mereka

kasi ikan makan.

09 February 2011

berhenti!


Hey!
Kau bodoh! Bodoh macam lembu!
Kau bengap! Kau bengap macam takde otak!
Kau gemuk! Kau gemuk macam badak!
Kau pendek! Kau pendek macam orang kerdil, macam orang cacat!
Kau hitam! Kau hitam macam jalan!
Kau hapak! Kau hapak macam sampah!
Kau miskin! Papa! Kedana!
Bodoh! Kau sangat memalukan! Pergi kau! Pergi!!
Tiba-tiba datang satu suara..
Berhenti!!
Berhenti kau dari memanggil aku bodoh, hitam gemuk, pendek.
Aku juga seperti kau, yang tak tahu apa-apa tentang aku.
Sejak dilahirkan, aku terus begini.
Aku tak pernah minta untuk jadi begini.
Biarpun aku begini, namun aku juga punya rasa mahu hidup senang.
Biarkan aku hidup dengan senang, berhenti menyumpahku!
Aku juga punya hati.

“memanggil orang gemuk, tidak membuatkan kita menjadi ramping. Memanggil orang bodoh, tidak membuatkan kita menjadi pintar. Memanggil orang hina, tidak membuatkan kita menjadi mulia. Sedarlah kawan, kita semua sama, kita datang dari pencipta yang sama. Kita tidak dinilai berdasarkan paras rupa, tapi  kita dinilai berdasarkan hati. Miskin harta tidak bererti hatinya juga miskin, wajahnya hodoh tidak bererti tidak mulia. Jika kita menghina mereka, bermakna kita menghina pencipta kita.”
-amarfadhli

No comments:

Post a Comment