mereka

kasi ikan makan.

25 February 2011

Buang rasa itu


Andai..
Kat dalam bas yang penuh dengan penumpang, time bas itu berhenti.. ada makcik tua penuh dengan barang2 susah2 nak naik tangga bas..agak2 nak tak kau tolong? Ke kau tengok jer makcik tua tu angkat barang dia sendiri naik atas? Takpun kau tunggu jer orang lain yang datang tolong, walhal kau paling dekat dengan tangga tu.
Kl, jalan jem, kau lak nampak sorang pakcik buta jalan2 ngan tongkat nak lintas jalan, dia nak main lintas jer, kereta lak laju2. Kau lagi tengah jalan ngan awek hot gila, agak2 nak tak kau tolong jap pakcik tu lintas jalan? Ke kau nak biar jer? Alaa lantak arh, pandai2 arh pakcik tu, mesti dia dah biasa punya.. takpun kereta kan ada brek, nanti pandai2 arh diorang tekan brek.
Kau kat pasar malam, tengah minum air tebu, lepas habis jer air, kau cari tak tong sampah nak buang cawan kau? Tak. Mesti kau campak jer kat jalan kan? Alaa orang ramai sesak2.. bukan orang perasan kalau kau buang.. kan? Lagipun, semua orang buat macam tu jugak.. takkan nak cari tong sampah kot, mana ada masa. Lagi kejap lagi kan ada majlis perbandaran yang datang bersihkan.. so buat apa nak susah2.. kan?
“kau” itu aku, “kau” itu kita. Kita sentiasa rasa malu untuk melakukan kebaikan di depan orang ramai kerana kita takut ditertawakan, tapi kita tak pernah segan silu untuk melakukan kuburukan yang nyata di depan orang ramai. Malah kita selalu merasa bangga untuk melakukan keburukan itu berulang-ulang kali.tetapi tidak apabila melakukan perkara kebaikan. Kerana apa? Kerana ada satu sifat. Sifat “MALU”. Malu itulah yang membunuh kita.
“Dan janganlah engkau berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya engkau sekali kali tidak akan dapat menembusi bumi dan sekali kali akan sampai setinggi gunung. “ (Al-Isra’ : 37)

No comments:

Post a Comment