mereka

kasi ikan makan.

27 February 2012

kita hanya melihat, tapi tidak merasa.


kita mudah melupakan sesuatu yang lama. kita tinggalkan yang lama. sebab kita kata yang lama itu dah tak lagi indah. buruk. jelek. menyusahkan. walhal kita semua tahu yang lama itulah yang menjadi pencetus kepada semua yang baru dan semua kemodenan yang kita banggakan kini. kita alpa.

kita bila berjalan, kita sombong untuk pandang ke belakang. kita kata dah jalan, haruslah kedepan, apa lagi gunanya lihat kebelakang? kan orang pun ada kata jalan haruslah ke depan. ya benar memang jalan harusnya ke hadapan, tapi jangan lupa perkara-pekara yang kita tinggalkan di belakang itulah yang menjadi pedoman dan pengajar kita. kata orang, guru terbaik adalah belajar dari pengalaman lalu. tapi kita sombong.

dan kita, bila dah memiliki kesenangan, kekayaan, dengan automatiknya dengan sekelip mata kita akan lupakan semua orang-orang yang susah disekeliling kita. bahkan kita maki caci mereka dek kerana kesusaha dan kemiskinan mereka. kita jadi bongkak dengan sekelip mata. jadi terkufur oleh nikmat sementara yang Tuhan pinjamkan kepada kita. tapi mungkin tak semua. kerana masih ramai yang punya hati mulia yang masih sudi menghulur tangan membantu golongan-golongan yang susah.

tapi percaya kalau aku kata bahawasanya orang yang susah, atau orang yang pernah susah lebih banyak bersyukur berbanding dengan orang-orang yang tak pernah kenal dan rasa apa itu susah. orang-orang yang pernah susah ini, pabila melihat golongan yang susah, mereka akan mudah merasa simpati kerena mereka faham apa yang mereka rasa. tidak seperti golongan yang tak pernah susah. merekan hanya melihat, tapi tidak pernah merasa.

kesimpulannya, kita semua haruslah berbalik kepada sifat-sifat kesederhanaan bukan berlebih-lebihan. sekaya mana sekalipun kita. cubalah untuk besederhana dalam hidup. kerana itu akan menjadikan kita sebagai insan yang sentiasa "cukup" dan bersyukur.

No comments:

Post a Comment