mereka

kasi ikan makan.

01 February 2011

tiba tiba rasa nak kawen!

tadi time gua bukak jer tv, terus tepasang jer channel sal si zaquan adha ngan ayu raudhah kawen. mak aih, sumpah swey gler. time tu juga terus jer gua rasa cam nak kawen. cam takleyh nak tunggu2 lagi dah. haha cam CI ek. weyhh kawen derr.. sapa yang tanak ye tak, lagi2 bila terbayang saat malam pertama. "ughhh bawaku ke syurga.." :) ok amar, enaf2!! hm.




tapi bila direnung renungkan balik, sesungguhnya perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah, bukan main2. perkahwinan bukan hanya untuk sehari dua, tapi perkahwinan adalah untuk selama lamanya.. bahagia di dunia.. juga di akhirat.

justeru itu, perkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi dari kedua dua belah pihak. kedua duanya wajib memainkan tanggungjawab masing2 sebagai seorang isteri / suami yg taat dan patuh selari dengan tuntutan agama.

sikap saling mempercayai antara satu sama lain juga penting agar tidak timbul soal syak wasangka atau perasaan ragu2 terhadap pasangan sehingga boleh menyebabkan perbalahan. kedua duanya mestilah adil, saksama, tolah ansur, memahami, mengalah dan sebagainya agar tidak timbul perlbagai masalah di dalam rumah tangga. tapi yelahh kan.. sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan plak laki bini ek.

ok stop! ney sal gua tetiba jer nak kena citer sal hal kawen2 rumahtangga bagai ney? siap tanggungjawab lagi. gua bkn doktor fadilah kamsah. -__-"

**************

now balik citer sal gadis pulak, ahah! pergghh kepala otak gua dah mula terbayang wajah2 gojes yg dah sekian lama aku duk usya. sapa? haaa.. preity zinta, chareine zetha jones, kristien kreuk. ughh.. nak usya?






ha amacam der? orait? perghh takleyg bla, taste nak omputeh jer ye. -__-"

****************

macam gua cakap tadi, perkahwinan bukanlah untuk sehari dua, tapi untuk selama lamanya. justeru itu, kita harus pandai dan berhati hati dalam memilih calon isteri, sperti menghormati orang tua, pandai membawa diri, pandai memasak, pandai mengemas rumah, pandai mengaji, pandai mengurut, pandai menghabiskan duit suami, pandai memancing dan sebagainya. -___-"

gua taw, zaman sekarang tak senang nak cari yang sopan santun, baik budi pekerti, dan pandai dalam segala macam hal. itu semua hanya wujud dalam drama2 di tv 1, tv2, tv3, ntv7, 8tv, tv9 dan sebagainya yang lu sumer duk tengok hari2. tapi bukan maksud gua takde langsung dah yang macam tu.. ada...... tapi sangat2 susah nk cari. mngkin satu dalam seratus? kan2?? :)

so, dengan kesukaran untuk mencari gadis2 canggitu pada masa kini, gua pon terbayang akan gadis2 kampung yang biasanya telah terdidik dengan sebaik mungkin oleh ibu dan bapa mereka. dan mereka2 ini sudah semestinya ayu, bersopan santun, pandai memasak, dan yang paling penting, telah terdidik dengan ajaran agama yang secukupnya. :)



perghhh!!!

p/s: sesungguhnya kritera memilih calon isteri dalam islam adalah dari segi agamanya, kelurga atau keturunannya dan paras rupa serta budi pekertinya. :)


2 comments:

  1. haha utk kaw spesial punya aku kasi.siap jemput dtg umah ok! :P

    ReplyDelete