mereka

kasi ikan makan.

29 April 2013

perginya seorang teman.

pedo,
aku ingat lagi time mula-mula masuk kolej dulu,
dapat duduk hostel geliga duduk dorm, ada katil double decker banyak-banyak.
aku sorang-sorang bukan ada kawan lagi pun.
aku duduk katil atas,kau pulak katil bawah depan aku.
aku mula-mula masuk diam je, tapi aku tengok kau kecoh gila, dengan semua orang kau tegur.
hari-hari awal tu kau je sibuk panggil aku ajak datang lepak katil kau, time tu kau bawak biskut, kau ajak.
lama-lama terus jadi geng.

kita pulak kebetulan course sama, so satu class.
hari-hari jalan kaki sama-sama pergi class. aku, kau, fariq.
kat dalam class pun kau antara paling kecoh, kau yang start panggil aku AMAR PEKAN.
pastu kau suruh budak-budak lain panggil aku pekan jugak, kecoh.

petang time class habis lagi kita jalan kaki pergi pantai main bola, kau boleh tahan jugak aku tengok main.
pastu bila malam main futsal pulak, kadang-kadang sampai 2 3 pagi main lagi.
main counter strike pun kau hebat jugak, hari-hari kita main, sampai subuh.

dah berapa sem tu kita dapat rumah sewa baru kat depan sekolah cina tu, rumah flat, kita duduk 8 orang.
rumah tu kat hall tu kira macam kau lah yang conquer. dah jadi bilik kau.
bila tidur kau setia dengan selimut dengan bantal busuk kau, budak-budak suruh buang kau taknak.

bila boring kau suka nyanyi sambil main gitar, bising gila. lagu semua yang ala-ala ST12.
time ada duit sikit kita semua pergi sewa studio kat CP, jamming ramai-ramai, sampai ke kuantan pun pernah.

bila tidur kau tak boleh tak dengar lagu. kau selalu pinjam handphone aku dengar lagu pasal handphone aku express music lagi banyak lagu best.
kau pinjam sampai habis bateri aku then baru kau pulangkan.
rasa tak boleh tidur kau main pulak game lumba kereta sampai semua orang dah tidur tapi kau still main game lagi.

time hari sukan tu kau pernah menyamar jadi awek junior sms aku nak berkenalan bagai. aku percaya gila. lama kot. last-last baru kantoi rupanya kau yang menyamar. kau pakai nombor baru.

entah, banyak gila pasal kau ni, tapi dalam geng kita kau yang paling kelakar. macam-macam.
dah habis kolej kau balik johor praktikal kat sana then terus dapat kerja sana jugak, aku balik klang.
since tu ada lah dua kali agaknya jumpa kau.

awal bulan 6 ni fariq kawen, aku ingat nak datang then nak suruh semua budak-budak kita datang jugak.
nak jumpa semua, lama gila tak jumpa.

tapi tadi fariq call aku, dia cakap kau dah takda, aku mula macam tak percaya, sebab baru dua tiga hari lepas kita komen-komen kat gambar kau, ni fariq kata kau dah takda pulak.
tapi fariq confirm balik dengan pami, fariq cakap memang confirm.

pedo, tak sangka kau pergi dulu. aku ingat kita boleh jumpa lagi, tapi tak.
apapun aku nak mintak maaf kalau selama kita berkawan aku ada buat kau terasa ke apa.

dan aku mintak maaf tak dapat nak bagi penghormatan terakhir kat kau. insya Allah kalau diizinkan nanti aku dengan kawan-kawan datang ziarah kat kampung kau.

tapi tadi lepas isya' aku dah sedekahkan Al-Fatihah dengan surah Yassin. aku doakan moga roh kau tenang dan sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.





8 comments:

  1. assalamualaikum abg amar,sy adik arwah faidrul nizam..
    terima kasih kerana mendoakan abg saya.. saya harap persahabatan abg berdua hingga ke Jannah..
    sy harap abg dapat memaafkan arwah abg saya jika semasa arwah masih ada, arwah telah trkasar bahasa dlm gurauannya, terambil brg2 abg, sy hrap abg dapat maafkan dia..
    dan jika arwah abg sy ade berhutg dgn abg, sy harap abg dpt beritahu sy, mungkin sy dpt uruskan sendri..
    maaf kerana terlewat bertanya..
    sekali lagi sy ucapkan terima kasih kerana mendoakan abg sy..
    kalau nk contact sy di fb Norida Hasran.
    sekian..assalamualaikum...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. dik, jika ada yg terkasar tersalah tersilap atau terambil, itu biasalah dalam berkawan. dan jika ada sekalipun, abg dah lama lupakan. abg cuma doakan kesejahteraan roh beliau dan moga adik sekeluarga redha dengan ketentuanNya.

    ReplyDelete
  3. terima kasih abg amar. semoga arwah abg sy ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah. doa itu harus sentiasa. jangan pernah lupakan.

      Delete