mereka

kasi ikan makan.

29 February 2012

jangan nak berlagak, nanti aku pukul kau.

ye,
lu ada otak geliga. semua orang lu kencing.
lu ada rxz laju. menang skali dapat chika free.
lu duduk kuala lumpur. satu kl lu pegang.
lu ada kancil turbo. malam lepak kat taman kerang.
lu ada awek hot. mana pergi lu usung.
lu ada ramai kawan. kawan lu semua gangster.
lu ada kaki pukul. gua salah lu pukul.
lu geng abang-abang. gua salah lu hantar orang kasi tetak gua satu kali.
lu ada muka hensem. beli beger dapat nombor free.
lu ada badan ketak. hari-hari pergi gym.
lu ada kacuk pan-asian. skali "suit" spuloh datang
lu ada speaker besar. boleh pasang kuat-kuat sampai dengar spuloh batu.
lu syopping dekat pavi. lu pakai skinny gucci.
lu lepak dekat starbucks. ambil gambar post kat fb.
lu ada ekzos kuat. suka blow kuat-kuat.
lu ada henset canggih. skrin besar buku skolah.
ringtone lu lagu tekno. pasang ringging yang paling kuat.
lu lepak disko mahal. yang lu panggil TGIF.

ye,
semua yang hebat itu semua lu.

gua?
takpalah, gua masih suka jadi yang biasa-bisa saja.

27 February 2012

kita hanya melihat, tapi tidak merasa.


kita mudah melupakan sesuatu yang lama. kita tinggalkan yang lama. sebab kita kata yang lama itu dah tak lagi indah. buruk. jelek. menyusahkan. walhal kita semua tahu yang lama itulah yang menjadi pencetus kepada semua yang baru dan semua kemodenan yang kita banggakan kini. kita alpa.

kita bila berjalan, kita sombong untuk pandang ke belakang. kita kata dah jalan, haruslah kedepan, apa lagi gunanya lihat kebelakang? kan orang pun ada kata jalan haruslah ke depan. ya benar memang jalan harusnya ke hadapan, tapi jangan lupa perkara-pekara yang kita tinggalkan di belakang itulah yang menjadi pedoman dan pengajar kita. kata orang, guru terbaik adalah belajar dari pengalaman lalu. tapi kita sombong.

dan kita, bila dah memiliki kesenangan, kekayaan, dengan automatiknya dengan sekelip mata kita akan lupakan semua orang-orang yang susah disekeliling kita. bahkan kita maki caci mereka dek kerana kesusaha dan kemiskinan mereka. kita jadi bongkak dengan sekelip mata. jadi terkufur oleh nikmat sementara yang Tuhan pinjamkan kepada kita. tapi mungkin tak semua. kerana masih ramai yang punya hati mulia yang masih sudi menghulur tangan membantu golongan-golongan yang susah.

tapi percaya kalau aku kata bahawasanya orang yang susah, atau orang yang pernah susah lebih banyak bersyukur berbanding dengan orang-orang yang tak pernah kenal dan rasa apa itu susah. orang-orang yang pernah susah ini, pabila melihat golongan yang susah, mereka akan mudah merasa simpati kerena mereka faham apa yang mereka rasa. tidak seperti golongan yang tak pernah susah. merekan hanya melihat, tapi tidak pernah merasa.

kesimpulannya, kita semua haruslah berbalik kepada sifat-sifat kesederhanaan bukan berlebih-lebihan. sekaya mana sekalipun kita. cubalah untuk besederhana dalam hidup. kerana itu akan menjadikan kita sebagai insan yang sentiasa "cukup" dan bersyukur.

24 February 2012

pari-pari patah sayap yang terjatuh dari langit.

aku harap. harap sangat
sedang aku berbaring begini
sedang aku menongkat mata
mahu menyulam mimpi
antara tidur dan jaga
antara sela dinihari dan sepertiga malam
akan ada pari-pari patah sayap
jatuh terjerobos menerobos awan
jatuh dari kayangan laju menuju bumi
lalu jatuh ke riba sang putera sepi
lalu mereka saling kenal dan saling suka
lalu mereka saling kasih dan saling cinta
hingga dikurnia cahaya mata
yang putera diberi nama arjuna
yang puteri diberi nama dayita
meraka cantik dan pintar persis ibu mereka
dari mata, pipi, hidung, bibir, tutur dan kata
semua saling tak tumpah seperti ibu mereka
kasih hingga akhir hayat
mereka tinggal di daerah mereka sendiri
daerah pelangi yang tak pernah hilang
bahagia hingga keturunan yang delapan

18 February 2012

selamat hari jadi sayang.


andai ini bait-bait aksara yang bolehkan aku untuk terima satu senyum
maka biar sekarang aku cuba baca

biar ini adalah yang kesejuta kali pun aku menulis tentang kamu
namun kata ini masih belum bisa mampu merungkai dan mengungkapkan
setiap makna dan rasa yang ada di dalam hati aku ini
tiada perkataan yang mampu menafsir perasaan ini

ya, ini mugkin bukan yang ke 21 kali pada setiap tahun kelahiran kamu aku ucapakan kata selamat ini
tapi apa yang pasti, pada setiap tahun kelahiran kamu yang mendatang
pada setiap bulan, setiap saat, setiap detik dan setiap waktu
aku akan sentiasa mendoakan kamu
aku doakan kamu agar sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-Nya.

aku tak mampu menulis puisi cinta buat kamu
kerana hebatnya kasih kamu
aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri
tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih
walau perkataan mula

dan saat ini kau tiada, aku lemah menagih kewujudanmu

selamat hari jadi sayang
buat si jantung hati, pari-pari imagi
dari aku, yang menyanyangi kamu
dengan sepenuh hati

moga esok kita akan bersama lagi
aku berdoa pada Tuhan moga kamu 
akan jadi pemilik asal tulang rusukku
dan biar aku kecap bahagia bersama kamu

-buat pari-pari imagi



16 February 2012

brader, maaf. gua tak GAY!

lu senyum, gua balas.
lu tanya, gua jawab.
lu ajak borak, gua on.
lu gelak, gua layan.

tapi..
bila lu start tanya soalan pelik-pelik,
gua takut bro. gua takut.

sumpah brader, gua tak gay.
no touch-touch,
no calling-calling,
no ajak-ajak minum.
thanks brader.

ya Tuhan, Kau lindungilah aku dari disesatkan
ke jalan-jalan gelap dan songsang.
sesungguhnya, jiwa dan jasad aku masih milik seorang Adam.
cinta dan kasih aku masih kepada seorang Hawa.

14 February 2012

ini cerita lucah. marilah tonton.

13 februari -

"bro, hari ni valentine kan, lu tak sambut ke bro?"

sorry bro, gua tak sambut valentine. bukan sebab gua kuno, bukan sebab gua tak ikut perkembangan semasa dan bukan sebab gua tak moden macam lu. tapi sebab gua masih waras.

bro, lu tahu apa itu valentine? bagi gua velentine itu adalah hari yang mengasyikkan bagi sepasang pasangan yang sekadar mahu babak comolot gulung-gulung lidah goyang-goyang ranjang bergulung telanjang lalu basah di selangkangan.

uh ah uh ah uh ah oyeahh.

sedap? nikmat?

10 February 2012

pendedahan ekslusif perkahwinan amar dengan kerabat diraja brunei.

sejak beberapa hari lepas, dunia hiburan tanah air kita telah digegarkan dengan berita pertunangan artis terkenal negara, Amar Fadhli dengan seorang wanita yang identitinya dirahsiakan. malah ada pihak yang mendakwa bahawa mereka juga sebenarnya telah berkahwin sejurus selepas melangsungkan perkahwinan.

tapi apapun yang terjadi, persoalannya, benarkah amar telah berkahwin? dan jika benar, siapakah gerangan gadis misteri itu? adakah beliau juga merupakan seorang artis? cikgu sekolah? kerani kerajaan? taukeh warung? tukang jahit? atau dari golongan kerabat diraja?

ingin mengetahui kisah sebenar? ikuti temubual eksklusif wartawan melodi, michelle wee dengan amar sendiri baru-baru ini.

michelle: amarrr! amboih nampak riang. wajah pun semakin berseri-seri. apa rahsianya?

amar: tia amelia!

michelle: oh bercanda pula disiang hari. ok lah, skarang ni ramai yg mendakwa anda telah bertunang dan berkahwin. apa cerita ni? takkan senyap je?

amar: eh, tunang? kahwin? mana tau ni? oh lupa plak, saya kan artis. ahah! ok lah, sebenarnya memang saya telah berkahwin pada minggu lepas. dan wanita bertuah itu merupakan seorang anak kepada menteri kabinet dun jasin.

michelle: ha??

amar: ha? apa ha ha? haha! gotchaaa!

haperlah lu orang ni, mudah sangat terpedaya dengan tipu daya yang murah macam ni. gambar yang gua post simple. gua yang bersongkok, berkemeja, bersila, bermuka serius, di dalam masjid, dan sedikit trick gambar pengantin perempuan yang di crop. juga dengan tajuk post yang berbunyi, "Alhamdulillah, moga segalanya dipermudah".

pertama, takkanlah orang yang bersongkok berkemeja di dalam masjid lu dah nak consider tengah kahwin? dah kalau gua nak pergi solat zuhur ke asar ke maghrib ke? kan. lagi satu kalau tunang, apa jadahnya nak tunang dalam masjid, orang tunang kat rumah je kot. duhh. dan kalau kahwin, takkanlah artis macam gua nak pakai sempoi-sempoi macam tu je? lu agak-agak la der. kurang-kurang mau radzuan radziwill datang sponsor.

muka serius? berseri-seri? dah namanya pun artis. stakat trick ayam macam ni memang ayam je ah. tajuk post moga dipermudahkan bagai tu? habis takkanlah orang nak kahwin je baru nak reti bersyukur?

tapi itu lah, gua pun bagai tak sangka benda ni boleh kecoh macam gua ni selebriti tv. ada yang duk tanya kut sms, call, chat, pm, wall post, semua lah. lagi best bila sampai tok gua dengan dengan sdara mara gua semua tau. tok gua tau ikut fb, ada lah cousin gua ni duk tunjuk. dah tu lu tau apa tok gua kata?

"amboii kemain lagi abang awok dah bertunang. takpelah iqbal (adik gua), ada kakak ipar.. umur baru dua hari, badan besor lidi dah nak bertunang. menyampoh aku dengor"

ok. boleh tok gua cakap camtu kan. lagi best adik gua yang pandai tu pergi percaya gila2 then terus sms bapak gua.

"papa, betul ke abang dah kahwin?"

"kenapa adik cakap macam tu?"

"adik tengok kat fesbuk"

"ohh. siapa nama kakak ipar iqbal tu?"

boleh? boleh plak bapak gua tanya macam tu? fuhhh. maka bapak gua lah bapak paling style kat dalam dunia!

dah, apa-apapun, andai ada yang berasa tertipu, gua minta maaf. asyik lu orang je nak buat cam yeye. gua pun nak gak try camna.

btw, gua bikin panasss. zAsSSS!



p/s I : siot, gelabah gak gua bila kawan-kawan, mak kawan-kawan, sdara mara, spupu spapat semua dah duk kata memang aku betul-betul dah  kahwin. ah sudahhh.


p/s II : guys, im just 23. and im just not ready yet to get married.


p/s III : suatu hari ketika di meja makan bersama mak. tiba-tiba. " huuu zaman skarang kalau nak kawen koman2 pun doplohribu. hantaran je dah tidak2 spulohribu. kalau takdok duit jangan nak mintok anak orang. saving lah sendiri" ok. sangat tiba2. sangat terpana. apa kena mengena ni mak? -__-"


p/s IV : aku hanya ada kamu. dan aku akan terus menunggu untuk kamu. kerana kamu itu bukan sesuatu pada aku. tapi kamu adalah sebahagian.

09 February 2012

selamat kembali ke kuala lumpur.
aku doakan segalanya yang terbaik buat kamu.

asap menari-nari berkepulan di udara bak seorang penari tiang.

Tree Under, Palm Beach, TC.




seusai jasad terisi penuh lazat makanan. minda mengajak pergi mencari tenang.

"bro, shisha jom! kasi nagaaa!"

punggung dilabuh, belakang disandar.

"bro, longan tiga, shisha setabung. perisa nenas!"

atmosfera tenang dan gelap cuma sedikit diterangi pancaran limpahan dari lampu neon jingga. sambil liuk lentok daun pokok yang ditampar bayu pantai yang damai.

kepul-kepul asap berisi perisa nenas masuk melalui serombong esofagus. sedut dan hembus. sambil asap yang terkumpul dalam rongga esofagus dihempus jadi kepul-kepul seolah awan. muncung shisha keluar masuk ikut bibir munggil. sambil tangan kiri main-main handphone macam gaya kasanova amerika. hempusan asap shisha berperisa nenas itu terus berkepulan dan bergumpalan menari-nari di udara bagai sedang mengikut rentak musik yang sedang dimainkan. indah, dan asyik. lalu membikin tenang pada jiwa yang lara.

tiba-tiba jantung yang tadi perlahan berdegup laju. kencang. seolah ada suatu fluks yang telah menderukan enjin hormon untuk aktifkan adrenalin.

"fuh, nur fathia seyhh! ah lantak ah, biar ah dia."

nur fathia, gadis-gadis ayu lain yang bersamanya, dolah saleh, dan amoi-amoi cantik yang turun naik burger king tak langsung gua pedulikan.

muncung shisha kembali meneman hati yang sedang lara. asap lenggang lenggok dalam mulut dan menyusur esofagus masuk ke paru-paru jantan. 

suasana setempat sedikit riuh. sekeliling dipenuhi ragam manusia. trafik sedikit sibuk dengan kenderaan keluar masuk. ada sorakan-sorakan dari penonton bola. ada gelakan-gelakan manja dari amoi meja sebelah. dan ada yang diam diri asyik menyaksi gelagat manusia.

TC dan angin pantai. pasir dan air laut. gua dan kekasih imagi.

07 February 2012

bagai bulan dilindung awan.

aku berlari seolah sedang mengejar sesuatu, dan dikejar sesuatu. yang mana sudah terlalu lama aku menginginkan walau aku sudah tahu semuanya takkan tertangkapkan sampai habis nyawa nanti.


biar masa berlalu, biar waktu membuntu, biar saat berlirat.

tapi aku tahu, menunggunya aku untuk kau, akan berakhir dengan satu frasa. -

aku rindu kau.


kau itu bagai bulan.
tapi bagai bulan yang dilindung awan.
bagai ada. tapi tiada.

03 February 2012

memetik bintang.



tahu hobi aku? hobi aku melompat. 
melompat melawan graviti.
macam budak-budak. 
suka melompat walau di mana sahaja.
bezanya, cuma aku ingin melompat lebih tinggi. 
lompat hingga mampu gapai bintang.
jika mampu, aku mahu petik satu persatu.
gapai dan petik semua bintang yang bercahaya di langit sana.


tapi kebenarannya, aku takut.
bukan aku takut pada tinggi.
cuma takut jatuh dari tempat tinggi.

jadi, ada antara kalian semua yang mahu temani aku?
aku dan kamu, melompat bersama.
dan bersama memetik bintang di langit sana.




(:

01 February 2012

selamat hari lahir orga!


ada nota buat orga aka zaff ezekeil

kawan-kawan.
gua ada kawan, namanya orga.
dan hari ini, adalah hari jadi orga.
yang masih muda, masih segak, masih bergaya.
dan yang paling penting, orga masih SOLO.

kawan-kawan,
orga masih lagi mencari dan mengintai cinta si hawa yang tak wujud di duniawi.
walau citarasanya orga setinggi awan, tapi tiada siapa yang mampu menduga.
kalau boleh katanya mahu yang seperti zhang ze yi. Suatu citarasa yang bukan sebarang.
kadang nalurinya bagai sudah dikocak oleh panahan si hawa jelita.

orga mendodoi lagu-lagu sentimental romantik untuk si hawa imagi.
seolah si hawa dibelai gemalai puisi puitis orga yang meloreki lukisan hati dengan warna-warna lembut dan syahdu.
andai pelangi di tabir langit boleh dikait orga, pasti segalanya takkan dihampa. dan akan dilaku tanpa ragu.

pabila berbicara, kadangnya imaginasi pergi jauh hingga tak terjangkau dek kewarasan akal,
tapi itulah orga. setiap kata adalah magis, dan mahakarya tak ternilai.
yang datang dari lubuk hati yang paling dalam.
merintih orga, berimagi orga, segalanya digurindam.
hati bermadah menumpahkan gelisah yang lama bertakung.
bila hatinya mula bicara, bicaranya tanpa suara. dan hanya perilaku yang layak mentafsir.

orga pernah berkata takkan kahwini gadis melayu, kalau boleh mahu yang amoi.
Kata orga. :

"gua tau gua takkan kahwin dengan melayu, gua janji. kalau gua kahwin dengan melayu, gua hadiahkan lu lima ratus sorang!"

orga, yang itu sumpah gua takkan lupa. (:

apapun, moga segala yang imagi akan menemui segala yang hakiki. All the best bro!

30 January 2012

belasungkawa tak semuanya celaka.

di kebelakangan ini. mungkin aku lebih banyak diam. jadi kurang cakapnya berbanding dulu. jika dulu bila dengan teman aku paling banyak ceritanya, tapi mungkin kini jadi kurang. bukan sudah tak ada cerita atau penat. tapi sekarang mungkin aku rasa lebih baik aku bercakap sesuatu yang lebih baik dan dapat mematangkan jiwa-jiwa dewasa ini.

dan juga kini mungkin aku lebih banyak berfikir pasal kemungkinan itu dan ini yang menjadikan aku lebih serius. mungkin. atau mungkin bosan dengan dateline-dateline yang tak pernah habis. sentiasa saja ada. itu, dan ini.

DAN, mungkin juga terlalu berfikir tentang kegagalan-kegagalan kecil yang biasa manusia tempuhi dalam norma-norma kehidupan. tapi kata orang tak semua belasungkawa itu sesuatu yang celaka. begitu juga sebaliknya. cuma caranya yang perlu ditimbang tara, juga interpretasinya bagaimana.

biar sekarang aku cuba untuk lebih bercakap mengenai hal-hal yang akan menjurus kepada impak-impak positif. tak mahu lagi jadi paling hebat dan bergebang sini dan sana. tidak lagi seperti golongan-golongan muda kini yang selalu saja berlagak dan bergebang tentang hal yang entah betul entah tidak. macam sewaktu aku melepak di taman tasik shah alam baru-baru ini. ada sekumpulan mat-mat rempit yang berkumpul dan bergebang tentang kehebatan motosikal masing-masing. walhal mostosikalnya cuma kapcai. tapi apa yang digebangkan macam ianya sebuah ducati 1000cc. hebat. tapi mungkin kerana ianya klasik, vintaj dan nilai estetikanya yang unik itu membuatkan mereka bangga . kadang aku juga tak sangka masih ada golongan generasi Y sekarang ini yang menghargai objek-objek dari zaman golongan generasai X.

atau saja mungkin lebih baik bergaduh seperti anak-anak kecil. aku masih ingat lagi ketika dua orang sepupuku yang bertemu buat kali pertama bergaduh sesama sendiri berebutkan barang mainan.

"heyyy, ni kita punya laa!"

"arghh! kita nak laaa! bak laaa!"

"ni kita yang amek dulu kan. ha. pergi la suruh bapak awak beli!"

"bapak kita kaya, bapak kita banyak duit, bapak kita kerja jurutera!"

"elleyh, bapak kita lagi banyak duit, bapak kita kerja bank!"

kedua-duanya yang berumur dalam lingkungan 4 ke 6 tahun membuat aku dan ahli keluarga yang lain tersenyum sendiri melihat telatah mereka. ya, walaupun mereka bergaduh, tapi sekurang-kurangnya mereka bercakap hal yang benar. memang ayah faiq seorang jurutera dan ayah nabila bekerja di bank. :)

kini, di dalam kamar sendiri. di suatu sudut. beralaskan bantal yang satu. aku baring memandang siling dan kipas yang berputar pada kelajuan tiga. lalu satu persatu dan segala perkara terlintas. dengan sendiri. manis, pahit, marah, benci, sayang, rindu, cinta, mati, dosa, pahala, gembira, kecewa. satu-satu datang bertandang tanpa aku menjemput. seolah-olah mahu mengajak aku berdiskusi macam dalam dewan parlimen. mungkin juga macam di meja bulat. ah.

malam itu seolah-olah menyedarkan aku dari satu kelekaan yang panjang. hidup mungkin banyak onar dan bersimpang siur. tapi kita sebagai manusia yang dikurnia akal dan fikiran perlu bijak. walau banyak mana simpang, tapi sebenarnya destinasinya cuma satu. yang mengikut undang-undang, dan juga syariat yang telah ditetapkan oleh-Nya.

27 January 2012

kematian tragis seekor "hitam"

"pi, itam mana ha? aku nak kasi makan tapi dari tadi dia sekor aku tak nampak?"

"itam dah mati laa!"

"ha? mati? kau ye2. jangan main2 ah. baru smalam aku tengok elok ada je. apehal mati plak."

"iyee. pagi tadi memang ada lagi, tapi balik kerja tadi nampak dia mati kat tepi rumah kita tu. mulut dia berbuih-buih, macam kena makan racun do!"

gua terdiam.

"habis tu mana dia? dah tanam belum?"

"dahh. abang man tanam tadi."

gua terus terdiam lagi. hiba, pilu, sebak, sentap, semua bercampur baur. mujur saja mata ini tak berkaca.

sial, kalau betullah macam kata pipi yang itam mati kerana diracun, gua nak tau racun apa yang dimakan, bila, dimana, dan siapa yang memberinya. dan jika benar  ada manusia syaitan yg  telah meracun si itam hingga mati. dia adalah pembunuh!

dan gua bersumpah akan memastikan si manusia syaitan itu menerima balasan setimpal. gua tak hairan sebab sekarang memang ramai manusia2 yang sebegini. yang tak berhati perut.

yang gua terkilan cuma, bagi gua pengakhiran riwayatnya tak seharusnya berakhir begitu. tidak seharusnya tragis untuk seekor binatang yang tak berdosa.

manusia, binatang dan syaitan, tak lagi dapat dibezakan dengan mata kasar manusia.





25 January 2012

satu dua tiga kubilang

satu, dua, tiga. - berulang kali kuhitung.
namun kau masih sama.
dan aku masih menadah sebungkus harap.

satu, dua, tiga. - aku masih berkira.
namun kau masih sama.
dan kita masih terus berjalan.

satu, dua, tiga. - ku hilang.
namun kau masih sama.
dan kau masih disitu.

20 January 2012

bila hari jumaat.

bila hari jumaat
baru nak bertudung litup

bila hari jumaat
baru nak berbaju kurung

bila hari jumaat
baru nak bersopan santun

bila hari jumaat
baru nak bertutup segala

tapi, bila hari sabtu
semua nak dibuka dibogel

segalanya hanya kerana hari
hanya kerana hari sayang

15 January 2012

here without you.


A hundred days have made me older
Since the last time that I saw your pretty face.
A thousand lies have made me colder
And I don't think I can look at this the same.
All the miles that separate
Disappear now when I'm dreamin' of your face.

I'm here without you baby
But you're still on my lonely mind.
I think about you baby and I dream about you all the time.
I'm here without you baby
But you're still with me in my dreams
And tonight, it's only you and me.

The miles just keep rollin'
As the people leave their way to say hello
I've heard this life is overrated
But I hope that it gets better as we go.

Everything I know, and anywhere I go,
It gets hard but it won't take away my love.
And when the last one falls, when its all said and done.
It gets hard but it won't take away my love.

puisi tentang hujan.

kita ada rumah.
satu kat kuantan.
satu kat pekan.
tapi kita suka rumah pekan.
sekarang musim hujan.
bestkan bila hujan.
semua orang suka hujan.
ya kita pun suka hujan.
tapi tak tahu hujan suka kita atau tak kan.
ustaz kata hujan tu rahmat Tuhan.
awak semua pun mesti tahu kan.
kita angguk cuma iyekan.
kat sini hari-hari pun hujan.
mak kat dapur goreng ikan.
kita kat luar mandi hujan.
mula mak marah mak kata jangan.
tapi kita tak endah kita ikut kawan.
bila hujan air naik sampai jalan.
bila air naik ikan pun renang-renang atas jalan.
kita pun suka tangkap ikan.
kita tangkap ikan guna tangan.
kita sangat teror kan.
dah lah nanti awak bosan.
kita lapar nak pergi makan ikan.


mugkin kisah sekitar sepuluh ke lima belas tahun yang dahulu.
tapi aku tetap rindu.

11 January 2012

"kau tak bodoh"

bodohkah aku jika masih terus mengharap?
bodohkah aku jika masih terus mencinta?

tak. kau tak bodoh
kau cuma pengejar bahagia
kerana meski 
hati kau disakiti
sayang kau dipandang sepi
cinta kau ditolak tepi
namun kau masih mampu untuk berkata..

"aku takkan bahagia tanpa kamu"
"aku tak mampu hidup tanpa kamu"

kejarlah bahagia
kerana bahagia itu milik kita.

tersepit di antara ikhlas dan tidak ikhlas. (clap like a seal)


kejujuran selalunya terlindung di sebalik kepalsuan.
tangan bertepuk sokong dan puji.
dalam hati sumpah dan maki.
dan manusia selalunya tersepit di antara ikhlas dan tidak ikhlas.

ramai yang takut untuk menunjukkan diri mereka yang sebenar.
kerana mereka semua adalah FAKE!

09 January 2012

tiada tajuk.


gua skang kalau hari ahad rasa macam bersalah kalau nak kluar jalan-jalan.
semuanya gara-gara neelofa. hm.
biarlah kawan-kawan kata "haperla la lu tengok nona macam perempuan" pun takpa. hm.


kau benci aku yang kini.

ANDAI nanti kau kata
kau cinta aku yang lama
kau benci aku yang baru
biar kau tahu
kau yang mengubah aku
kau yang hilangkan aku yang lama itu
kau yang wujudkan aku yang baru ini

suka?

aku ingin tahu apa perasaan mereka. ingin sekali.


apa perasaan jadi orang kaya punya duit berbilion dolar?
apa perasaan jadi jejaka kacak pujaan wanita satu dunia?
apa perasaan jadi orang gila tiada berumah dihina masyarakat sendiri?
apa perasaan jadi kucing parsi dibelai manja oleh tuan setiap hari?
apa perasaan jadi ibu membesarkan sepuluh orang anak dengan tulang empat keratnya?
apa perasaan jadi imam besar masjilharam di makkah?
apa perasaan jadi angkasawan negara pergi ke bulan?
apa perasaan jadi ikan duyung jantan lautan artik?
apa perasaan jadi gadis tiang kelab malam?
apa perasaan jadi orang baru kahwin malam pertama?
apa perasaan jadi perempuan pelacur dinoda jantan setiap malam?
apa perasaan jadi sebatang pen parker bernilai ribuan ringgit?
apa perasaan jadi suami nurul syuhada dan neelofa?

apa perasaan jadi orang tiada punya perasaan seperti kamu??

06 January 2012

indah.

aku, macam air.
kau, macam daun keladi.

kau, berkata indah.
hingga mentari pun boleh cair jika mendengar katamu.
indah, macam warna-warna pelangi dusta.

05 January 2012

kisah-kisah dulu yang kita rindu.



setiap orang punya cerita dan kisah mereka yang tersendiri.
samada kisah suka, duka, manis, pahit. dan samada kita suka atau benci,
itu semua tidak penting. kerana apa yang penting, mungkin atau pasti, ada diantaranya
yang kita rindu.

dan kisah gua..

pernah belajar di tiga sekolah yang berlainan pada darjah satu.
sk sungai isap, sk langgar, sk tanah puteh kuantan, sk peramu jaya.

pernah wakil masuk pertandingan melukis waktu darjah satu kat skolah chong hwa.
bakat dikesan ketika kelas seni. lukis gambar pemandangan pantai dan air terjun.

pernah kena cili kat mulut dengan mak gua.
kes? gara-gara berbohong.

pernah masuk pasukan nasyid dan koir waktu skolah rendah.
wakil skolah. dan menang. setelah dipaksa.

pernah jadi pengawas skolah sejak darjah tiga hingga darjah enam.
juga setelah dipaksa.

pernah hampir lemas sebanyak dua kali.
satu waktu jatuh sungai, satu lagi waktu cuba nak selamatkan kawan kat air terjun.

pernah kantoi main mercun mancis tiga das waktu skolah rendah.
kena belasah dgn sir saipul sampai nangis.

pernah suka kat dua pupu gua sendiri. dulu.
stahun lebih tua dari gua. dan dia tak pernah tahu.

pernah tahan nafas lebih dari dua minit.
ok lah untuk amatur macam gua.

pernah bertumbuk dengan budak bisu.
lebih dari tiga empat kali gua ingat.

pernah jadi olahragawan sekolah waktu tingkatan lima.
semua yang gua masuk gua menang. hm.

pernah diiktiraf sebagai hero rumah sukan oleh cikgu aziz.
gilaaaa ah.

pernah main bola sampai wakil untuk negeri.
dulu main macam zidane skarang mungkin macam azizul kamaludin je.

pernah kena kejar dan sengat dengan tebuan. dua das.
walaupun member gua yang kacau sarang dia, tapi hanya gua yang diserang. sial.

pernah ponteng kelas mengaji, fardhu ain, tusyen, dan kelas.
gara-gara main game dan ikut rakan sebaya.

pernah jadi pelajar terbaik tingkatan dua.
dapat award. naik stage.

pernah jadi johan tilawah waktu tingkatan tiga.
itupun setelah dipaksa oleh ustazah sabariah.

pernah jadi pelajar terbaik subjek sains pada peperiksaan akhir tahun.
waktu darjah enam. bangga.

pernah menang pertandingan esei terbaik waktu tingkatan tiga.
tajuk "malaysia boleh".

pernah masuk surat khabar dua kali.
gua lebih kacak bila masuk surat khabar.

pernah cuba lari dari rumah.
kisah-kisah keluarga dulu-dulu.

pernah menjadi penjaring gol terbanyak dan tercantik.
sehingga diiktiraf sebagai messi oleh teman-teman.
juga pernah menjaringkan gol sendiri ketika mewakili pekan.

pernah diganggu makhluk misteri.
biasalah, mereka juga makhluk Tuhan.

pernah pergi "blind date" dengan budak MRSM kuantan.
ok skali tu je.

pernah pegang anak anjing kat pasar malam sungai isap dua.
waktu kecil-kecil. dan mungkin gua ingat mereka kucing. kot.

pernah dikejar dan diserang anjing.
lu orang yang baca takkan dapat tanding gua banyak kalinya gua terkena.
dan sekarang anjing menjadi binatang yang paling gua benci dalam dunia.


ah, banyak lagi kisah-kisah "yang pernah" yang gua rindu.
dan ini adalah antara yang gua dapat ingat dalam waktu sesingkat ini.

ini kisah gua. kisah lu?

03 January 2012

usah dibohong bahwa aku masih salah satunya andai di ruang hatimu, aku cuma dipenjurunya.


ya, benar. sungguh memang aku mahu kau jawab aku.
tapi aku mohon. satu cuma.

usah dibohong bahwa aku masih salah satunya
andai di ruang hatimu, aku cuma dipenjurunya.

ungkapkan saja,
segala rasa,
segala apa,
bilangkan saja,
usah didusta.

usah kau taburkan dengan manis kata-kata,
usah kau perdaya melayanku bagai raja,
tak perlu jika semua itu hanya dusta.

harapan,
usah dipalsu.
aku letih terabai.

tolong.

misteri jodoh.

Allah yang merahsiakan jodoh :

kepada siapa yang belum berumah tangga dan tahu siapa jodoh kita
bertanya terus kepada-Nya, kerana Allah lebih mengetahui segalanya.

Jodoh yang dirahsiakan :

usah kita berlagak seolah-olah kita tahu siapa jodoh kita.
maksudnya apabila kita jatuh cinta dan cinta kita dibalas,
usah berlagak seperti orang yang kita cintai dan mencintai kita
itu adalah jodoh kita, kerana jodoh adalah rahsia Allah.

Hikmah dirahsiakan jodoh :

kita perlu bersyukur kerana Allah merahsiakan jodoh kita.
hasilnya, kesucian jodoh itu terpelihara.
misteri jodoh itu membuatkan kita terpesona
tatkala akad nikah dilafazkan.


jodoh tetap menjadi teka-teki Allah yang tidak terungkai
sebelum tiba waktunya. sebagai insan, kita perlu sentiasa
berdoa supaya misteri jodoh yang selama ini belum terungkai
menjadi saat indah yang hanya dirasai tatkala 
ikatan suci pernikahan dimaterai.

kisah si burung rajin dan si alpa algojo.


burung-burung terbang pagi
pergi outstation cari rezeki
tweet sana tweet sini nyanyi riang dalam hati
sambil ucap selamat pagi.

kita bangun pagi sambil ucap
"Ah, subuh lepas lagi. oh, it's okay. esok masih ada hari."

02 January 2012

jawabkan aku sayang.

sayang,

kalau sayang
kenapa tinggalkan?

kalau rindu
kenapa lupakan?

kalau mahu
kenapa buangkan?

sayang,

kalau pintar
tolong jawabkan.

31 December 2011

tahun baru? namun masih dan akan tetap melalui jalan-jalan yang sama.

malam tahun baru.
kuala lumpur.


gadis-gadis montok pavilion aku tak endahkan.
perempuan-perempuan penggoda belakang lorong aku tak pandangkan.
tiupan-tiupan bingit dari sang foreigner KLCC aku lupakan.
lampu-lampu limpah i-City aku pejam matakan.
kiraan detik-detik tahun baru di dataran merdeka aku tak kisahkan.
kerna dalam hati aku, cuma ada satu.
aku mahu pulang ke bandar di-Raja ku.
mahu bertahun baru disana.
bersama teman-teman.
biarlah tak semeriah seperti di ibukotaraya sekalipun.
biarlah tak segila manapun.
kerna aku, rindukan kampung halamanku.
dan juga teman-temanku.


PEKAN, tunggu aku!




tahun baru.
kita masih tetap dan akan melalui jalan yang sama.
masih juga melakukan perkara yang sama.
sampai bila-bila pun.
namun detik waktu itu yang tidak serupa,

kalau nak berubah, tak perlu tunggu tahun baru pun boleh.
kalau nak berazam, tak payah kecoh sebab azam dulu pun sama saja.

cubalah jadi lebih matang dari semalam.
agar setiap usahamu untuk menjadi lebih baik dari semalam.
benar-benar berhasil dari apa kau harapkan semalam.

29 December 2011

ini kisah yang maha benar tentang "ringgit".


gua ada satu cerita tentang "ringgit".
cerita benar.

cerita satu:

bila waktu punya duit
sepuluh ribu dalam poket pun
kita mampu habiskan tanpa sedar
sekelip mata.

tapi bila duit sudah habis
syiling lima sen yang kita jumpa
bawah katil pun kita simpan
bahkan kita ambil dan kata itu kita punya
meski sebenarnya kita tidak tahu duit itu milik siapa.

cerita dua:

bila orang hutang kita
hari-hari kita ingat
sampai mati
sumpah takkan lupa

tapi bila kita hutang orang
hari-hari orang ingatkan pun kita masih lupa
masih buat-buat tidak ingat
sampai kita mati

cerita tiga:

bila awal bulan
tengok mee maggi macam tengok ranting kayu
tapi bila akhir bulan
tengok mee maggi macam tengok perempuan ayu!


cerita empat. dan cerita terakhir:

jam di dinding sudah menunjukkan jam satu lima minit pagi.
namun perutku masih belum terisi.
di dalamnya. bagaikan ada pesta lagu keroncong.
dengan perlahan, aku bangun dari tempat lenaku,
dan aku melangkah perlahan menuju ke satu sudut bilikku.
lalu aku ambil tin kuning yang entah apa isinya.
aku kembali membawa tin kuning itu ke tempat lenaku.
disitu. aku buka penutupnya. perlahan-lahan.
aku lihat di dalamnya. ternyata masih ada.
ah, masih ada tiga keping.
aku ambil satu persatu, dan aku kunyah dengan rasa syukur.
dan aku ambil biskut terakhir dari dalam tin kuning itu.
aku kunyah. aku makan. dengan harapan biskut terakhir itu akan dapat mengenyangkan perutku malam ini.
sambil dalam hati berharap.
"moga-moga esok akan gaji".

27 December 2011

aku ditemani gadis hot disepanjang perjalananku. indah.

sepanjang perjalanan dari pelabuhan klang ke KL sentral,
di dalam KTM, aku ditemani oleh seorang gadis hot yang
duduk melabuhkan punggung disebelahku.
namun aku langsung tak rasa seperti ingin menoleh untuk melihat keanggunannya.
cuma yang aku tahu, dia punya haruman yang menawan.
dapat ku hidu rambutnya yang berbau pantene.
dapat ku hidu parfumnya yang berbau dior.
oh indah.
empat puluh lima minit. tanpa satu suara.
ingin saja aku menyapanya tapi kau tahulah.
aku ini bukan yang jenis begitu.
dan setibanya di kl sentral. kami sama-sama turun di destinasi yang sama.
dan ketika itulah aku mengambil kesempatan untuk melihat keanggunannya.
dan sangat nyata sekali.
"ahh. kau bukan taste ku".
maaf.


ya. taste. citarasa.
tak semua yang pandang siti nurhaliza itu akan kata dia cantik.
dan tak semua yang pandang aaron aziz itu akan kata dia kacak.
dan mungkin jika seribu orang yang memandang aku.
mungkin HANYA sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang sahaja
yang akan kata aku menawan.
mungkin.
kerna itulah citarasa.
dan itulah realiti.
setiap citarasa manusia itu berbeza-beza.

:)

23 December 2011

keputusan


bila kau hanya lari-lari diam diri dan sembunyi diri
dan bila kau rasa kau tidak ingin membuat sebarang keputusan
dan bila kau hanya berserah sahaja menanti apa yang tertulis untuk kau
perasan tak yang kau sebenarnya sedang membuat keputusan?

21 December 2011

wanita dan fesyen. (buat aku gila)



oh wanita "cantik"


bila di atas tertutup cantik
tapi
yang dibawah terdedah pula


bila di bawah tertutup cantik
tapi
yang di atas terbonjol pula


bila lelaki pandang jeling
kau kelip mata
kau suka gembira


tapi bila disuruh buka saja semua
dikatanya pula kita ini gila
dimakicacinya kata kita ini lelaki tak guna


oh wanita dan fesyen
buat aku
pening dan gila!



-sering aku tertanya-tanya bagaimana menjadi
cantik mengikut acuan dunia.

pengertian cinta bagi gua. mungkin.



terlalu banyak pengertian cinta.
berpuluh-puluh, beratus-ratus, beribu-ribu.

ada yang kata cinta itu boleh diumpamakan
bagai makan sambal belacan.
walaupun pedas hingga mengalir air mata
namun tetap di makan jua.

dan ada yang kata lagi cinta itu boleh diumpamakn
bagai makan goreng pisang.
walaupun panas
namun tetap jadi kegilaan.

tapi bagi gua,
cinta itu sepeti alkohol.
pahit-pahit enak.
buat lu mabuk.
buat lu taubat tak mahu minum lagi.




tapi masih.

20 December 2011

peperiksaan.

pertama sekali. selesailah sudah peperiksaan gua dengan marine department.
peperiksaan yang gua rasa lebih sukar dan lebih penting dari SPM. mungkin.
dan sekarang, gua hanya menantikan keputusannya. samada gua lulus atau tidak.
dan jika lulus, akan ada senyuman dan lonjakan gembira tak terkata.
lebih hebat dari kegembiraan orang yang dapat 18A dalam SPM. mungkin.
harap-harap saja gua lulus. doakan ya.


apapun, ada beberapa perkara yang mahu gua kongsi.


1. gua tak dapat jawab soalan nombor 3, nombor 7 dan nombor 15. 
(sial tiba2 jadi blank)


2. gua rasa macam tengah jawab soalan kimia dengan fizik.
(tiba-tiba teringatkan sekolah)
  
3. gua habis 15 minit sebelum masa tamat. 
(rasa macam orang bodo tunggu pengawas bagi jawapan)


4. pengawas LPK tu lokek gila, langsung taknak tolong bagi jawapan. 
(ah bla ah lu, stakat behenti tengok2 baik tak payah)


5. gua tengok orang putih sebelah gua pun tak dapat jawab soalan yang gua dapat jawab. 
(lu ingat soalan dia dalam bahasa omputih lu dapat jawab la?)


6. nombor matrix gua "007"
(gila james bone la siaa!)





sampai jannah.


tergantung antara realiti dan ilusi.

ini entah hari yang keberapa isu ini
tergantung antara realiti dan ilusi.
terlalu banyak perihal teka-teki
yang tak dpat menjelaskan keadaan
sebenar yang berlaku.
apa aku harus menyingkap dan mengungkap
setiap kata satu persatu agar bisa kau faham?

13 December 2011

baju kalis peluru apa yang kau pakai?


aku ada anak panah
anak panah cinta
aku mahu panah tepat ke hati kamu
panah sampai jatuh
sudah jatuh
akan aku jajah
kemudian aku teroka

tapi
yang aku panah tak pernah jatuh
fuh, kebal betul
baju kalis peluru apa yang kamu pakai?

12 December 2011

ini hari gua mungkin jadi lelaki paling gentlemen dalam malaysia.

ada satu cerita yang gua mahu cerita.
cerita indah.
mahu dengar? silakan.

ini hari gua mungkin jadi lelaki paling gentlemen dalam malaysia.
tahu kenapa?
kerana hari ini gua telah tonton "ombak rindu" tanpa teman.
ya, tanpa teman. bermakna seorang diri.

entah, tak tahu mengapa tiba-tiba tergerak kaki gua untuk ke kaunter tiket.
sambil memandang skrin, ada tunjuk ceritanya akan main pada tepat jam 11 pagi.
maka gua terus saja beli.
dan  masuk.

sambil hairan, yang lain datang dengan teman.
dengan pasangan.
tapi gua?
ah peduli apa kan.

duduk seat juga baris yang kosong.
hanya gua disitu.
(saja gua pilih seat yang kiri kanannya kosong)
dan ceritanya pun bermula.

habis cerita. ini kesimpulannya.

wah. sungguh ceritanya indah.
dari jalan ceritanya hingga ke pemain wataknya.
menjadi. sampai bikin gua sebak. (sedikit)

gua tahu, jika ada lelaki yang menonton,
pasti semuanya mahu jadi seperti hariz (aaron).
sebab hariz paling kacak, paling kaya.
dan paling penting, hariz punya izah. (maya karin)

dan dalam satu babak. selepas selesai aksi hariz dan izah,
izah merayu-rayu kepada hariz.

"encik, encik tolong jangan tingglkan saya, tolong encik!
encik lah lelaki yang pertama! saya tak biasa, 
saya tak pernah dengan mana-mana lelaki.
mahukan encik menikahi saya?"

fuh, patutlah lu semua mahu jadi hariz.
tapi bagi gua, cukuplah jika gua sekadar jadi amri. (bront palarae)
wataknya hanya kampung, tapi punya hati mulia dan setia pada cinta.
cinta pada izah. masih. walaupun tahu cintanya takkan berbalas.

"izah, aku akan tunggu kau sampai bila-bila"

"kalau kau sudah berkahwin, aku boleh berhenti berharap"

brader, lu lah orang paling cool dalam dunia. sungguh.

sudah. cerita ini buat gua hiba.



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku