mereka

kasi ikan makan.

19 March 2012

kasihan makcik itu.


KL sentral

Train ke pelabuhan klang yang sedari dua puluh lima minit tadi aku tunggu disebabkan delay, akhirnya sampai di platform lima. Sejurus pintu train dibuka, berpupu-pusu, berebut-rebut, bertolak-tolak manusia yang pelbagai bangsa dan pelbagai umur cuba masuk. Takut ketinggalan train. Semua cuba untuk lolos. Dan aku antara yang berjaya masuk. Berdiri terhimpit di tengah-tengah antara kiri kanan tempat duduk yang sudahpun penuh. Suasana dalam train sesak. Semua berdiri tegak, kaku, pegun, macam patung, dek kerana ruang yang sangat-sangat terbatas. Di hadapan muka ku, ada seorang makcik india yang kelihatan kepenatan berdiri. Kasihan. Belum sempat lima minit perjalanan, sudah seperti satu jam berdiri. Sabarlah makcik, nasib kita sama. Pemegang train yang tergantung aku pegang kedua-dua belah tangan. Sambil kepalaku disandar pada tangan sendiri. Stesen setrusnya, Angkasapuri. Dan ya, itulah stesen pertama dan terakhir yang aku sempat dengar dan lihat. Kerna sesedarnya aku, aku sudah pun sampai di stesen terakhir, stesen pelabuhan klang. 


lelap. sepanjang satu jam perjalanan. ada mimpi-mimpi indah yang dimainkan. mimpi yang membikin bahagia dan bunga di hati. walau hadirnya sebentar cuma. tapi mungkin sudah cukup untuk menghilangkan sedikit penat dan lelah satu jam berdiri di tengah-tengah jagat manusia yang banyak perisa dan aromanya.

No comments:

Post a Comment