mereka

kasi ikan makan.

15 October 2010

maafkan aku lisa.


lisa..
saat aku menulis kata2 ini..ketahuilah sesungguhnya tika saat ini aku sedang menulis dengan hati yang gerimis dan mata yang berkaca..sesungguhnya..tiada henti air mata ini mengalir..

lisa..
kelmarin cintaku padamu seperti cintanya sang rumi kepada sang juli..
kelmarin cintaku padamu seperti uda kepada dara..
kelmarin citaku padamu seperti tiada siapa yang bisa menghalangnya..
kelmarin keranamu lautan api sanggup kuredah..
kelmarin keranamu bukit dan lurah sanggup kudaki..
kelmarin keranamu semuanya sanggup kurintangi..
walaupun ianya sesukar si jenin mahu merampas mutiara di mulut sang naga.
ini semua kerana cintaku padamu lebih dalam dari jurang mariana.
dan kerana kasih cintaku padamu,tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.
aku sudah siap seandainya aku harus terbakar oleh panasnya api cinta yang pernah membakar laila dan majnun..
biarlah aku menjadi majnun yang mati kerana kobaran cintanya..
namun aku tidak berharap kau jadi laila..

lisa..
kelmarin hatiku selalu bergetar tatkala mendengar namamu..
kerana namamu seperti embun yang menitis dalam hati..
kurindu setiap pagi..
tapi itu semuanya hanya tinggal kenangan lisa..
itu semua cerita yang kelmarin..

kini..aku terpaksa membuang perasaan cintaku padamu sejauh jauhnya..
meskipun aku terpaksa menahan kesakitan dan keperitan yang amat sangat seperti kau menarik seluruh jaringan sel-sel dari tubuhku..

maafkan aku lisa..
tapi adakah kau tahu mengapa aku harus melupakanmu?
adakah kau tahu?

ini semua kerana kau lisa!
ya kerana kau!
kerana kau telah mempersendakan dan mempermainkan cintaku lisa!
kau telah memperkotak katikkan cinta yang selama ini aku curahkan hanya kepamu seorang!
kenapa lisa kenapa??

u ingat i tak tau ke apa yang telah u lakukan terhadap i selama ini?
owh lisa..kini semua kecurangan u telah terbongkar lisa!

haritu u pergi bersama farid kamil..
dan hari ini u bersama azlee senario pula.
owh apekah ini semua lisa?
sandiwara apakah yang telah u mainkan ini?
sesungguhnya i tak mengerti walaupun sedikit..

sekarang bagi i,cukuplah hanya sampai disini saja cinta kita..
i tak sanggup dipermainkan lagi..

lagipun..
sejak dari mula perhubungan kita lagi..DEDI dan MAMI i tidak pernah merestui hubungan kita..
kata mereka..i tidak selayaknya bercinta dengan seorang artis seperti u..
kerana mereka tahu kita tidak akan kekal lama..

sudahlah lisa..kini i sedar kesilapan i memilih u..
kini apa yang diharapkan kekal selamanya akhirnya putus di tengah jalan..
seperti mengharapkan panas sampai ke petang,tapi hujan di tengah hari..

maafkan i lisa..i harap u dapat melupakan i kerana i akan melupakan u.
ingatlah lisa..dunia ini tidak selebar daun anggur..
masih ada jutaan jejaka di dunia ini yang layak menerima cinta dari u..
kumohon pilihlah satu..tapi tolong jangan farid kamil mahupun azlee senario..

kini..
i sudah menemui seorang pengganti kepada diri u lisa..
namanya ASMIRANDA PUTRI..awek jual kebab dalam iklan AXE di tv3..
adakah u mengenalinya?
biarpun dia datang dari seberang..
namun i dapt merasakan getaran getaran cinta diantara kami akan terus berkekalan..

makanya..
buat kali terakhir..
mafkan i lisa..
GOOD BYE!



yang benar,
mantan pacarmu.







No comments:

Post a Comment