mereka

kasi ikan makan.

30 January 2012

belasungkawa tak semuanya celaka.

di kebelakangan ini. mungkin aku lebih banyak diam. jadi kurang cakapnya berbanding dulu. jika dulu bila dengan teman aku paling banyak ceritanya, tapi mungkin kini jadi kurang. bukan sudah tak ada cerita atau penat. tapi sekarang mungkin aku rasa lebih baik aku bercakap sesuatu yang lebih baik dan dapat mematangkan jiwa-jiwa dewasa ini.

dan juga kini mungkin aku lebih banyak berfikir pasal kemungkinan itu dan ini yang menjadikan aku lebih serius. mungkin. atau mungkin bosan dengan dateline-dateline yang tak pernah habis. sentiasa saja ada. itu, dan ini.

DAN, mungkin juga terlalu berfikir tentang kegagalan-kegagalan kecil yang biasa manusia tempuhi dalam norma-norma kehidupan. tapi kata orang tak semua belasungkawa itu sesuatu yang celaka. begitu juga sebaliknya. cuma caranya yang perlu ditimbang tara, juga interpretasinya bagaimana.

biar sekarang aku cuba untuk lebih bercakap mengenai hal-hal yang akan menjurus kepada impak-impak positif. tak mahu lagi jadi paling hebat dan bergebang sini dan sana. tidak lagi seperti golongan-golongan muda kini yang selalu saja berlagak dan bergebang tentang hal yang entah betul entah tidak. macam sewaktu aku melepak di taman tasik shah alam baru-baru ini. ada sekumpulan mat-mat rempit yang berkumpul dan bergebang tentang kehebatan motosikal masing-masing. walhal mostosikalnya cuma kapcai. tapi apa yang digebangkan macam ianya sebuah ducati 1000cc. hebat. tapi mungkin kerana ianya klasik, vintaj dan nilai estetikanya yang unik itu membuatkan mereka bangga . kadang aku juga tak sangka masih ada golongan generasi Y sekarang ini yang menghargai objek-objek dari zaman golongan generasai X.

atau saja mungkin lebih baik bergaduh seperti anak-anak kecil. aku masih ingat lagi ketika dua orang sepupuku yang bertemu buat kali pertama bergaduh sesama sendiri berebutkan barang mainan.

"heyyy, ni kita punya laa!"

"arghh! kita nak laaa! bak laaa!"

"ni kita yang amek dulu kan. ha. pergi la suruh bapak awak beli!"

"bapak kita kaya, bapak kita banyak duit, bapak kita kerja jurutera!"

"elleyh, bapak kita lagi banyak duit, bapak kita kerja bank!"

kedua-duanya yang berumur dalam lingkungan 4 ke 6 tahun membuat aku dan ahli keluarga yang lain tersenyum sendiri melihat telatah mereka. ya, walaupun mereka bergaduh, tapi sekurang-kurangnya mereka bercakap hal yang benar. memang ayah faiq seorang jurutera dan ayah nabila bekerja di bank. :)

kini, di dalam kamar sendiri. di suatu sudut. beralaskan bantal yang satu. aku baring memandang siling dan kipas yang berputar pada kelajuan tiga. lalu satu persatu dan segala perkara terlintas. dengan sendiri. manis, pahit, marah, benci, sayang, rindu, cinta, mati, dosa, pahala, gembira, kecewa. satu-satu datang bertandang tanpa aku menjemput. seolah-olah mahu mengajak aku berdiskusi macam dalam dewan parlimen. mungkin juga macam di meja bulat. ah.

malam itu seolah-olah menyedarkan aku dari satu kelekaan yang panjang. hidup mungkin banyak onar dan bersimpang siur. tapi kita sebagai manusia yang dikurnia akal dan fikiran perlu bijak. walau banyak mana simpang, tapi sebenarnya destinasinya cuma satu. yang mengikut undang-undang, dan juga syariat yang telah ditetapkan oleh-Nya.

No comments:

Post a Comment