mereka

kasi ikan makan.

29 April 2013

perginya seorang teman.

pedo,
aku ingat lagi time mula-mula masuk kolej dulu,
dapat duduk hostel geliga duduk dorm, ada katil double decker banyak-banyak.
aku sorang-sorang bukan ada kawan lagi pun.
aku duduk katil atas,kau pulak katil bawah depan aku.
aku mula-mula masuk diam je, tapi aku tengok kau kecoh gila, dengan semua orang kau tegur.
hari-hari awal tu kau je sibuk panggil aku ajak datang lepak katil kau, time tu kau bawak biskut, kau ajak.
lama-lama terus jadi geng.

kita pulak kebetulan course sama, so satu class.
hari-hari jalan kaki sama-sama pergi class. aku, kau, fariq.
kat dalam class pun kau antara paling kecoh, kau yang start panggil aku AMAR PEKAN.
pastu kau suruh budak-budak lain panggil aku pekan jugak, kecoh.

petang time class habis lagi kita jalan kaki pergi pantai main bola, kau boleh tahan jugak aku tengok main.
pastu bila malam main futsal pulak, kadang-kadang sampai 2 3 pagi main lagi.
main counter strike pun kau hebat jugak, hari-hari kita main, sampai subuh.

dah berapa sem tu kita dapat rumah sewa baru kat depan sekolah cina tu, rumah flat, kita duduk 8 orang.
rumah tu kat hall tu kira macam kau lah yang conquer. dah jadi bilik kau.
bila tidur kau setia dengan selimut dengan bantal busuk kau, budak-budak suruh buang kau taknak.

bila boring kau suka nyanyi sambil main gitar, bising gila. lagu semua yang ala-ala ST12.
time ada duit sikit kita semua pergi sewa studio kat CP, jamming ramai-ramai, sampai ke kuantan pun pernah.

bila tidur kau tak boleh tak dengar lagu. kau selalu pinjam handphone aku dengar lagu pasal handphone aku express music lagi banyak lagu best.
kau pinjam sampai habis bateri aku then baru kau pulangkan.
rasa tak boleh tidur kau main pulak game lumba kereta sampai semua orang dah tidur tapi kau still main game lagi.

time hari sukan tu kau pernah menyamar jadi awek junior sms aku nak berkenalan bagai. aku percaya gila. lama kot. last-last baru kantoi rupanya kau yang menyamar. kau pakai nombor baru.

entah, banyak gila pasal kau ni, tapi dalam geng kita kau yang paling kelakar. macam-macam.
dah habis kolej kau balik johor praktikal kat sana then terus dapat kerja sana jugak, aku balik klang.
since tu ada lah dua kali agaknya jumpa kau.

awal bulan 6 ni fariq kawen, aku ingat nak datang then nak suruh semua budak-budak kita datang jugak.
nak jumpa semua, lama gila tak jumpa.

tapi tadi fariq call aku, dia cakap kau dah takda, aku mula macam tak percaya, sebab baru dua tiga hari lepas kita komen-komen kat gambar kau, ni fariq kata kau dah takda pulak.
tapi fariq confirm balik dengan pami, fariq cakap memang confirm.

pedo, tak sangka kau pergi dulu. aku ingat kita boleh jumpa lagi, tapi tak.
apapun aku nak mintak maaf kalau selama kita berkawan aku ada buat kau terasa ke apa.

dan aku mintak maaf tak dapat nak bagi penghormatan terakhir kat kau. insya Allah kalau diizinkan nanti aku dengan kawan-kawan datang ziarah kat kampung kau.

tapi tadi lepas isya' aku dah sedekahkan Al-Fatihah dengan surah Yassin. aku doakan moga roh kau tenang dan sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.





24 April 2013

kelmarin malam. aku dapat satu mimpi. gigi aku longgar. maka perlahan-lahan aku goyangkan lalu tercabut. pagi aku bangkit. aku fikir. apa maksudnya mimpi itu. dan hari ini. aku tahu segalanya. tentang kecelakaan. kecelakaaan yang mungkin memberi pengajaran dan penyesalan di sepanjang hayat. demi Tuhan, ini bukan celaka yang manis.

23 April 2013

is being too nice is a bad things?

is being too nice is a bad things?

hey what's so bad about being "too nice"?
honestly, im still searching what the meaning of "too nice".  
for example, when im nice to a girl there's a reason for that and it's because i respect her for who she is and enjoy being around her and when im really nice it's because i care about her, want to make her happy, and be there for her. how is that a bad thing? the fact a guy is really nice to you and is genuine about it should make you feel good about yourself instead of causing you to find the nearest jerk who will treat you like garbage and then discard you and make you feel worse. i dont get this. i dont know but maybe girls perceive nice guys as spineless. on the other hand, jerks are perceived as strong and exciting because of the fact that they take rejection well and just "move on to the next one".

yah in relationship, being nice means must always be there. and now im thinking maybe being always there is boring. why? yes its cool we always take the time to be there for her. but always remember that in order for relationship to work, we must have space so they can grow individually. maybe growing individually gives a higher percentage for our relationship to last longer. idk.

and being too nice maybe makes me seem too good to be real. so, if i being too nice right from the start, women will take this as a sign that im hiding my ugly self behind this nice guy act. maybe. idk.

also, nice guys can't say no. but now i think it's okay to say no when i need to. 

however, most of the time, being "too nice" has ever been someone's reason for rejecting you, niceness can feel more like a curse than a blessing. haha. yeah and i know hows that feel. :)
dude, nice guys finish last. being nice is a great personality trait; it's just that sometimes being nice gives you an unfair disadvantage.

hey ever heard women says:

" I don't like when guys are "too nice" because it makes me uncomfortable
                                 or
" saya sukakan awak, tapi awak terlalu baik. "


p/s: * play the game, don't be the one getting played.
      * seriously, sekarang aku nak mengaku mungkin aku adalah orang yang paling baik dalam dunia. tapi aku juga nak mengaku yang kadangnya aku boleh                 jadi manusia paling gampang dalam dunia. seriously im not kidding u. :)

21 April 2013

apa sebenarnya yang mahu kau perjuangkan?

kalau ikut lantakkan, malas mahu aku tulis bangkitkan pasal politik. ok, ini dari my own point of view.
bagi aku lah, keadaan politik negara kita sekarang sedikit sebanyak adalah politik yang sudah hilang nilai moral dan etikanya sehingga mengheret kepada fenomena permusuhan sesama sendiri. politik hanya perebutan kuasa yang menjerumus umat ke kancah polemik persengketaan. politik hanya kuasa. dan kuasa menjadikan manusia alpa terhadap hakikat insaniah. natijahnya manusia hilang kawalan dan kewarasan serta pertimbangan rasional hingga yang lebih tertonjol adalah nilai-nilai kebinatangan dalam amalan berpolitik.

dan bagi generasi-genarasi muda serta sahabat-sahabatku, melibatkan diri di dalam politik tidak salah.bahkan ianya baik dan sekaligus akan menjadi penyambung pada perjuangan generasi-generasi lama. cumanya, elakkanlah dirimu dari belenggu fanatik membuta tuli. tidak perlu kau bersikap partisan sehingga menampakkan kebobrokan diri sendiri. berjuanglah selagi bebas dari sentimen yang menyentuh sensitiviti personal.


malam semalam sewaktu habis futsal ketika lepak-lepak minum bersama kawan-kawan, gua betul-betul tak sangka dua jam "perbualan" kami hanya berkisar mengenai politik. di sebelah pihak menyokong barisan dan sebelah pihak lagi sebaliknya. mereka membentangkan manifesto parti masing-masing dan mempertahankan hak dan kebenaran. membangkitkan pelbagai isu untuk diperjuangkan. tegang.

orang menyalak kau menyalak.
orang melolong kau melolong
apa sebenarnya yang mahu kau perjuangkan?


I representin this place
Where people say murder is the case
REMBAU
the food gonna make your tongue blaze
Step forward,hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin
Hobin Jang Hobin
We aint trippin Jang
Tahun dopan ado laie
Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang(kito monang yo)
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar


Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak
Itu orang dulu
Tak mcm budak2 sekarang
Susah sikit yo
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik2 cito2 angkosawan
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo'an daratan
Sapo tak pueh ati
Jom kito jumpo dopan dopan



Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted



My brain works faster than computer
Cuz Im the prime mover
Entrepreneur yes I am
Weve been busy chasin dollars
Chillin at Mui Fong with my homies yaw
And If u keep talkin shit others might listening bro
Then gangin up, just pick up your gear
Listen dear
I aint messin wit the coward
I aint messin wit fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don't wake me up from my dream
C.R.E.A.M



Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dh ghobeh
Baru payung nk dibuko?
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah'an semuo urang
Polik Bona bilo pikir orang tuduh bukan2
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik
KAU BOLEH POIE JALAN



Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted



Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?
12

08 April 2013

tentang yang gua suka-suka mahu cerita

tentang kereta
gua suka drive laju-laju.
gua suka drive sebelah tangan, dua jari, atau satu jari.
gua suka follow rapat-rapat.
gua suka drive laju-laju dan gaya drifter kat dalam kawasan parking IKEA sampai bunyi eitttttttt creeettttttttt. oh i dont know how to spell that noise but it just awesome!
thats all makes me feel like a trueee driver.
sehinggalah awal tahun ini gua telah terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur.
dan kini gua macam dah berubah sikit.

tentang wanita.
secara zahiriahnya, semua laki-laki mendambakan memiliki wanita yang cantik dan sempurna.
bagaimana pula gua melihatnya bagi pertama kalinya?
gua suka lihat tangan dan kaki mereka.
mengapa? mungkin itu salah satu cara gimana gua menginterpretasikannya.

tentang mandi.
waktu mandi gua takkan kurang dari dua puluh ke dua puluh lima minit.
ketika mandi gua punya rules sendiri.
gua mula dengan memberus gigi, syampu rambut, cinditioner, membersih muka, dan akhirnya badan. seriously rules ini mengikut turutan.
atau jika boleh gua faktakan, bagi lelaki kamar mandi adalah mungkin tempat paling privasi setelah seharian bergelumang dengan penat dan masalah.
dan bagi gua, kamar mandi merupakan tempat paling mustajab untuk berfikir dan mendapatkan sesuatu idea.

tentang rancangan TV.
gua bukanlah seorang penonton tegar sehingga mampu menonton tv seharian suntuk.
gua suakakan rancangan yang pelbagai. berita, sukan, masakan, info semasa, lawak, cinta. semuanya.
tapi jangan tanya mengapa gua suka sangat Hijab Stailista. entah. mungkin kerna gua sukakan fashion. gamaknya.

tentang haiwan.
sejajar dengan perkembangan dunia teknologi kini, gua tidak ketinggalan utuk turut serta dalam menjalinkan hubungan sosial di laman-laman sosial atau di alam maya.
tapi kadangnya di waktu yang tertentu, gua lebih suka bercakap dengan haiwan, contohnya kucing.
bagi gua mereka adalah tempat meluah rasa paling secure berbanding manusia.
mereka juga merupakan penyimpan rahasia tegar dan tidak pernah membongkar dan tidak pernah melawan kata.

tentang kerja.
gua boleh dikatakan seorang yang workaholic. mampu bekerja hingga tidak hirau akan waktu.
dan mampu duaratuspersen fokus hingga sebenarnya gua mampu kerja tanpa fikir akan teman-teman lapang dan teman-teman hati. cuma belum waktu untuk gua lakukan saja.

tentang angan-angan.
tiap hari pasti akan ada angan-angan yang baru.
gua angankan untuk bermain bersama pasukan real madrid dan bergandingan bersama mesut ozil.
gua angankan sedang makan burger bersama nur fathia di burgerking teluk chempedak.


31 March 2013

dan sekarang
aku lebih rela mempunyai sesuatu yang punya perasaan daripada memiliki seseorang yang tidak punya akan hati
dan jika dahulu aku pinta kau jadi sesuatu, bukan seseorang,
tapi kini segalanya telah berubah
dan aku pohon, jadilah seseorang kembali
tetapi yang punya hati dan perasaan
pleasee?
usah dibiar digantung disidai terlalu lama
takut nanti dicuri diambil orang
atau
takut nanti mati dimakan diamamah waktu
usah
kerana gossip girl, dia goodnight kan aku.

xoxo

17 March 2013

berlagak sombong poyo mengada-ngada !

pernah tidak kau bencikan seseorang?
pernah kau tahu cari apa sebabnya?

pernah kau tahu kenapa?
kenapa kau tak suka kau benci maki dia?
mungkin kerna dia tidak memberi apa-apa kepentingan pada kau.
makanya kau kata dia tu berlagak sombong poyo mengada-ngada.
kau benci maki dia.
sepuasnya.
tapi,
cuba tiap kali kau berjumpa dengannya kau terima hadiah atau sesuatu darinya,
apa ceritanya masih sama?
ya,
yang kau kata berlagak sombong poyo mengada-ngada itu lah yang paling kau nantikan kehadirannya.
jangankan setahun,
telat yang cuma seminit pun kau kan cari di mana dia.

kita-kita.
suka-suka hanya kerana kepentingan diri sendiri.
biasalah.

hok benarnya.

hoh benarnya,
hok comel hok molek hot lote hok tu lah hok racunnya.
hok burok hok huduh hok bodo bengong hok tu lah hok madunya.
bakpo?
mu tokse?
mu tokse mu bui ke aku.

05 March 2013

aku cuma laki-laki biasa.

pernah tidak, tatkala kau melakukan sesuatu dengan segala daya dan dari hati,
tapi tidak pernah sekali kau dihargai?
apa pernah kau tahu rasa itu?

maaflah,
bukan aku penat pada tubuh,
bukan aku putus pada harap,
bukan aku patah pada hati.

cumanya,
aku ini laki-laki biasa,
laki-laki yang punya perasaan normal,
sama seperti yang lain,
punya perasaan, juga hati.

cuba kau figura hatiku,
cuba gapai kotak yang duduk di sisipintu hatiku.

bukalah.

moga kau tahu.

kadang-kadang,
ingin sekali aku mahu kau juga merasa sama seperti apa yang aku rasa.

24 February 2013

maaf, kerna belum bisa beri kamu bahagia.

please i'm begging u.

fyi, my blogspot has been hacked by anonymous. ( someone that i used to know ). but today, i got back my blogspot. hey this is my page, not yours. why u fucking care? i'll just write what i want, what i feel. if u think i'm such an ungrateful spoiled brat so don't like me and please go die. hey get out of my way. pleaseee. i'm begging u. i never concern most of u anyway. 


08 December 2012

biar pedih sakit perit.

andai dulu cita-cita aku mahu jadi seorang doktor
andai dulu cita-cita aku mahu jadi seorang jurutera
andai dulu cita-cita aku mahu jadi seorang footballer
tapi sekarang mungkin sudah lain
cita-cita aku impian aku cuma satu
mahu jadi manusia yang dipandang tinggi
mahu jadi manusia yang dihormati
dan mahu jadi manusia yang luar biasa
dan aku sedang mencuba untuk itu
kerna aku ini harapan
harapan semua
harapan keluarga yang terutama
kerna aku cuma satu
ini untuk ibu
ini untuk abah
ini untuk masa hadapan
tapi juga aku sedang bahawasanya untuk aku jadi sebegitu
aku perlu tempuh begitu banyak halangan dan dugaan
dan juga telah aku merasai sekit pedih perit itu
ya, aku cuba gagahi
demi harapan, dan masa hadapan

Ya Tuhan, aku mohon kuatkan aku dan permudahkan segalanya.

06 December 2012

Saya rindu mak saya.

Mak asyik call, mak tanya khabar, mak tanya tentang bisnes, mak tanya tentang semuanya.
Dan mak cakap kat kampung musim buah, mak pergi kutip durian, kutip rambutan, kutip manggis, kutip rambai.
Mak tanya bila mahu pulang?
Saya hanya diam.
Mak, saya mahu pualang.
Saya rindu mak rindu kampung rindu semua.
Mak, saya akan pulang.
Saya sayang mak.

05 December 2012

Sampai mati

Aku
Ada satu sifat yang aku mampu ubah walau dengan hanya sekelip mata.
Tapi
Ada satu sifat yang tak mampu aku ubah walau sampai mati.

18 November 2012

loghat.

perangai loghat. tak pernah habis.

" u can take the people out of the kampung but u cannot take the kampung out of the people. "

-amar fadhli.

27 October 2012

i have friends. they're all crazy. however it is, even they always do something stupid and crazy things, but they're good in giving advice. thanks guys.

warkah cinta buat 'N'.

dan sejak aku pasti kau adalah pemilik tulang rusukku
dan sejak itu juga tidak pernah aku fikirkan orang lain selain kamu.
yang ada, cuma kamu.

tak perlu dua kali fikir untuk bilang aku rindu kamu.
tak perlu dua kali fikir untuk bilang aku sayang kamu.
tak perlu dua kali fikir untuk bilang aku cinta kamu.

sampai waktu
kau cium tanganku
aku kucup dahimu
kau, aku, jadi satu.

oh! ozawa.

malam tadi, ozawa datang lagi. tapi kali ini ozawa datang sebagai seorang housekeeper. loceng bilik 017 berbunyi. tiga kali sebelum aku sempat membuka pintu untuk menjemput ozawa masuk.

" oh ya, please come on in, i need u clean all my tidy fucking room and all my clothes. now. "
" okay sir "

tanpa perlu banyak bicara, ozawa terus memulakan tugasnya. dan aku yang malas mahu menunggu, terus ke bathroom. i just want to take a longgggg nice bath.
teapat satu jam, aku keluar dari bathroom. aku lihat semuanya sudah selesai dikemas ozawa. perfect. tiada yang mengecewakan. kasihan sungguh ozawa, sejuk penghawa dingin pun tak mampu dari menghalang keringat ozawa dari terus terbit. ozawa yang berpkaian formal seorang housekeeper sebuah hotel lima bintang aku lihat lama-lama. kemeje lengan pendek putih dan skirt merah jambu paras peha memang sungguh padan dengan ozawa. setelah segalanya selesai, ozawa meminta diri untuk pulang kerna tugasnya telah selesai. tiba-tiba.. semua lampu serta penghawa dingin terpada sendiri. blackout. semuanya gelap gelita tanpa ada walau satu cahaya. ozawa menjerit lalu menerpa aku . . .

seat 7a 7b dan stesen dang wangi.

bagi aku, kau dan aku cuma berada di dalam satu gerabak train yang sama. yang bezanya, kau cuma berada di gerabak yang paling depan, dan aku berada di dalam gerabak yang paling belakang. dan bezanya lagi, kau mungkin naik dari stesen KLCC dan aku naik dari stesen setiawangsa. walau kita dari stesen yang berlainan, atau kita duduk di dalam kelas yang berbeza, aku harap mungkin suatu hari nanti aku mampu duduk betul-betul di seat sebeleh kau. kau seat 7a dan aku seat 7b. dan kita akan sama-sama turun di destinasi yang sama. mungkin dang wangi.

sesudah menulis mereka dan berimagi segala macam kemungkinan, baru aku teringat yang train tak punya seat yang tertera nombor atau huruf. jadi mana mungkin kita akan duduk di seat 7a dan 7b.

kau ingat tak si S beromen dengan si M kat tepi tangga?

tempoh hari terjumpa kawan lama. kawan sekolah. 7 tahun tak jumpa. akhirnya terjumpa di kuala lumpur. dan bila terjumpa, mula bersembang bergebang bercerita segala. tapi bercerita tentang segala yang berkisar di zaman sekolah. cerita bertumbuk. cerita hisap rokok belakang almari. cerita budak hisap gam. cerita budak hisap ganja. cerita budak kena raba. cerita kawan kau bercinta dengan kawan aku last-last bercinta dengan kau. cerita lari dari sekolah. cerita buli budak sampai pengsan. cerita main bola dari pagi sampai ke petang. cerita kau kikis duit anak penghulu. cerita sekodeng budak beromen tepi tangga. cerita kau jadi hero selamatkan budak kes bertumbuk. . dari malam semalam sampai ke malam esoknya, cerita zaman sekolah bersambung tanpa ada henti. tak pernah habis.

semua cerita nampak gampang dan macam takda satu pun pengertian. tapi bagi aku mungkin, yang semalam itu yang mencorakkan kita hari ini dan kita hari esok.

gadis laman I

ada satu gadis. gadis SPM. tiap minggu ke kelas tuisyen di laman seri. tiap kali mahu ke kelas pastinya akan lalu di depan kedai aku. itu pasti. bukan kerna tidak ada jalan lain, mungkin kerna di laluannya ada aku.

6 bulan berlalu. hanya perhati. tanpa senyum. hanya mata sama tentang. mungkin sama masih belum berani. atau mungkin suatu hari nanti, ketika dia cuba melewati aku, buku teks tau talipon bimbitnya akan tercicir. lantas aku menegur.

" awak, your handphone "
" oh, thanks "
" sama-sama. eh okay tak phone tu? "
" takda apa pun, jatuh sikit je, thanks tau "
" eh its okay lah. next time hati-hati pegang barang "
" yah, thanks again "
" oh, selamat ke kelas "
" eh jap, macam mana tau saya kat sini pergi kelas? "
" dah 6 bulan wak " :)

bersambung . . 

ok, tempoh hari gadis SPM itu datang ke kelas dengan memakai kebaya merah yang berbelah di tengah hingga paras lutut. semua seperti pegun.

permainan lewat pagi

4.25 minit pagi.

pagi minggu. mata belum juga mahu ajak ke ranjang. sedang jari tangan masih rakus merogol joystick. namun skor di kaca tv masih belum berubah angka. sejak 15 minit tadi angkanya masih sifar.

- bulan sudah satu, bintang sudah seribu, tapi aku masih sifar. celaka punya manchester united.

malam yang sepi pi pi

malam itu sunyi sepi
semua sepi
tv sepi
radio sepi
orang sepi
cicak sepi
kucing sepi
mat rempit sepi
mat kereta laju sepi
mat indon kontrak sepi
mat tiga suku pun sepi

tiba-tiba nokia 3250 yang pertama memecah sepi

1 NEW MESSAGE
012-765XXXXXX

"Selamat malam"

satu pesanan dari seseorang yang lansung tak aku kenali.stranger.
tanpa membalas, handphone terus aku matikan.

"ah, mengapa perlu diucap selamat kepada malam?" gila.

26 October 2012

Djakarta.

Alhamdulillah, Jakarta touched down. hope everything will be good and go as planned. 

kopi jantan.

kau kemam kepat kulum hisap gigit ratah jilat telan teguk lah walau sekilo kopi jantan sekalipun, kalau mata kau mahu pejam, tetap juga pejam.

REI

i miss my Japanese girl.

28 September 2012

sebagaimana iblis

berusahalah kamu sebagaimana kuatnya usaha seekor iblis.
yang tak pernah kenal erti putus asa, dan tak pernah jemu.
-Amar Fadhli.

02 September 2012

mentalitinya, masih konservatif.
mentalitinya, masih negatif.

27 June 2012

Selamat Ulang Tahun Amar.


Selamat hari ulang tahun Amar.

Seperti biasa, tiada apa yang spesial. Cuma ucapan dari teman-teman, keluarga dan saudara-mara. Tapi aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bernafas dan menikmati nikmat-nikmat Tuhan diatas muka bumi ini. Juga diberikan peluang untuk terus mengabdikan diri kepadaNya sebagai seorang hamba yang menurut segala perintahNya.

" Ya Allah, Kau berkati, Kau rahmati dan Kau permudahkanlah segala urusan dunia dan akhiratku. Amin. "


10 June 2012

angan-angan :)

semalam. dalam perjalanan pulang dari alor setar ke kuala lumpur. dalam kereta, aku duduk seat belakang.dan sambil pandang luar tingkap, aku mula pasang angan-angan. angan-angan suatu hari nanti gimana caranya aku mahu lamar kau. mungkin aku datang ofis, aku buat kejutan. atau mungkin aku bawa kau tepi pantai sambil tengok matahari jatuh. atau mungkin waktu tengah webcam. atau mungkin waktu candle light dinner tepi kolam hotel five setar. atau.. ah. macam-macam yang aku fikirkan. sampai tak tahu yang mana satu aku nak pilih. pening. dan last skali, aku tidur. :)

lepas bangun tidur, aku pening-pening sikit. aku pandang luar tingkap semula. aku tengok ada bentuk-bentuk awan yang menarik. aku pun reka sendiri apakah rupa awan-awan itu. ada yang aku tengok macam burung, ayam, tahi, orang terbang, buaya tengah nganga mulut, tengkorak dinosaur. tapi ada satu tu aku tengok macam helikopter! sumpah! gaya betul sebiji-sebiji. lepas tu aku malas nak fikir dah. aku pejam mata balik. nak angan-angan lain yang lebih sedap pula. :)

22 May 2012

seorang gadis telah ditipu si cermin gelap

ada gadis. sedang berdiri depan cermin gelap. yang disebelah sana ada aku. tapi gadis itu tak nampak aku. hanya aku yang nampak dia. dia lihat-lihat dirinya. dia betulkan baju. dia sisirkan rambut. dia belekkan wajah. semua. lama. seratus peratus dia percayakan cermin itu. cantik yang dibias cermin, maka cantiklah dia. tapi dia tak tahu yang sebenarnya cermin itu sedang berbohong padanya. kasihan gadis itu, ditipu si cermin gelap. padan muka.

17 May 2012

malam tadi. telah terbukti, yang hati aku ternyata lembut.
hanya dengan sepatah dua kata dari ayah, mata aku berkaca.
ya, hati aku memang lembut.
makin aku paksa keraskan, makin mudah air mata ini tumpah.
sampai sudah.
takkan mungkin.
tanpa jawapan.
hanya persoalan.

dan rupa-rupanya..

12 May 2012

13 MAY - it's not a tragedy.

KHAS BUAT INSAN YANG PALING AKU SAYANG DALAM DUNIA.

ibu,

ibu yang selalu jadi jam loceng aku setiap pagi
yang tiap pagi akan ketuk pintu bilik aku sambil kata 
"adik bangun dah subuh dah 6 suku"
meski aku pesan suruh kejut 6 setengah, tapi ibu selalu kejut 6 suku
ibu cakap tak baik lewat-lewatkan solat

tiap pagi waktu sekolah bila aku mandi
ibu selalu ketuk pintu bilik air sambil cakap "adik cepat dah 6.45"
meski aku tau yang sebenarnya baru pukul 6 setengah
ibu tak nak aku lewat
maka "dah 6.45" tu hari-hari aku akan dengar

aku ni suka main. hari-hari pun nak main. 
ibu tau anak dia ni hari-hari main sini sana
ibu tak kisah, ibu faham anak dia
tapi hari-hari ibu pesan
"adik jangan balik lewat maghrib sangat, setan iblis banyak di luar"

pernah aku duduk jauh lama-lama aku takda duit
aku tak nak susahkan ibu minta duit
tapi ibu macam tau-tau anak dia perlu duit
maka ibu hantar meski aku tau ibu pun perlukan duit

tiap kali duduk jauh
tiap hari ibu talipon tanya khabar anak dia
meski sebenarnya aku tau aku yang patut tanya khabar pada ibu
tapi ibu tak kisah ibu lagi pentingkan aku dari dirinya sendiri

waktu kami susah nak beli makan tak ada
ibu tetap sanggup berkorban apa saja untuk kasi aku makan
meski aku tau ibu sendiri pun belum makan
tapi itulah ibu, asalkan anak dia makan dah cukup

kalau aku nak pergi jauh nak tinggal ibu lama
ibu sanggup hantar aku walaupun terpaksa jalan jauh
aku cakap kat ibu "takpa takpayah hantar adik dah besar"
tapi ibu tak kira walau aku besar mana pun
ibu tetap nak tengok anak dia depan mata sendiri

kalau aku mintak apa-apa dari ibu
pasti ibu akan usahakan sampai dapat
walaupun aku tahu ibu sebenarnya takda duit
tapi ibu sanggup berpajak demi anak dia

ibu, terlalu banyak pengorbanan ibu sejak aku lahir, terlalu
ibu, terlalu banyak yang aku drafkan tentang ibu, tentang jasamu. terlalu
ibu, sesungguhnya engkaulah insan terhebat dan termulia yang pernah aku kenal

ibu, lahir besar pandai aku semuanya kerana ibu
tapi maafkan aku andai kadang aku ini jadi
degil sombong bebal melawan manja menghampakan

cuma satu,
aku pinta restumu untuk hidupku
moga-moga suatu hari aku jadi seorang anak yang membanggakan


ibu,
sempena hari yang berbahagia ini, adik ada sesuatu untuk ibu

tadaaaAAA !!

ibu, sempena hari jadi ibu, dan sempena hari ibu
adik bagi hadiah yang tak seberapa ni untuk ibu
kat dalam kotak coklat tu ada kittunkatz bengal sekor
dalam kotak sampul kaler2 tu ada jongkong mas
then dalam sampul surat putih besor gedabak tu ada cek 10 juta



:D

ibu, hari ini, ini je yang adik mampu
lain hari, insya Allah, akan lebih

walau aku tahu walau sebesar mana atau sebanyak mana pun yang aku bagi masih lagi
takkan mampu untuk membalas jasamu padaku sejak aku dalam kandungan, hingga sekarang

tapi aku akan berdoa pada Tuhan agar ibu sentiasa dikurnia kesihatan yang berpanjangan,
umur yang panjang, sentiasa dirahmati dalam setiap lakumu, dan berbahagia hingga firdausi.

selamat hari jadi dan selamat hari ibu !

10 May 2012

aku yang kembali bernafas.

" don't ever deal on shisha again, just like a sick dragon "
setelah 6 purnama, itulah kata yang paling manis aku dengar dari kamu.
thanks sayang. :)
selamat kembali, dan mari kita berkenalan semula.

07 May 2012

ROMPAKAN BERSEPADU ep1- Plan B



malam semalam adalah malam terakhir yang aku sempat tonton dengan mata kepala aku sendiri sebuah teater arahan Alloy Paradoks dari Paradoks Pruduction. merupakan teater yang beraliran realisme dari mereka. teater yang bertajuk Rompakan Bersepadu ini telah dimainkan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur selama 4 hari bermula pada 3 hingga 6 Mei. selepas aku kempunan nak tengok teater Juta Juta, kali ini aku bertekad untuk tidak lepaskan peluang untuk melihat hasil karya dari golongan muda yang berbakat ini. dan ternyata, sangat tidak mengecewakan semua penonton yang hadir. walaupun hanya bermain di satu ruang yang agak terbatas, namun setiap seorang dari mereka dapat memainkan watak dengan sangat berkesan.


sinopsis:


satu kumpulan semi-pro sudah buat rompakan ke atas sebuah kedai emas. Halim yang jadi ketua, memimpin empat lagi kawan dia yang lain, Zul, Nizam, jumat dengan dani.


tapi plan terlari sikit bila polis sampai awal sangat dan menyerbu mereka semasa rompakan tengah berlaku. akibatnya semua terpecah bawa haluan masing-masing untuk selamatkan diri.


semua plan jadi kucar kacir. semua orang saling mencurigai satu sama lain. ada antara mereka yang plan untuk khianat plan asal dan cuba nak belot. tapi di sebalik plan yang dah rosak, ada lagi plan lain yang tengah berjalan.


rating : sembilan perpuluhan sembilan bintang.









03 May 2012

pernah dalam hubungan, kekadang kita rasa kita betul. kita rasa si dia yang patut mintak maaf dulu. adakala ego tu terlalu tinggi sampai bertahun-tahun tak bertegur sapa. kenapa susah orang nak mengalah? aku tak nampak apa-apa kekurangan pun kalau kau mengalah. adakah kau rasa tak cool kalau kau datang kat dia dan cakap "aku mintak maaf?". biar lah even kau tak salah sekali pun. kita dengan tuhan pun macam tu. kalau tuhan nak ungkit salah kau dengan DIA, aku yakin kau tak larat nak dengar.

02 May 2012

sebelum aku. .

sebelum aku jadi seorang pendiam yang hilang diri.
sebelum aku simpan semua ucap kata yang seharusnya aku lafazkan.
sebelum aku pendam segala perasan yang seharusnya aku luahkan.

ada satu yang perlu kamu tahu perlu kamu ingat sampai bila-bila,
yang bahawasanya demi Tuhan,
tiada pernah aku terfikirkan "orang" lain selain kamu.

tidak aku paksa untuk kamu tinggal.
tidak aku paksa untuk kamu pergi.

dari aku yang sedang melangkah.
-Amar Fadhli.

01 May 2012

yah, maybe i'm not ur mother's favorite

sayang, penjelasan kau. kata-kata kau yang walau sebaris cuma itu. bagi aku itu sudah cukup menjelaskan segalanya. yang membawa maksud kau tidak lagi peduli aku. dan kau tidak lagi perlu aku. sejujurnya, aku hancur mendengar katamu.

jika itu tekad kamu. aku mohon, doakan aku mampu tanpa kamu.

ibu, maafkan adik kerna telah terlanjur cerita tentang dia kepada ibu.
mungkin adik bukan yang disukai ibu dan keluarganya. mungkin.
tapi, adik masih ada ibu. kan bu?

23 April 2012

tentang lu yang gua suka

hey, lu. mari sini. gua rasa mungkin lu perlukan sedikit pengiktirafan.
okay, sekarang gua umumkan, secara rasmi
lu juara
lu menang
lu paling atas

tahu apa yang gua paling suka tentang lu?
tentang lu yang suka buat-buat bodoh
tentang lu yang suka buat-buat rilek
tentang lu yang suka buat macam takda apa yang berlaku
tentang lu yang suka buat-buat tenang
tentang lu yang sikit pun tak pernah gelabah

dengan kelebihan-kelebihan itu
akan menjadikan lu sebagai manusia paling cool dalam dunia
dan
akan sangat menyerlahkan kebodohan gua

gua rasa seperti sangat-sangat dihargai

terima kasih
terima kasih
terima kasih
dan
terima kasih

p/s: kenapa sayang? cemburu? jawablah. aku perlu jawapan kamu.

21 April 2012

10 minit yang jauhnya seperti kuantan ke kemaman.

pelabuhan klang, 2pm.


seusai tugas di bawah penghawa dingin. aku gapai kunci motor. sarung jaket hitam. pakai topi keledar. berlalu ke motor. motor dihidupkan. undur dan bergerak terus tanpa patah balik. destinasinya, entah.


sepuluh minit perjalanan yang aku rasakan jauhnya seperti perjalan dari kuantan ke kemaman, aku mula tersa perit dek selaran hangat sinar mentari yang mungkin sekitar 37 darjah celcius gamaknya. lalu aku berhenti sebentar di 7e. aku sedikit terhidrat dek teriknya mentari tengahari itu. aku teguk sedikit air mineral yang baru aku beli sambil memerhati susuk-susuk tubuh korporat yang lalu depan aku. walau segak berkolar dan bertali-leher, aku tahu setiapnya masing-masing punya sifat selekeh dalam konteks peribadi


sambil cangkung, aku fikir apa perlu aku juga jadi seperti mereka yang sentiasa segak ke sana ke mari sambil jinjit briefcase bertemu clients di cafe-cafe. tentu aku akan kelihatan lebih macho jika dibandingkan dengan aku yang kini. hanya jeans dan t-shirt. tapi stress kerja aku apa kurangnya jika nak dibandingkan dengan mereka. malah mungkin lebih. lebih-lebih lagi bila berurusan dengan mat-mat saleh yang kadangnya degil dan keras kepala.aku juga fikir apa salahnya juga jika aku hanya jadi petani atau nelayan yang tak banyak stress macam aku. kalau jadi nelayan hanya bergelumang dengan laut dan sampai satu masa kahwin. ada bini dan anak tiga. 


jandi nelayan senang. tak payah pening-pening hari ini nak pakai tali leher apa, baju dah saterika ke belum, kereta ada minyak ke tak, bayar tol, bayar bil, bayar duir sewa rumah, bayar kad kredit, bayar ke mael bayar ke joyah, bayar itu bayar ini.
atau apa salahnya juga jika aku hanya jadi seperti golongan gelandangan yang hidup di celah-celah kota menunggu nasib hari demi hari? tak payah nak susah-susah bekerja. nasib kita hanya masyarakat yang tentukan. itupun jika ada yang simpati.
aku termenung, kepala melayang, fikiran menerawang.



ah dihup di kota memang banyak stress dan mudah dinoda.

17 April 2012

gua rindu yang dijaman dulu.

gua rindu ponteng kelas kimia cikgu shukor.
gua rindu ponteng kelas fizik cikgu azmi.
gua rindu ponteng kelas BM cikgu salmiah.
gua rindu ponteng kelas EST miss tew.
gua rindu ponteng kelas mengaji.
gua rindu ponteng kelas fardhu ain.
gua rindu ponteng kelas tuisyen.
gua rindu main paya hingga lewat maghrib.
gua rindu mandi kolam tempat bunian dalam hutan.
gua rindu rasa cili yang pernah nak gua sental ke mulut.
gua rindu jadi budak famous sekolah.
gua rindu hisap rokok dalam jamban sekolah.
gua rindu buli azman sampai kena panggil dengan pengetua.
gua rindu lastik ayam kat rumah nenek.
gua rindu main tikam sampai ratus ringgit semata mahu dapat dash n kuro sebiji.
gua rindu main mak-mak masak-masak dengan semua sepupu perempuan gua.
gua rindu nak ganti RMT time rehat kalau member gua tak datang.
gua rindu nak beli buku cerita bila ada buku datang sekolah.
gua rindu nak beratur panjang2 beli vitagen dengan milo.
gua rindu nak gosok gigi ramai2 kat tepi longkang.
gua rindu nak main lawan2 pemadam ngan budak2 kelas.

gua rindu lu.

16 April 2012

seorang gadis desa yang terpikat dengan abang RXZ handsome tasik shah alam.

diriwayatkan, pada suatu petang yang damai pada pertengahan semester yang lalu, ada seorang gadis desa, yakni seorang pelajar sebuah unversiti tempatan telah terpikat dengan seorang abang rempit handsome regular tasik shah alam.

bermulanya kisah,
hajat si gadis mahu bersantai sambil kononnya mahu mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan yang kian hampir, tapi setelah lima belas minit mata si gadis masih tetap pada buku, akhirnya mata si gadis dipanah oleh panahan dari bola-bola cinta si abang rempit handsome bermuka jambu yang duduk bersantai bersama teman seperjuangannya yang tidak jauh dari si gadis.

mulanya si gadis hanya memandang malu tapi lama kelamaan setelah kira-kira dua puloh minit yang berikutnya, si abang rempit mula mengatur langkah. kata mula dilafaz dan akhirnya nombor hand phone bertukar tangan. mudah. sekali lafaz. dan sekali kelip.

hari rabu-
sama-sama ke pasar malam seksyen 7 beli apam balik dan ayam goreng sorang satu.

hari sabtu-
sama-sama pergi jusco bukit raja tonton wayang. (cerita harus yang paling romantik biar mudah)

tiap petang-
sama-sama si gadis dibonceng oleh abang rempit handsome melepak dan melepas rasa di tempat biasa. (diamana lagi kalau bukan tasik)

tiap malam-
si gadis dibonceng kesana kemari oleh si abang rempit handsome. ke futsal, ke kedai mamak bersama teman-teman si abang rempit handsome, dan kemana sahaja.

hujung semester-
si gadis desa menerima keputusan peperiksaan yang "sangat cemerlang".

sekian,
indahnya plot-plot cinta si gadis desa dan si abang rempit handsome tasik shah alam. :)

11 April 2012

kehilangan yang bagaimana yang kau harapkan?

kau diam.
jika kau mahu aku faham yang kau hanya bicara melalui lagu.
dan sekarang aku faham.
bahawasanya,
kau takkan datang. kau takkan mulakan.

mungkin aku harus benar-benar hilang. baru kau akan datang.
atau mungkin aku harus benar-benar mati. baru kau akan cari.

03 April 2012

hati aku bukan pentagon heksagon oktagon heptagon

hati aku bukan kotak hingga kau boleh memperkotak-katikkan aku.
hati aku bukan bola bulat hingga kau mudah campak golekkan aku kesana kemari.
juga bukan pentagon heksagon oktagon heptagon nanogon henagon monogon digon  atau decagon.
hati aku hati yang biasa. ya, macam hati kau. kadang keras, kadang lembut.

aku ini manusia biasa. punya jiwa dan rasa yang sama. maka jika tak suka. tolong khabarkan aku dengan baik caranya. tolong.

30 March 2012

pelangi petang yang degil.

Aku rasa aku kini bagai pelangi petang yg lupa untuk hilangkan diri walaupun sedar hari sudah gelap. Oh sedarlah pelangi, pulanglah. Hujan pun sudah berangkat pergi. Begitu juga mentari. Apa yg kau tunggu lagi? Pulang sajalah.

25 March 2012

ego kau ego aku

apa kau menyesal mengenali aku?
apa kau curiga apa rasanya aku terhadap kamu?

mengalir air mata aku melihat kamu pergi
ingin aku kesatkan tapi sepeti tiada gunanya

aku hanya mampu melihat kamu berjalan pergi
pergi menjauhi aku

kau
tanpa ucap kata selamat
dan aku
tanpa memaksa kau kembali kemari

tapi,
cuma satu pesanku
jangan sesekali padam aku dalam minda sedarmu
kerna aku
akan tetap dan selalu hadir dalam minda separuh sedarmu


aku rindu kau, tapi, ego kau dan ego aku telah menghalang segalanya.

23 March 2012

PEREMPUAN DAN SEPATU AMERIKA. (Pekang, Kuatang, Kmamang.)



lelaki.

bila hujung minggu,
kadang kerjanya menghurung perempuan tawaf satu shopping complex.
mencari sepatu paling rare di dunia, konon-kononnya.
bertatah berlian palsu, gaya tali melilit betis, tumit harus enam inchi kalau boleh.
sambil gaya jalan lagak diva.
seluruh alam dia cari sepatu itu.
dari komleks teruntum, kuantan parade, megamall, hinggalah ke ECM.
tak termasuk butik-butik tepi jalan yang disinggah sepanjang perjalanan lagi.


jarak langkah jalannya sama seperti berjalan dari kuantan ke kemaman.
naik bas angkut-angkut yang namanya bas SIHAT.
yang macam tin sardin. kerusi patah. tanpa aircond.
biar berebut-rebut sesama kaum sejenis dan berdiri dua jam pun tidak apa.
masih sanggup. asalkan dapat apa yang dihajati. - sepasang sepatu palsu buatan "amerika".
biar nanti balik kampung boleh tunjuk pada orang-orang kampung.


"aku ada sepatu paling rare! kau hadeee?"


lu tahu, bukan senang nak melayan karenah perempuan.
kalau boleh nak yang ada renda-renda, nak yang ada corak-corak, nak yang ada bunga-bunga,
nak yang warna-warni. yang kosong-kosong biasa-biasa taknak, tak style tak rare katanya.
harus semuanya yang grand dan branded. biar orang pandang biar orang puji.


perjalanan diteruskan
dan jika penat, mungkin akan singgah minum-minum
dan makan satar atau keropok lekor sebentar di balok.
semalam pun begitu juga, tapi objektifnya lain.
meneroka kebaya berlabuci jingga.
fuhh. bagai nak gila mencari. hingga tak ingat dunia.
semuanya kerana hari-hari terakhir sale.
nak ke KL jauh. lagipun tak tahu jalan katanya.


tapi bila dah sampai ke 'kemaman',
yang menjadi pilihan perempuan adalah sepatu di vincci 'kuantan'.
kedai pertama yang mereka kunjung.
"kepala hotak lu lah!"
bermonolog sahaja lelaki itu.


ragam. lu tak tahu lelaki itu kakinya dah bergetar seperti pakcik-pakcik yang kena stroke.
kalau stroke tu ada tahap. mugkin tahapnya yang paling tinggi. tahap lima mungkin.


vincci kuantan. destinasi terakhir pengembaraan lelaki itu.
lelah dan alahhh.


perempuannya mencuba sepatu mencari saiz dan warna yang padan.
dengan tiga warna berbeza.
cari warna paling serasi dengan tona kulit kaki yang gelap.
sambil berdiri. dan bulat dan empuk untuk mencuba sepatu tak digunakan.
cuma jadi tempat sang lelaki merehatkan punggung dan cuci mata sebantar.
sambil hirup oksigen-oksigen yang dibebaskan penghawa dingin, sang lelaki terlelap.
indah.
dan khayal.


sebelum sempat si perempuan bertanya kepada sang lelaki.


"cantik kan you yang ni? kena tak dengan i?"


sang lelaki hanya angguk dan diam. sambil dalam hati hanya kata.


"macam the devils weir prada lu tahu"


hm.


*gua lihat dari pemerhatian, bukan pengalaman. :)

19 March 2012

kasihan makcik itu.


KL sentral

Train ke pelabuhan klang yang sedari dua puluh lima minit tadi aku tunggu disebabkan delay, akhirnya sampai di platform lima. Sejurus pintu train dibuka, berpupu-pusu, berebut-rebut, bertolak-tolak manusia yang pelbagai bangsa dan pelbagai umur cuba masuk. Takut ketinggalan train. Semua cuba untuk lolos. Dan aku antara yang berjaya masuk. Berdiri terhimpit di tengah-tengah antara kiri kanan tempat duduk yang sudahpun penuh. Suasana dalam train sesak. Semua berdiri tegak, kaku, pegun, macam patung, dek kerana ruang yang sangat-sangat terbatas. Di hadapan muka ku, ada seorang makcik india yang kelihatan kepenatan berdiri. Kasihan. Belum sempat lima minit perjalanan, sudah seperti satu jam berdiri. Sabarlah makcik, nasib kita sama. Pemegang train yang tergantung aku pegang kedua-dua belah tangan. Sambil kepalaku disandar pada tangan sendiri. Stesen setrusnya, Angkasapuri. Dan ya, itulah stesen pertama dan terakhir yang aku sempat dengar dan lihat. Kerna sesedarnya aku, aku sudah pun sampai di stesen terakhir, stesen pelabuhan klang. 


lelap. sepanjang satu jam perjalanan. ada mimpi-mimpi indah yang dimainkan. mimpi yang membikin bahagia dan bunga di hati. walau hadirnya sebentar cuma. tapi mungkin sudah cukup untuk menghilangkan sedikit penat dan lelah satu jam berdiri di tengah-tengah jagat manusia yang banyak perisa dan aromanya.

bukankah begitu sayang?

aku tau bahawasanya kau takkan mampu membuat pilihan, kerna kau takut kau menyesal dengan pilihan yang dibuat. makanya, kau lebih sanggup untuk dipilih.


dan aku tahu, membuat pilihan itu tidak sesukar memahami keputusan yang dibuat.

13 March 2012

mari "bergobak sodor" denganku.

shhhh~

relax sayang. relaxx.
take a deep breath, and relaxx.
you relax je, i janji i takkan apa-apakan you.
sikit je, you jangan risau, i dah biasa.

ahhhh.~

itulah lelaki. hanya mahu yang sedap-sedap itu.
itulah perempuan. percayakan sangat lelaki itu.

11 March 2012

ada babak-babak perlahan antara aku dan gadis itu.

11 march 2012, Ahad, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

sedang aku berseorangan melilau-lilau atau berpelesiran tanpa arah tuju. Ya, seorang diri. Tanpa teman. Ah aku memang sudah biasa ke sana ke mari seorang diri tanpa teman. Mungkin begini lebih baik. Kerna jika berdua, bertiga, berempat atau berlapan, mungkin karenahnya akan jadi banyak. Mahu yang itu mahu yang ini. Ke situ, ke sini. Makanya aku lebih suka untuk memilih berseorangan.

aku turun ke ground floor. niat di hati nak perkena chicken lemon fried rice kat medan selera taste of asia. di meja makan, sedang aku menikmati chicken lemon fried rice yang aku pesan, tiba-tiba degup jantungku bagai terhenti. Juga gerak lakuku. Pegun. Di paling kiri muka aku kelihatan seorang gadis paling manis sedang duduk berduaan dengan teman lelakinya. Aku sempat pandang. Satu saat saja. Tapi aku nak pandang lagi sekali wajah gadis manis itu. Sungguh manis. Berkaca mata, bertudung litup, kulit putih melepak paras kacukan pan-asian, dan pada anggaranku, mungkin umurnya lebih kurang sebaya denganku.

Okay, aku nak pandang lagi sekali. Aku tak kira. Mintak-mintak dia tak pandang aku. Ah damn, dia pun pandang aku? Ahh. Apa perlu aku lakukan ni? Tapi aku tak begitu saja mengalihkan pandangan. Dia juga begitu. Mata kami terkunci. Lama. Lima saat aku hitung. Dan tiba-tiba, ada babak-babak perlahan terjadi. Angin kipas yang entah dari mana datangnya menerbangkan liuk lentok rambut aku yang panjangnya sedikit cuma. Cerita teman lelakinya yang asyik kepadanya langsung tak dihiraukannya. Matanya masih kepada aku. Ahh, dan aku kalah, ternyata kau lebih hebat. Degupan jantung aku cuba kembali kepada kelajuan normal. Sial, mungkin jika dia berseorangan seperti mana aku, mungkin aku sudah mengambil langkah yang seterusnya.

Hai gadis manis, siapa nama? mahu aku temankan? atau menari denganku? Selambe.

Habis.

Point satu: seorang gadis cantik yang sedang bersama teman lelakinya, dan sedang asyik erat berpegangan tangan, tapi masih mampu untuk main mata dengan lelaki stranger yang keseorangan.

Point dua: aku sudah mula kurang percaya pada gadis cantik. Tak kira kampung atau bandar. Sama saja. Mereka mudah melompat pada hati yang lain.

Point tiga: hati-hati sayang.

09 March 2012

surat cinta buat seorang tokei mamak.

tengah hari. perut lapar.
pergi kedai. bangla sampai.
order saja. dua pinggan.
sudah kenyang. mahu pulang.
bil dicapai. langkah diatur.
saku diselup. bibir tersenyum.
hati berkata. "babi wallet tak bawak!"
langkah diundur. motor dihidup.
pandang depan. pulanglah saja.

p/s: bos, esok2 lusa gua lepak kedai lu lagi gua bayar okay. :)

07 March 2012

hey Darwin. kau betul. aku sokong kau untuk hari ini.

kadang-kadang, aku rasa ada benarnya kata Darwin yang kata manusia ini berasal dari binatang.
buas, angkuh, jahat, tak berhati perut. malah mungkin lebih.
darwin, untuk hari ini, aku sokong kata kau.

05 March 2012

pabila gugurnya sekuntum kemboja jantan

sekuntum kemboja telah gugur
malayang jauh dan tak kembali lagi
ranting itu pun mengering
tabah menunggu patah
jatuh ke tanah lalu abadi

tahu gimana rasa aku?
rasanya aku bagai sekuntum kemboja yang jatuh di pangkal sekeping nisan yang tak bernama.

now i feel like imma fallen hero.

29 February 2012

jangan nak berlagak, nanti aku pukul kau.

ye,
lu ada otak geliga. semua orang lu kencing.
lu ada rxz laju. menang skali dapat chika free.
lu duduk kuala lumpur. satu kl lu pegang.
lu ada kancil turbo. malam lepak kat taman kerang.
lu ada awek hot. mana pergi lu usung.
lu ada ramai kawan. kawan lu semua gangster.
lu ada kaki pukul. gua salah lu pukul.
lu geng abang-abang. gua salah lu hantar orang kasi tetak gua satu kali.
lu ada muka hensem. beli beger dapat nombor free.
lu ada badan ketak. hari-hari pergi gym.
lu ada kacuk pan-asian. skali "suit" spuloh datang
lu ada speaker besar. boleh pasang kuat-kuat sampai dengar spuloh batu.
lu syopping dekat pavi. lu pakai skinny gucci.
lu lepak dekat starbucks. ambil gambar post kat fb.
lu ada ekzos kuat. suka blow kuat-kuat.
lu ada henset canggih. skrin besar buku skolah.
ringtone lu lagu tekno. pasang ringging yang paling kuat.
lu lepak disko mahal. yang lu panggil TGIF.

ye,
semua yang hebat itu semua lu.

gua?
takpalah, gua masih suka jadi yang biasa-bisa saja.

27 February 2012

kita hanya melihat, tapi tidak merasa.


kita mudah melupakan sesuatu yang lama. kita tinggalkan yang lama. sebab kita kata yang lama itu dah tak lagi indah. buruk. jelek. menyusahkan. walhal kita semua tahu yang lama itulah yang menjadi pencetus kepada semua yang baru dan semua kemodenan yang kita banggakan kini. kita alpa.

kita bila berjalan, kita sombong untuk pandang ke belakang. kita kata dah jalan, haruslah kedepan, apa lagi gunanya lihat kebelakang? kan orang pun ada kata jalan haruslah ke depan. ya benar memang jalan harusnya ke hadapan, tapi jangan lupa perkara-pekara yang kita tinggalkan di belakang itulah yang menjadi pedoman dan pengajar kita. kata orang, guru terbaik adalah belajar dari pengalaman lalu. tapi kita sombong.

dan kita, bila dah memiliki kesenangan, kekayaan, dengan automatiknya dengan sekelip mata kita akan lupakan semua orang-orang yang susah disekeliling kita. bahkan kita maki caci mereka dek kerana kesusaha dan kemiskinan mereka. kita jadi bongkak dengan sekelip mata. jadi terkufur oleh nikmat sementara yang Tuhan pinjamkan kepada kita. tapi mungkin tak semua. kerana masih ramai yang punya hati mulia yang masih sudi menghulur tangan membantu golongan-golongan yang susah.

tapi percaya kalau aku kata bahawasanya orang yang susah, atau orang yang pernah susah lebih banyak bersyukur berbanding dengan orang-orang yang tak pernah kenal dan rasa apa itu susah. orang-orang yang pernah susah ini, pabila melihat golongan yang susah, mereka akan mudah merasa simpati kerena mereka faham apa yang mereka rasa. tidak seperti golongan yang tak pernah susah. merekan hanya melihat, tapi tidak pernah merasa.

kesimpulannya, kita semua haruslah berbalik kepada sifat-sifat kesederhanaan bukan berlebih-lebihan. sekaya mana sekalipun kita. cubalah untuk besederhana dalam hidup. kerana itu akan menjadikan kita sebagai insan yang sentiasa "cukup" dan bersyukur.

24 February 2012

pari-pari patah sayap yang terjatuh dari langit.

aku harap. harap sangat
sedang aku berbaring begini
sedang aku menongkat mata
mahu menyulam mimpi
antara tidur dan jaga
antara sela dinihari dan sepertiga malam
akan ada pari-pari patah sayap
jatuh terjerobos menerobos awan
jatuh dari kayangan laju menuju bumi
lalu jatuh ke riba sang putera sepi
lalu mereka saling kenal dan saling suka
lalu mereka saling kasih dan saling cinta
hingga dikurnia cahaya mata
yang putera diberi nama arjuna
yang puteri diberi nama dayita
meraka cantik dan pintar persis ibu mereka
dari mata, pipi, hidung, bibir, tutur dan kata
semua saling tak tumpah seperti ibu mereka
kasih hingga akhir hayat
mereka tinggal di daerah mereka sendiri
daerah pelangi yang tak pernah hilang
bahagia hingga keturunan yang delapan

18 February 2012

selamat hari jadi sayang.


andai ini bait-bait aksara yang bolehkan aku untuk terima satu senyum
maka biar sekarang aku cuba baca

biar ini adalah yang kesejuta kali pun aku menulis tentang kamu
namun kata ini masih belum bisa mampu merungkai dan mengungkapkan
setiap makna dan rasa yang ada di dalam hati aku ini
tiada perkataan yang mampu menafsir perasaan ini

ya, ini mugkin bukan yang ke 21 kali pada setiap tahun kelahiran kamu aku ucapakan kata selamat ini
tapi apa yang pasti, pada setiap tahun kelahiran kamu yang mendatang
pada setiap bulan, setiap saat, setiap detik dan setiap waktu
aku akan sentiasa mendoakan kamu
aku doakan kamu agar sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-Nya.

aku tak mampu menulis puisi cinta buat kamu
kerana hebatnya kasih kamu
aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri
tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih
walau perkataan mula

dan saat ini kau tiada, aku lemah menagih kewujudanmu

selamat hari jadi sayang
buat si jantung hati, pari-pari imagi
dari aku, yang menyanyangi kamu
dengan sepenuh hati

moga esok kita akan bersama lagi
aku berdoa pada Tuhan moga kamu 
akan jadi pemilik asal tulang rusukku
dan biar aku kecap bahagia bersama kamu

-buat pari-pari imagi