untukku. Maafkan aku ibu.

Ibu, bagi aku, kaulah wiraku, kaulah bidadariku, kaulah segalanya. Sesungguhnya, kau tiada tandingan.

Ibu, sesungguhnya, aku tidak mampu jika aku terpaksa hidup tanpamu. Aku sesat tanpamu.

Ibu, terima kasih kerana telah melahirkan aku, dan aku berbangga kerana aku telah dipilih untuk lahir dari rahimmu.

Ibu, demi tuhan, aku akan sentiasa menyangi, menjaga, dan berbakti untukmu selagi mampuku, seperti mana kau telah melakukannya kepadaku. Aku berjanji.

Ibu, selamat ulang tahun kelahiran dan selamat hari ibu aku ucapkan.

Anakmu.amar fadhli.


Ya TUHAN,
Kau ampunilah ibuku.
Kau rahmatilah ibuku.
Kau angkatlah darjat ibuku ke tempat yang mulia. 
Kau panjangkanlah umur ibuku.
Kau tetapkanlah hati ibuku. 
Kau peliharalah ibu seperti mana dia telah pelihara aku sejak aku lahir hingga kini. 
Kau kurniakanlah ibuku dengan kesihatan yang baik dan berpanjangan. 
Kau permudahkan segala urusan ibuku. 
Kau berikanlah ibuku kesejahteraan di dunia dan akhirat. Dan kau tempatkanlah ibu ke dalam syuraga firdausMU kelak. 
Amin ya rabbal alamin..

No comments:

Post a Comment